Salam kengkawan ..........
Dalam 2 hari ni aku asyik makan tidur makan tidur je. Sampai je opis terus letih , mengantuk naik terlelap mata aku ni gara-gara kekenyangan. Dari hari Jumaat sampailah ke hari Ahad aku berparty western food.Okeylah bagi aku cite menu westernfood yang aku masak semalam , menu untuk hari jumaat ngan sabtu kemudian .
lamb chop yang aku beli kat pasaraya Giant hari tu cam tak puas makan je almaklumlah beli satu set kongsi 3 orang makan *buruk lantak*. Itu yang semalam aku gigih buat party lamb chop .
Menu hari ahad*bajet omputih*
lamb shoulder chop-boleh gitu
black pepper sauce
tartar sauce
coleslow
twice baked potatoes
lemon juice
Semua resepi ni aku cilok aku olah mengikut logik akal sainsku. aku kan dah pernah bagitahu korang " dapurku makmalku" .la la la la
Bahan-bahan Untuk coleslow - 1/2 Kobis cina, 1/2 batang carrot ,1/2 biji bawang holand dimayang halus kemudian campurkan kesemua bahan yang dah dimayang tadi dengan mayonis di dalam satu bekas. Gaul sekata kemudian perahkan sedikit lemon juice.
3 biji kentang yang bagak -bagak -cucuk ngan garpu dibeberapa tempat-Sapukan kentang ngan olive oil kemudian taburkan ngan sedikit garam.Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam.
Selepas satu jam keluarkan kentang tadi belah dua , di bahagian tengah kentang buh sedikit butter kemudian taburkan ngan sedikit dried oregano.sedap cubalah kalau boleh suami aku nak makan kentang cam ni setiap hari*bajet omputih betul suami aku ni*
Perap selama 30 minit 4 keping lamb shoulder ngan 3tbsp sos worcestershire, 2 tbsp fresh lemon juice , sedikit dried rosemary dan olive oil.
Tartar sauce?resepi ikut logik akal; Campurkan mayonis ngan 1/2 biji bawang holand dipotong dadu kemudian perahkan ngan sedikit lemon juice.
lamb chop dihidang bersama twice baked potatoes, coleslow dan tartar sauce. Suami aku ni memang suka sangat makan lamb chop ngan tartar sauce: )
Kalau dah makan makanan yang berlemak cam lamb chop ni sila-silalah merajinkan diri buat air lemon juice setupperware.
Ternyata penat lelah aku berbaloi bila suami ngan Firdaus memuji-muji masakan aku. Apalagi terkembanglah aku sekejap nasib baik tak de sayap kalau ada dah garenti terus terbang. "biar betik sedap" Aku kata dalam hati.
Okeylah jumpa lagi, kalau korang rasa nak mengadakan party kat rumah bolehlah cuba menu western food aku ni.
Teringat masa aku kecik dulu , arwah mak selalu gak buat party kat rumah tapi party party tupperware .boleh gitu. Arwah mak ngan party tupperware tak dapat dipisahkan.la la la la