Sekadar luahan hati
Bodoh sangat ke aku hari ni?, sampaikan nak bertengkar pasal baju sukan sekolah Firdaus ngan kerani sekolah . Aku bukan jenis orang yang suka kecoh kecoh, lagi lah bila membabitkan hal remeh temeh macam baju sukan sekolah Firdaus yang sampai hari ni tak nampak batang hidung lagi , bolehkan guna ayat batang hidung : ) . Masuk ni dah kali kedua aku tanya pasal baju sukan, jawapan yang aku dapat masih tetap sama "baju sukan tak siap lagi, bukan anak cik sorang je tak dapat baju sukan, semua murid pun tak dapat lagi.Masalahnya ada aku kesah ke kalau murid lain tak dapat lagi baju sukan? Aku sekarang ni bercakap bagi pihak Firdaus sorang budak lelaki yang terlalu teruja untuk memakai baju sukan semasa Pendidikan Jasmani.
Baju sukan sekolah belum siap print lagi : pada aku klise sangat alasan tu. Seingat akulah dulu zaman -zaman aku sekolah cakap je nak berapa helai baju sukan yang kau nak ,cikgu bagi masa tu gak ,tak tahu plak sekarang ni lain pesyennya, mungkin pihak sekolah nak tambah logo emas kot : ) Kerani sekolah ada bagitau aku malam nanti cikgu Firdaus akan call aku , jangan dia call semata-mata nak bagitau alasan yang sama udah,mau aku hanggin . Aku harap semasa perbualan aku ngan cikgu memon , Allah SWT memberikan aku kesabaran yang paling tinggi 9.1 skala richter.
cite banyak pun tak guna buat menghabiskan air liur je, baik aku simpan air liur ni untuk suami aku ada gak feadahnya : )