Showing posts with label lamb chop. Show all posts
Showing posts with label lamb chop. Show all posts

Monday, May 28, 2012

party dihujung minggu , party western food, sendiri masak family makan

Salam kengkawan ..........

Dalam 2 hari ni aku  asyik  makan tidur makan tidur je. Sampai je opis terus letih , mengantuk naik terlelap mata aku ni gara-gara kekenyangan. Dari hari Jumaat sampailah ke hari Ahad aku berparty western food.Okeylah bagi aku cite menu westernfood yang  aku masak semalam , menu untuk hari jumaat ngan sabtu kemudian .

lamb chop yang aku beli kat pasaraya Giant hari tu cam tak puas makan je almaklumlah beli satu set kongsi 3 orang makan *buruk lantak*. Itu yang semalam aku gigih buat party lamb chop .

Menu hari ahad*bajet omputih*

lamb shoulder chop-boleh gitu
black pepper sauce
tartar sauce
coleslow
twice baked potatoes
lemon juice

Semua resepi ni aku cilok aku olah mengikut logik akal sainsku. aku kan dah pernah bagitahu korang " dapurku makmalku" .la la la la
Bahan-bahan Untuk coleslow - 1/2 Kobis cina, 1/2 batang carrot ,1/2 biji bawang holand dimayang halus kemudian campurkan kesemua bahan yang dah dimayang tadi dengan mayonis di dalam satu bekas. Gaul sekata kemudian perahkan sedikit lemon juice.
coleslow
3 biji kentang yang bagak -bagak  -cucuk ngan garpu dibeberapa tempat-Sapukan kentang ngan olive oil kemudian taburkan ngan sedikit garam.Bakar pada suhu 180 celcius selama 1 jam.
Selepas satu jam keluarkan kentang tadi belah dua , di bahagian tengah kentang buh sedikit butter kemudian taburkan ngan sedikit dried oregano.sedap cubalah kalau boleh suami aku nak makan kentang cam ni setiap hari*bajet omputih betul suami aku ni*
Perap selama 30 minit 4 keping lamb shoulder ngan 3tbsp sos worcestershire, 2 tbsp fresh lemon juice , sedikit dried rosemary dan olive oil.

Bakar pada suhu 180 dajah celcius selama 30 minit.
Selepas 30 minit
Tartar sauce?resepi ikut logik akal; Campurkan mayonis ngan 1/2 biji bawang holand dipotong dadu kemudian perahkan ngan sedikit lemon juice.
Black pepper sauce ; resepinya kemudian aku bagitau ye.aku janji*sambil angkat tangan*
lamb chop dihidang bersama twice baked potatoes, coleslow dan tartar sauce. Suami aku ni memang suka sangat makan lamb chop ngan tartar sauce: )
Aku suka simpan lemon kat rumah nanti bila nak guna senang.
Kalau dah makan makanan yang berlemak cam lamb chop ni sila-silalah merajinkan diri  buat air  lemon juice setupperware.

Ternyata penat lelah aku berbaloi bila suami ngan Firdaus memuji-muji masakan aku. Apalagi  terkembanglah aku  sekejap nasib baik tak de sayap kalau ada dah garenti  terus terbang. "biar betik sedap" Aku kata dalam hati.

Okeylah jumpa lagi, kalau korang rasa nak mengadakan party kat rumah bolehlah cuba menu western food aku ni.

Teringat masa aku kecik dulu , arwah mak selalu gak buat party kat rumah tapi party party tupperware .boleh gitu. Arwah mak ngan party tupperware tak dapat dipisahkan.la la la la

Thursday, May 17, 2012

lamb chop-sedap mabeles-marilah belajar

Mesti korang bengangkan tajuk lamb chop tapi  gambar ikan pecah periuk.tak tak aku tak tipu lamb chop nantilah dulu,  aku cite pasal ikan pecah periuk dulu ye. tungguuuuuuuuuu.

Kelakarlah dulu aku ingatkan suami aku saje petik petik  ayat pecah periuk  nak  gelarkan seorang kawan opis aku . Pada mula aku tertanya-tanya gak  dari  mana suami aku dapat nama pecah periuk tu. Minggu lepas suami aku balik mancing dia bawak ikan kata dia ikan pecah periuk. Bila aku dengar je dia sebut pecah periuk aku ketawa tak ingat dunia terus teringat kawan aku yang dapat gelaran pecah periuk dari suami aku. "jahat tau ayang ni gelar kawan saya cam tu, buruk tau pecah periuk", sambil ku  usap usap dada suami aku yang tak berbulu. ha ha ha aku nak taip pun geli apa lagi nak buat cam tu , percayalah tu  *pentipu sangat*. psstttt patut pun suami aku gelar muka dia cam pecah periuk *biarlah rahsia*

Dah lah tu kita cite pasal ikan pecah periuk plak ye, hari selasa hari tu jalan jam kat westport , aku sampai rumah dekat nak pukul 7.15 pm  cian  Firdaus jadi lapar  tunggu aku balik. Nak cepat punya pasal  aku masak simple je aku bakar ikan dalam aluminium foil.
2 ekor pecah periuk sederhana besar ngan dua keping isi ikan pecah periuk.Aku garam rempahkan ikan tu , aku gaulkan sikit jintan manis & jintan putih kisar. Bila semuanya dah bergaul mesra aku tutupkan ngan aluminium foil buh atas tray sedia untuk dibakar.
Aku dah tak pedulik bil api tinggi,  guna oven ngan tak guna oven sama je bil api aku, untung hilir baik aku lenjan  bakar ikan guna oven.Bakar 40 minit dalam suhu 200 darjah celcius.
cik ina do do cehng ko tak de pencicah yang lain ke? ko nak mampus ke asyik cili kicap je.Aku komen dulu sebelum korang komen dalam hati.kah kah kah

Jeng jeng jeng ikan pecah periuk bakar ready untuk dimakan


Mari kita belajar memasak lamb chop
Tangan aku sedang menuang black pepper sos ke atas lamb
Tangan suami aku plak menuang bleck pepper sos keatas lamb.berapa banyak tangan ni.
Jadilah satu hidangan lengkap lamb chop apa lagi ngaplah


Okey jangan lupa dapatkan lamb chop difood court  pasaraya Giant berdekatan anda.Murah je RM14 satu set.*lamb chop ni ajaran yuyi*

Pesanan khidmat masyrakat ini dibawa oleh blog cik ina do do cheng bukan blog gegirl.
Kalau rasa nak sepak aku sila sepak kerusi korang dulu. ha ha ha

The moral of the story bakar ikan dalam aluminium foil ikan rasa  tip top sedapppppppppp

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina