Semasa kitaorang berada di sana , kelihatan dua pasangan sedang ber-candle light dinner . Permandangan macam tu aku dah biasa tengok yang boleh aku cakap aku respeklah pasangan yang boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli.Okey itu aku tapi macam mana plak dengan Firdaus yang baru pertama kali dalam hidupnya melihat permandangan macam tu . Rasa Kelakar pun ada bila aku tengok firdaus teruja melihat dua pasangan yang ber-candle light dinner tu spontan dia suruh yuyi pasang lilin. Yuyi macam blur dia terus cakap "dik dorang pasang lilin sebab mata dorang tak nampak."kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut yuyi.Aku minta maaflah kepada pasangan-pasangan yang pernah ber-candle light dinner, yuyi tak de niat nak mempersendakan korang rasanya tu cuma jawapan selamat bagi dia untuk waktu itu : )
sessi menayang buku menu ke apa ni?
Adakah saya masih dirindui oleh pembaca blog mak saya?
sessi membuat memek muka
Siakak hanya mampu memerhatikan saje perangai mengada-ngada siadik
Budak yang suka buat perangai bila akak disisi
Kebelakangan ni Gula-gula hacks jarang muncul dalam blog aku , sekali muncul hambek kau rambut sebegini...
Tengoklah Firdaus tu suka sangat nak menyelit sebelah akaknya.
Sebelum ni kitaorang tak tahu pun yang di Windmill ni ada menghidangkan chinese dishes apalagi bila yuyi tahu kat sini ada chinese dishes dia pun terus order nasi bersama chinese dishes.Antara chinese dishes yang yuyi order.
Sambal udang sebegini memanglah disukai kaum cina kerana rasanya tak berapa pedas
sayur campur ; di rumah aku jarang masak sayur mungkin anak-anak kurang yang berminat
Ayam goreng halia ni rasanya lebih kurang sama saje macam ikan goreng halia aku kat sini.
Selepas chinese dishes habis yuyi order Roast Lamb.Aku tak tahu kat mana lagi yuyi nak sumbat roast lamb ni, akhirnya gula-gula hacks dan aku juge yang menghabiskannya, dah aku agak.
Jarang sangat cerita makan-makan aku di sesebuah restoran aku akhiri dengan gambar anak-anak dihadapan restoran. Bukannya aku tak gemar cara sebegini cuma aku rasa keadaannya nampak klise sangat.
Sementelaah cuti sekolah masih panjang , hari ni aku bercadang nak membawa anak-anak aku mandi sungai .Tetapi selepas mendengar nasihat suami yang mengatakan dalam keadaan cuaca tak menentu sekarang ni agak tidak berapa baik mandi air bukit maka aku akur keputusan suami.InsyaAllah aku akan cari tempat mandi yang lain .