Showing posts with label Restoran seafood. Show all posts
Showing posts with label Restoran seafood. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Majlis menyambut menantu cum majlis sambutan Diwali ; Restoran Coconut Flower

Masih belum terlewat rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 kepada semua muslimin dan muslimat.Semoga tahun ini membawa kerahmatan dan keberkatan yang berterusan kepada kita semua.

Cuti berselang seli ni membuatkan aku lemah. Segala yang aku buat serba tak kena.Nak update blog pun tak de mood. Lagilah sekarang ni   Firdaus tengah  cuti sekolah ...komputer kat rumah ni dah  jadi hak milik dia sepenuhnya.Malas aku nak cakap apa, aku pandang je...Bila aku pakai komputer je , dia mula lah buat  perangai pelik-pelik. Dia pulak boleh gelak-gelak tengok muka aku bengang. Bila aku dah benggang dia dah agak  aku mesti akan cakap "mak dah tak nak guna komputer lagi, adik gunalah" Aku jenis manusia yang tak suka diganggu masa tengah menghadap komputer.

Aku rasa lah kan  subuh adalah waktu yang spesifik untuk aku mengupdate blog. Jadi subuh tadi barulah aku ada sedikit ruang untuk mengupdate blog tanpa sebarang gangguan. Cerita yang aku update  ni tak delah  menarik mana pun hanya  cerita Deepavali yang lepas je.

Anak-anak aku ; Aku  amat menghargai setiap saat yang aku lalui bersama mereka. Terlalu banyak kenangan manis , suka duka  yang aku lalui bersama  mereka sehingga aku rasa ralat sekiranya aku menyusahkan mereka . Mereka anugerah dan amanah daripada  Allah SWT InsyaAllah selagi hayatku dikandung badan aku akan pastikan   terus berada di sisi mereka  ketika susah dan senang .Mereka adalah harta yang paling bernilai  buatku di dunia ini. Tanpa mereka siapalah aku. Aku sedar yang aku  masih mencari mencari hala tuju dan membina hidup kearah kesempurnaan .

Adik  ipar dan bakal suami ; Mereka akan bersatu pada 8/12 
mereka lagi ; mesti lah kan nama pun majlis menyambut menantu, main petik je aku ni.ha ha ha 
Adik adik iparku
disebelah kiri ; Bakal adik ipar bersama, FIL dan besan
disebelah kanan ; MIL dan Besan
 nampak lain selepas membuat kening , amboiiii kemain MIL aku sekarang ni..semakin vogue : )

Bila dihitung-hitung balik  ada gak 7-8 makanan yang  suami dan adik ipar aku order . Tapi harap maklumlah ye kat dalam majlis -majlis yang macam ni aku kenalah berkelakuan baik maka tak bolehlah aku   menyibukkan diri snap sana  snap sini..ha ha ha 

Antara makanan yang diorder ; minuman jasmin tea
 lala  stim
Paling aku suka tomyam dalam kelapa ni  tedap sangat
sayur keledek goreng ; chiew pai tofu, lala kam heong, ketam kam heong(tak de dalam gambar)
Tomyam yang sedap : ) 
ikan kerapu bintang stim bersama sos soya sedap : )


La... baru  aku perasan yang  gambar suami aku tak de dalam cerita ni ... kasihan masa ni dia tengah sibuk arrange majlis.. almaklumlah nak terima adik ipar baru.

Cukup sampai disini kemerapuan aku , aku sambung nanti  ada beberapa kerja yang  perlu aku  bereskan.



Sekadar luahan hati


~~~haii sayang sangatt sangatt lelaki macho tapi ada sifat keperempuanan...tolonglahhh~~~~~





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, October 21, 2012

petang sabtu aku ; bila minah ketam ngan mat lala bertemu

Sepertimana  yang kengkawan tahu aku ni seorang penghidap sengugut tegar oleh kerana sepanjang hari sabtu aku telah  mengalami beberapa simptom sengugut  maka aku malas lah nak merayap-rayap  ke mana-mana . Memandangkan aku tak larat , aku bercadang  hendak menghabiskan masa dengan anak-anak  di rumah je. tapi bila terpandang  muka firdaus aku jatuh kasihan. Hujung minggu  macam ni kena terperap di rumah je. Kebetulan  petang tu yuyi bercadang hendak mengajak  aku  berjalan jalan  makan angin ke Tanjung Gila. "ek eleh Tanjung Gila je ke?Tak mencabar langsung ,"aku kata dalam hati.Sementelaah suami aku tak  ke mana-mana dan dia pun  dah habis kerja kitaorang ajak dia sekali ke Tanjung Gila . Pada mulanya Aku  dengan yuyi memang tak bercadang nak makan tapi memandang suami aku  beriya-riya mengajak kitaorang makan ,aku on je ,Kasihan plak dengan   dia seingat aku dia belum menjamah apa-apa makanan sejak  balik kerja tadi. Kita orang makan di restoran yang besa-besa dengan kitaorang je

Macam comel je?????
Restoran seafood Port Village dan Kawasan sekitarnya 
budak comot????
Permandangan di persekitaran restoran

lala  masak kam yeong

Baby kailan goreng bawang putih
Bukan cincin tunang apatah lagi cincin kahwin
Ketam goreng telur masin 
 
Merenung masa depan yang belum pasti : )
Masing -masing dah  kekenyangan  masa ni
 
crab lover and lala lover : )
 
pesen apa ni?

seriusnya????

Tunggu kedatangan kami lagi ye.
wow !!!!!ikan belacak berkeliaran di sekitar restoran ni




Cukup setakat ni ye,mak tengah menahan sakit  kalau boleh sekarang ni  mak nak meluruskan pinggang .Jumpa lagi..........

Wednesday, October 10, 2012

Malam minggu aku ; Cerita yuyi dan milo ais kurang manis ; aku dan suami

Letih betul  aku semalam  ..............malam tadi barulah dapat tertidur awal dan lena sampai ke tengah malam. Aku terjaga dalam pukul 1 aku tengak  hp aku ,ada 2 miss call masuk dalam  pukul 10.30 malam .Ingatkan saper bagi miss  call   rupanya yuyi.  aku tengok  jam  dah menunjukkan pukul 1 rasa cam malas nak call dia semula tapi hati tak sedap plak aku terus tekan  nombor  hp dia 1300-88-2525 ye makcik ; adik   boleh hantar pizza ke rumah makcik  makcik  nak pizza hawaiian chicken .*marah ke?*

So berbalik pada cite aku call yuyi ; cis kurang asam punya  yuyi dia call aku semata-mata  nak tanya pasal blog kak milo atau blog milo ais kurang manis,  ingatkan apalah yang urgent sangat sampai dia bagi  aku dua kali miss call arghh entah apalah yang ada dalam blog milo ais sampai si yuyi nak  geladah 24 jam blog dia.  Aku syak selepas pertemuan yuyi ngan akak milo kalau tak silap aku dalam bulan 11 2011  yuyi cam jatuh suka ngan akak milo. Nasib baiklah akak  milo tak de anak bujang  yang sebaya yuyi tapi aku syak yuyi  nak tunggu abang ajim besar : )


Kita tinggalkan dulu yuyi ngan akak milo, come back to me and my laling *muntah hijaukan*

Selepas  menyelesaikan beberapa urusan yang berhampiran ngan kawasan (lokasi disyaki menjadi tempat pembunuhan  Jutawan Kosmetik) kami kembali ke Malaysia *pui pui*
Maaflah mak terlebih bagi kaler hijau kat gambar ni over tau photoscape ni.

