Thursday, May 17, 2012

lamb chop-sedap mabeles-marilah belajar

Mesti korang bengangkan tajuk lamb chop tapi  gambar ikan pecah periuk.tak tak aku tak tipu lamb chop nantilah dulu,  aku cite pasal ikan pecah periuk dulu ye. tungguuuuuuuuuu.

Kelakarlah dulu aku ingatkan suami aku saje petik petik  ayat pecah periuk  nak  gelarkan seorang kawan opis aku . Pada mula aku tertanya-tanya gak  dari  mana suami aku dapat nama pecah periuk tu. Minggu lepas suami aku balik mancing dia bawak ikan kata dia ikan pecah periuk. Bila aku dengar je dia sebut pecah periuk aku ketawa tak ingat dunia terus teringat kawan aku yang dapat gelaran pecah periuk dari suami aku. "jahat tau ayang ni gelar kawan saya cam tu, buruk tau pecah periuk", sambil ku  usap usap dada suami aku yang tak berbulu. ha ha ha aku nak taip pun geli apa lagi nak buat cam tu , percayalah tu  *pentipu sangat*. psstttt patut pun suami aku gelar muka dia cam pecah periuk *biarlah rahsia*

Dah lah tu kita cite pasal ikan pecah periuk plak ye, hari selasa hari tu jalan jam kat westport , aku sampai rumah dekat nak pukul 7.15 pm  cian  Firdaus jadi lapar  tunggu aku balik. Nak cepat punya pasal  aku masak simple je aku bakar ikan dalam aluminium foil.
2 ekor pecah periuk sederhana besar ngan dua keping isi ikan pecah periuk.Aku garam rempahkan ikan tu , aku gaulkan sikit jintan manis & jintan putih kisar. Bila semuanya dah bergaul mesra aku tutupkan ngan aluminium foil buh atas tray sedia untuk dibakar.
Aku dah tak pedulik bil api tinggi,  guna oven ngan tak guna oven sama je bil api aku, untung hilir baik aku lenjan  bakar ikan guna oven.Bakar 40 minit dalam suhu 200 darjah celcius.
cik ina do do cehng ko tak de pencicah yang lain ke? ko nak mampus ke asyik cili kicap je.Aku komen dulu sebelum korang komen dalam hati.kah kah kah

Jeng jeng jeng ikan pecah periuk bakar ready untuk dimakan


Mari kita belajar memasak lamb chop
Tangan aku sedang menuang black pepper sos ke atas lamb
Tangan suami aku plak menuang bleck pepper sos keatas lamb.berapa banyak tangan ni.
Jadilah satu hidangan lengkap lamb chop apa lagi ngaplah


Okey jangan lupa dapatkan lamb chop difood court  pasaraya Giant berdekatan anda.Murah je RM14 satu set.*lamb chop ni ajaran yuyi*

Pesanan khidmat masyrakat ini dibawa oleh blog cik ina do do cheng bukan blog gegirl.
Kalau rasa nak sepak aku sila sepak kerusi korang dulu. ha ha ha

The moral of the story bakar ikan dalam aluminium foil ikan rasa  tip top sedapppppppppp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina