gambar kredit to meow meow -Lakonan Mike B super spontan (macam aku pernah dengar je ayat super spontan sebelum ni tapi dimana ye)
Saper yang dah tengok berani punya budak angkat tangan?saper yang belum tengok tu sila sila beranikan diri pegi tengok cite berani punya budak, kalau korang tak tengok cam mana korang nak jadi berani diri cam Firdaus. Filem ni sebenarnya tak sesuai ditonton oleh budak-budak dibawah umur 18 tahun sebab filem ni ada banyak babak aksi pertarungan katanya penjual tiket tu, oleh kerana Firdaus berani punya budak dia berani menyeludup masuk ke dalam panggung wayang ,tak caya udah nama mu dollah sambung sendiri. Di akhir filem Afdlin Shauki ada menyatakan sekiranya Filem Berani Punya Budak mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dia akan buat sambungan filem tu. Afdlin shauki sebelum ko buat sambungan filem Berani Punya Budak mak nak pesan, kalau boleh kau kurangkanlah sikit babak aksi pertarungan yang kurang penting,bukan apa setiap kali ada babak aksi pertarungan setiap kali tulah jantung mak dag dig dug , tak senang duduk pun ada terlampau bowing, babak yang lain-lain okey keep it up with kim kardshian : )
Wayang start pukul 8.45 sebelum tu sempat lagi shopping barang dapur sikit ,nasib baik anak bujang mak rajin tolong menolong mak masukkan barang dalam troly : )
Mak nak komplin kenapa JJ poster filem Berani punya budak sekeping je kat atas plak tu, tak dapat anak-anak mak nak posing sakan kat depan poster berani punya budak : (
Cuba tiru cam MBO kat Harbour palace bersepah sepah poster filem sampaikan dalam lif pun ada poster filem , meriah : )
Pengarah | |||||||||||||||||||||||||||
Penulis:
| |||||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| |||||||||||||||||||||||||||
Krew:
| |||||||||||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Sinopsis:
Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan. Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia.
Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, semakin lama mereka semakin terperangkap dengan situasi ini, dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal. Adakah mereka berjaya menyelesaikan masalah tersebut?
Jika anda budak berani anda mesti tonton berani punya budak : )