Kami sampai ke bumi Malaysia dalam pukul 6 petang *opss sorry sampai ke Pelabuhan Utara sekali sekala berliburan ngan suami apa salah ye dak macam ku pernah dengar je  bahasa liburan waduh baru aku teringat pada geng ku yang seorang tu.

Di sini aku berliburan bersama  suami ; makan seafood apa lagi yang sedap kalau tak seafood
 Sotong goreng tepungnya  mantap lagi lembut sedap dicicah ngan sos cili buatan sendiri
firdaus dah agak  keletihan tapi selepas menyedut  fresh orange  mata dia terus terbukak
mee hailam guna mee besar ni sedap-pilihan aku dan suami

gaya mata cam tu bukti nasi goreng cina  terlampau sedap atau dia tengah mengantuk
 memilih sotong goreng
ayam masak lemon untuk Firdaus
Firdaus suka sangat makan lala goreng  petang tu suami lupa nak orderkan untuk dia  lala goreng   .Dia diam kitaorang ingatkan dia lupa pasal lala goreng  haish rupanya dia ingat sebelum balik dia pesan  suami  aku tapaukan lala goreng untuk dia . arghh geram.
my laling ngan Firdaus
Lala goreng untuk Firdaus


Sekadar luahan hati 

aku syak bosku  sumber insprasiku ; haishh dia tak de betapa aku tak de mood nak buat keja

Sunday, October 7, 2012

Petang sabtu aku ; Restoran subangku bolehlah buat gelik-gelik

Bagi orang  Kelang atas sikit  sedaplah melayan makan seafood kat Restoran Subangku yang terletak berhampiran ngan Terminal 3 Lapangan Terbang Subang  ni tapi untuk orang Kelang bawah sikit cam aku ni  bolehlah kalau nak melayan gelik-gelik makan seafood di tengah  Kota Metropolitan. *abaikan ayat  cam harem*Pada pandangan  aku yang  berlandaskan ilmu aku yang TAK  seberapa tinggi ilmu makanan ,  restoran seafood ni tak boleh nak menandingini restoran seafood yang ada di sekitar Pelabuhan Kelang contoh cam restoran kat sini. Jangan salah faham plak ngan statement aku ni  , janganlah korang ingat semua makanan kat sini tak sedap.Ni dah  masuk kali kedua aku makan kat sini  jujur aku katakan yang  restoran ni belum khatam bab ketam.
Kalau dah kira sekali  dalam bil bolehlah kita rembat ye dak*tisu basah pun kalau nak berkira memanglah  hampeh*
Hah ! Tengok! Kan  aku dah kata Restoran ni berhampiran ngan Lapangan terbang Subang kalau  tidak masakan Firdaus leka  memerhatikan kapal terbang berlepas sambil minum air : ) *dah macam kat rumah sendiri*
Air minuman kami

 Ganster kampung dusun yang tak ganster sangat
 Dia ni mesti nak minum air yang orang lain order
 Firdaus ngan nasi goreng cina tak boleh dipisahkan
 Lala goreng cili ni ada kemungkinan untuk Firdaus seorang kalau tidak masakan  dia makan  sesuap nasi goreng ditenggeknya  seketul  isi lala ~~ ni sedap
 ~~ni aku konpius mee hailam atau mee wantan hailam ~first time aku makan  mee hailam cam ni
 sebelum makan jangan lupa baca doa ye adik-adik sekalian 
 Asparagus goreng belacan
 ni aku tak tahu nak cakap apa mungkin ni *Victoria Becham*
 ~~~ni pun aku tak tahu nak cakap apa  mungkin ni ala red crab with sour and sweet sos ala ala argghh malas nak cakap omputih nanti pening korang. 


Okey ye kengkawan mak ada urusan penting yang nak dibereskan nanti kita jumpa lagi ye  kita cerita pasal malam , pagi dan tengahari sabtu mak  plak ye*haish macamlah  kau artis yang orang sekeliling terkinja-kinja nak tahu cerita pasal kau* bajet tu perlu ada dik.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina