Thursday, May 3, 2012

skema-suka tak?


 Salam kengkawan

Hye hari ini saya buat sarapan roti telur bermayonis ngan bercili sos. Anak-anak saya suka makan roti telur ni.Jenama roti ni saya  tak boleh bagitau nanti ada pembaca blog ni marah plak .


  Ini untuk family saya dirumah
  
Hari ni saya bawa bekal roti telur  bermayonis ngan bercili sos

Skema tak? , aku  rasa mesti ramai yang suka  gaya penulisan cam ni  . Dulu ye aku percaya yang blog adalah medium untuk aku meluahkan perasaan , selepas hampir  4  tahun berblog   sedikit demi sedikit aku dapat rasa yang blog bukan lagi medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan atau bercerita  sebarangan .  Macam manalah aku nak meluahkan perasaan dalam blog ni, sedangkan  aku sebut  jenama roti yang aku  guna je , dah ada pengomen yang tak senang hati , identiti pengomen tu rasanya tak penting aku nak  bagi tahu pun, buang masa. Siapa  pembaca setia blog ni mesti tahu yang aku  guna pelbagai jenis roti yang suci lagi halal,  waima roti benggali pun aku guna gak. Pada  pengomen semua  ,korang boleh tinggalkan apa saje  komen tapi kalau boleh biarlah komen korang  tu tak menjatuhkan air muka orang lain. Kadang-kadang tu aku sedikit  kecewa, nama je    blog  sendiri tapi  apa saje  yang aku nak cerita kat sini  kena aku tapis dulu sebelum aku publish, aku rasa dah macam menumpang blog orang lain plak : (

Sudah banyak kali aku pesan kalau nak berblog biarlah ikhlas janganlah tinggalkan komen kat blog orang  semata -mata nak orang  tinggalkan komen kat blog kita. Aku mengakulah aku tak de masa nak buat blogwalking setiap hari, tapi bila ada kelapangan masa aku pasti  buat  kunjungan balas ke blog kengkawan. Siapa yang dah lama jadi  pembaca dan pengomen setia blog ni dah dapat agak  masa bila aku berblogwalking. Kalau korang nak tahu  siapa pembaca setia blog ni  , sila lihat senarai pengomen tegar kat belah kanan blog ni. Terima kasih kepada  semua pembaca blog  ni.

Aku  berblog ni  saje  buang masa dan  happy kenal ngan rakan maya, itu je. Jangan ambik serius sangat ngan apa yang aku cerita kat sini, tak enaklah.

Sekian saje untuk hari ni, anggaplah saja cerita aku  hari  ini  sekadar  melegakan hati yang lara.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina