Showing posts with label western food. Show all posts
Showing posts with label western food. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

candle light dinner di Windmill ; Chinese Dinner vs. Western Dinner

Masa kitaorang sampai kat Jaya Jusco Bukit Tinggi , jarum jam dah menunjukkan pukul 6.30  petang. Masing-masing perut  dah kelaparan. Perut aku ni biar macam mana lapar pun InsyaAllah  masih boleh bertahan sampai dua atau tiga jam tapi tidak pada yuyi dan Firdaus. Bila perut mereka lapar otomatik wajah mereka murung dan maka mulalah  langkah mereka jadi tak tentu arah.*sila percaya*

Semasa  kitaorang berada di sana , kelihatan dua pasangan sedang ber-candle light  dinner . Permandangan macam tu  aku dah biasa tengok yang boleh aku cakap aku respeklah pasangan yang boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli.Okey itu aku tapi macam mana plak dengan Firdaus  yang baru pertama kali dalam hidupnya  melihat permandangan macam tu . Rasa Kelakar pun ada bila aku tengok firdaus teruja melihat dua pasangan yang ber-candle light dinner tu spontan dia suruh  yuyi pasang lilin. Yuyi macam  blur dia terus cakap "dik dorang pasang lilin sebab mata dorang tak nampak."kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut yuyi.Aku minta maaflah kepada pasangan-pasangan yang pernah ber-candle light dinner,   yuyi  tak de niat  nak mempersendakan korang rasanya tu cuma jawapan selamat bagi dia untuk waktu itu : )


sessi  menayang buku menu ke apa ni?
 Adakah saya masih dirindui oleh pembaca blog mak saya?
 sessi membuat memek muka
 Siakak hanya mampu memerhatikan saje perangai mengada-ngada siadik
Ambillah saya sebagai model iklan ubat gigi, saya dah bersedia dari segi fizikal dan mental.... 
Budak  yang suka buat perangai bila akak disisi

Kebelakangan ni Gula-gula hacks jarang muncul  dalam blog aku , sekali muncul hambek kau rambut sebegini... 
 Tengoklah Firdaus tu suka sangat nak menyelit sebelah akaknya.

Sebelum ni kitaorang tak tahu pun yang  di Windmill ni ada menghidangkan chinese dishes apalagi bila yuyi tahu kat sini ada chinese dishes dia pun terus order nasi bersama chinese dishes.Antara chinese dishes yang yuyi order.

Sambal udang sebegini memanglah disukai kaum cina kerana rasanya  tak berapa pedas 
  sayur campur ; di rumah aku jarang masak sayur mungkin anak-anak kurang yang berminat
  Ayam goreng halia ni rasanya lebih kurang sama saje macam ikan goreng halia aku kat sini.
Selepas chinese dishes habis  yuyi order Roast Lamb.Aku tak tahu kat mana lagi yuyi nak sumbat roast lamb ni, akhirnya gula-gula hacks dan aku juge yang menghabiskannya, dah aku agak.
Jarang sangat cerita makan-makan aku di sesebuah restoran  aku akhiri dengan gambar anak-anak dihadapan restoran. Bukannya aku tak gemar cara sebegini cuma aku rasa keadaannya nampak klise sangat.


Sementelaah cuti sekolah masih panjang , hari ni  aku bercadang nak membawa anak-anak aku mandi  sungai .Tetapi selepas mendengar nasihat  suami yang  mengatakan dalam keadaan  cuaca tak menentu sekarang ni  agak tidak berapa baik mandi air bukit maka aku akur keputusan suami.InsyaAllah aku akan cari tempat mandi yang lain . 



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, October 9, 2012

Tengahari Jumaat & sabtu aku ; Western Food forever ; ko tak muntah ke ngok dua hari makan western food

 Takkan aku yang bekerja sebagai  tukang sapu sampah sepenuh masa di sebuah kilang tak boleh makan di tempat makan yang eksklusif  seperti TGIF dan Victoria Station?Takkan  yuyi yang berkerja  sebagai pengelap cermin di KLCC tak boleh beli beg Coach. wei walaupun boyfren anak aku tu jutawan minyak  dari arab saudi excuse me tak delah sampai sependar dan bera  LV yang dia pakai tu di sponsor oleh boyfren dia . haish bila masa plak anak aku ada boyfren ni?saper yang nakkan anak aku ni? lagi satu aku nak tanya ada ke bera LV?  macam tak pernah dengar je sebelum ni.

 Berbalik pada cite coach tadi ; Oh tuhan tolonglah kami dengari luahan hati kami  walaupun kami orang susah kami juge ada keinginan untuk makan di tempat eksklusif  serta  memiliki handbag LV lost voton dan Coach *cam bangangkan nak beli LV*  Ada kawan sekerja aku tu sanggup menyimpan sehari 50 sen semata-mata nak memiliki handbag coach 2 kali bayar lagi InsyaAllah handbag Coach yang dia order tu akan sampai by sea I'am no bery surelah  I thing another 2 or 3 month *jgn nak ketawa sangat ngan omputih aku ni ye*

Wah !!!!!orang berada  tega sungguh kamu  ye  menghumbankan handbag coach dan LV kepunyaan  kamu ke dalam tong sampah hanya kerana melihat kami orang susah ini menyangkut handbag berjenama sama ngan kamu di bahu. Betapa hinanya kami dimata kamu.

Tengahari  Jumaat aku makan bersama bosku kawannku tapi bukan geng ye  bahawasanya saya rakyat Malaysia  berjanji yang saya bukan geng dan saya bukan ketua  dari  mana-mana kumpulan gagak hitam dah tentu tentu  100% saya bukan ketua kumpulan.ha ha ha ha
macam kukenal je situdung hitam yang dah lama tak update blog
roti bun kat sini gebuss dan tedap  bukan macam  roti bun  kat KFC  yang keringkesattawarhebehtaktahuakunakcakapapalagi
sup ke air basuh tangan ni?
bos bos kat kilang aku , tukang sapu sampah tak berapa nak suka bergambar  ~~cer cakap saper lagi yang nak bagi gelaran  bos kalau tak kita sendiri ye dak~~
bukan the lord of the ring ataupun cincin kahwin????
bos membeli belah  punya ; beef 
Hantu punya  ; chicken  roasted
Tukang sapu sampah punya
bukan victoria bercham punya
kami disaji ngan kopi pekat bersama susu dan gula
macam wafi dah
jemput makan sekerim kengkawan semua

Tengahari sabtu melayan anak-anak makan kat tempat yang sama
purak-purak tidun
 
roti bun yang tedap dimakan bersama butter
Firdaus ngan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan
Di sini menyajikan ceasar salad dengan smoke salmon yang terbaek
lamb shank ngan yuyi tak dapat dipisahkan 
set lunch untuk aku dan gula-gula hacks
sup sedap : )
 lelaki hot mesti  mak we banyak  himpitkan? anak Datuk saper yang tak nak?




Kemerapuan ini adalah gara-gara  aku tak boleh nak melelapkan mata sebab  mengingatkan  satu pasangan sedang bermain -main di highway ditengah kepekatan malam .Aku sentiasa berdoa semoga kehidupan pasangan itu sentiasa  dilindungi Allah SWT.Amin

Monday, May 28, 2012

party dihujung minggu , party western food, sendiri masak family makan

Salam kengkawan ..........

Dalam 2 hari ni aku  asyik  makan tidur makan tidur je. Sampai je opis terus letih , mengantuk naik terlelap mata aku ni gara-gara kekenyangan. Dari hari Jumaat sampailah ke hari Ahad aku berparty western food.Okeylah bagi aku cite menu westernfood yang  aku masak semalam , menu untuk hari jumaat ngan sabtu kemudian .

lamb chop yang aku beli kat pasaraya Giant hari tu cam tak puas makan je almaklumlah beli satu set kongsi 3 orang makan *buruk lantak*. Itu yang semalam aku gigih buat party lamb chop .

Menu hari ahad*bajet omputih*

lamb shoulder chop-boleh gitu
black pepper sauce
tartar sauce
coleslow
twice baked potatoes
lemon juice

Semua resepi ni aku cilok aku olah mengikut logik akal sainsku. aku kan dah pernah bagitahu korang " dapurku makmalku" .la la la la
Bahan-bahan Untuk coleslow - 1/2 Kobis cina, 1/2 batang carrot ,1/2 biji bawang holand dimayang halus kemudian campurkan kesemua bahan yang dah dimayang tadi dengan mayonis di dalam satu bekas. Gaul sekata kemudian perahkan sedikit lemon juice.
coleslow
3 biji kentang yang bagak -bagak  -cucuk ngan garpu dibeberapa tempat-Sapukan kentang ngan olive oil kemudian taburkan ngan sedikit garam.Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam.
Selepas satu jam keluarkan kentang tadi belah dua , di bahagian tengah kentang buh sedikit butter kemudian taburkan ngan sedikit dried oregano.sedap cubalah kalau boleh suami aku nak makan kentang cam ni setiap hari*bajet omputih betul suami aku ni*
Perap selama 30 minit 4 keping lamb shoulder ngan 3tbsp sos worcestershire, 2 tbsp fresh lemon juice , sedikit dried rosemary dan olive oil.

Bakar pada suhu 180 dajah celcius selama 30 minit.
Selepas 30 minit
Tartar sauce?resepi ikut logik akal; Campurkan mayonis ngan 1/2 biji bawang holand dipotong dadu kemudian perahkan ngan sedikit lemon juice.
Black pepper sauce ; resepinya kemudian aku bagitau ye.aku janji*sambil angkat tangan*
lamb chop dihidang bersama twice baked potatoes, coleslow dan tartar sauce. Suami aku ni memang suka sangat makan lamb chop ngan tartar sauce: )
Aku suka simpan lemon kat rumah nanti bila nak guna senang.
Kalau dah makan makanan yang berlemak cam lamb chop ni sila-silalah merajinkan diri  buat air  lemon juice setupperware.

Ternyata penat lelah aku berbaloi bila suami ngan Firdaus memuji-muji masakan aku. Apalagi  terkembanglah aku  sekejap nasib baik tak de sayap kalau ada dah garenti  terus terbang. "biar betik sedap" Aku kata dalam hati.

Okeylah jumpa lagi, kalau korang rasa nak mengadakan party kat rumah bolehlah cuba menu western food aku ni.

Teringat masa aku kecik dulu , arwah mak selalu gak buat party kat rumah tapi party party tupperware .boleh gitu. Arwah mak ngan party tupperware tak dapat dipisahkan.la la la la

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina