Saturday, April 14, 2012

Teknik urutan yang betul dan terbaekkkk yang pasti bukan cakar harimau ye

Salam kengkawan..........

Sedihnya, hari ni aku kesepian, aku dan Firdaus ditinggalkan berdua, aku rasa kosong dan terasing, selalunya hujung minggu cam ni anak -anak aku balik. Semua orang dalam rumah ni hari   ada aktiviti sendiri, suami aku nak gi laut mancing malam nanti , yuyi ngan gula-gula hack plak kat  A Famosa Resort Melaka , dorang pegi  hari Jumaat balik  petang  minggu huk huk huk. Dorang ada ajak aku  pegi sekali, aku yang tak nak sebab Jumaat tu aku keja , redho jelah. Suami aku pun satu, kemain degil lagi cam aku nak babab je dia   , tengah tsunami cam ni nak gak pegi laut mancing . Bila aku larang , dia cakap nak mati kat  mana -mana pun boleh mati erghhh geramnya. Adatlah kan geram ngan suami ni , geram geram aku pun  setiap kali dia ke laut mancing, aku  selalu doakan dia selamat pegi dan balik : ) *bajet isteri mithali*

Bila tinggal berdua ngan firdaus ni , masing-masing buat aktiviti sendiri, Firdaus layan cd boboiboy terbaek dari ladang, aku plak layan blog , masa ni lah aku ambik kesempatan berblowalking. Rasa cam dah lama je aku tak berblogwalking jadi  segan  plak pada rakan blogger yang rajin singgah dan mengomen kat blog aku , terasa sangat semenjak Firdaus sekolah ni jadual harian aku padat ,bukanlah padat sampai tak de masa nak berkunjung ke blog kengkawan, ada masa aku berkunjung cuma kadang-kadang tu aku tak sempat nak tinggalkan komen je. . Maafkan aku ye kengkawan,aku menghargai setiap komen dan kunjungan kengkawan ke sini setiap masa. Janganlah hati kengkawan gundah gulana sekiranya aku tak tinggalkan komen, InsyaAllah aku akan cuba sedaya upaya yang termampu membalas setiap kunjungan kengkawan serta tinggalkan komen sekali . *bajet retis*

Apa yang ko bebelkan labu,biasalah aku ni bila dah start membebel susah nak stop, peringkat makcik- makcik lah katakan. Okey berbalik pada point asal aku , tadi aku nak cite pasal teknik urutan , ni teknik urutan badan ikan bukan manusia ye. biasalah aku ngan kontroversi memang tak dapat dipisahkan.kah kah kah . Teknik urutan ni tak de apa yang hebat ,  biasa-biasa je, mungkin banyak orang yang dah tahu, aku saje je nak wat gimik.Jangan marah.

Jom ikut aku masuk dapur belajar teknik mengurut ikan boleh gitu : )
Sediakan daun pisang ; daun pisang ni aku rembat dari  rumah jiran , sebelum rembat kena minta izin dulu ye.
Ikan cencaru anggaran sekilo, reganya RM7 sekilo, ni rega kat kawasan rumah aku, rega kat kawasan -kawasan lain aku kurang pasti plak, mungkin lebih kurang sama kot.
Bersehkan ikan cencaru, bahagian perut part paling penting kena dibersehkan seberseh mungkin dengan air mengalir, sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW .
Garam kunyitkan ikan cencaru sambil tu urut-urut manja badan ikan ,jangan ingat manusia je nak belaian manja , ikan pun nak gak : )
Lapik tray ngan aluminium foil nanti tak delah tray kita tercedera atau kotor banget *bajet malas nak menyental*
Balutkan ikan cencaru tadi ngan daun pisang, kemaskan hujung dan pangkal balutan daun pisang guna lidi penyemat .
Susun ikan cencaru yang dah dibalut tadi atas tray, renjiskan minyak sedikit mengunakan serai yang telah diketuk.·

Bakar dalam oven pada suhu 200 celcius selama 40 minit. *dasar pemalaskan bakar guna oben*


Jeng jeng jeng inilah ikan cencaru bakar , versi bakar dalam oben.


Aku tak buat pencicah air asam  suami ngan anak -anak tak suka , aku buat pencicah kicap cili .

Lauk sampingan aku masak sup suhun fucuk ngan kobis cina


Lauk sampingan yang lain, kari ayam beberapa hari yang lalu(tarikh sebenar aku kurang pasti) aku kasi perhangat, boleh ke gitu?



Okey sekianlah saje teknik urutan ikan buat kali ni, berjumpa lagi dilain hari dan waktu ye.








Kosmo 14 April 2012-Berteguh
Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina