Tuesday, April 10, 2012

Anak Fasha makan makan kat The Chicken Rice Shop

Aje gila anak Fasha, kahwin ngan jejai pun tak lagi, inikan plak nak ada anak ngan Jejai. Apa ingat dalam doniya ni Fasha sorang je nama Fasha, ramai orang lagi nama  fashalah, dulu kawan memon yang alah alah tu pun namanya fasha gak.Jangan mare  nama  je fasha,  muka scary. Mencik tau ramai orang kat luar sana duk sibuk kutuk memon, muka tua ada hati nak guna nama Fasha * kutuk diri sendiri , bajet orang luar kutuk, ikut style Melodi mah* opssss ramai yang duk sibuk cop memon tumpang populariti Fasha Sandah. Hello, sekuis me, memon ada peminat sendirilah, tak mainlah tumpang populariti orang ni, sebenarnya fasha yang tumpang populariti memon oppssss *tampar mulut sendiri*

Zaman muda memon memang minat bertopi-topi ni, tak caya udah nama mu dollah, sambung sendiri

Berbalik pada cite ABPBH, memon minat sangat ngan topi yang wan maimunah pakai pada malam ABPBH tu, ada jual kat mana ye? Entah apalah  DJ Dave duk  kata bila dia nengok wan maimunah pakai topi tu .kui kui Memon nengok  cian, cam berat je topi tu nampak  Wan Maimunah cam susah je nak menoleh ke kiri . Memon tengah membayangkan memon pakai topi tu pegi keja, kengkawan rasa bos memon jeles tak bila memon pakai topi cam tu pegi keja.

Jom layan anak fasha

Budak tecit yang semakin pandai melaram, pada mulanya memon bagi dia baju kaler hijau,kurang asam baru darjah satu dia dah pandai bantah cakap memon "mak ni baju  pakai pegi sungai", lepas tu dia pegi pilih baju sendiri,memon sedih memon terus nyanyi lagu P.Ramlee yang ditukar lirik " beginilah nasib diriku bila anak semakin membesar", huk huk huk

Firdaus tak moh  terpinggir, dia nak lebih menonjol dari yuyi ngan gula-gula hacks.

Firdaus tak moh terpinggir lagi, ciankan yuyi ngan gula -gula Hacks terpaksa mengalah.

Akhirnya gula-gula hacks dapat gak menonjolkan diri lepas firdaus ikut yuyi gi beli CD.


Memon suruh yuyi order set,murah sikit nak dibandingkan ngan  order asing-asing, ikutkan tekak yuyi satu restoran dia nak order.
Air merah dulu kini dan selama-lamanya.
Separuh dari hidangan, semuanya habis kecuali kerabu mangga, tahu stim, sup fishball ngan pai tee tak berusik , memon suruh yuyi tapau pai tee ngan tahu je, sup fishball biarkan kat situ je.
Beef stew terpaksalah ambik dah ada dlm set, dorang punya set ni  boleh diumpama kan macam nak ditelan mati mak nak luah mati bapak, adakalanya pilihan yang diberi tu arghhhh memon pasrah...........
Memon rasa taugeh ni budak darjah dua pun pandai buat. opsss *tampar mulut sendiri*
Kerabu mangga sedap, cuma kena kurangkan gula sikit , bagi mengelakkan dari mendapat penyakit diabetis.*memon tak sayang mulut*
Memon tak tahu ni sup apa, pendapat bernas memon sup ni boleh buat dua benda je
1)wat air basuh tangan
2)minum cam air suam

*memon mintak dicekik*

Memon geram je bila nampak yuyi bersungguh -sungguh makan taugeh ni , tiba-tiba je memon terasa yang memon tak mahir menggoreng taugeh, cisss.
Sila abaikan gambar mata di bawah gambar pai tee tu: )

Cian Firdaus , lepas yuyi suruh pekerja tu tapau pai tee, Firdaus tunjuk gambar pai tee yang ada kat dinding "mana benda tu. Firdaus nak", kita orang ketawa beramai-ramai.


sapa kata TCRS sedap tapi mafahalfal. angkat tangan ...........memon angkat tangan dulu

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina