Wednesday, April 4, 2012

Memon ambik berat- Ahli jawatankuasa khas ,sila pantau-part 2

Dah lama kawan memon suruh memon peratikan muka pengacara rancangan masakan merangkap tukang masak yang selalu ke hulu ke hilir ngan motor besar dia tu .Memon manalah ada masa nak perati muka orang lain, muka sendiri pun tak sempat nak perati kat cermin daripada perati muka orang lain baik memon perati muka nenek memon, opsss. Almaklumlah wakil rakyat merangkap isteri yang berkerja cam memon ni sibuk 24 jam, mana ada masa nak tengok TV *dusta sangat*

Sabtu lepas first time memon nengok pengacara merangkap tukang masak suka naik motor tu, memon tak ralit sangat nengok muka dia , yang buat memon ralit masa dia menghempuk dan mengusap bahan perapan kat ayam.Korang saksikan sendirilah aksi dia memasak, memon tak nak tambah dosa, dah lah nak buat pahala dalam sehari pun payah, korang tengok sendirilah gaya dia memasak setiap hari sabtu pukul 9 pagi kat stesyen TV tak berbayar.

Bahan-bahannya

1)1/2 kilo tepung gandum
2)sebiji bawang holland
3)garam/baking powder/perasa
4)air suam
5)daun bawang -dihiris 1/2 cm
6)udang kering sengengam-cuci berseh kemudian kisar kering


Cara membuatnya


1/2 kilo tepung digaul 1 tsp garam ngan 1 tsp baking powder ngan sikit serbuk perasa. Potong nipis bawang besar kuning 2 biji. Guna bawang kuning(bombay) cucur akan berbau wangi dan sedap forever, akhir sekali masukkan udang kering . Kalau boleh bancuh adunan mengunakan air suam, supaya cucur nanti lembut sepanjang hari . Ramas bancuhan guna tangan supaya rasa bawang besar berbau wangi dan rasa sedap. Bila kita mengunakan tepung gandum sebagai asas membuat makanan, rehatkan doh & adunan tepung gandum lebih kurang 30 minit , untuk cari keserasian bersama. Bila dah serasi barulah digoreng dalam minyak panas, goreng biar sedikit kegaringan, jika digoreng garing, bawang yang ada kat dalam tepung tu turut garing dan rangup cam keropok.


Kalau boleh gaul adunan mengunakan SEBELAH  tangan, bahagian kanan  tak pun guna senduk atau sudu.

Pastikan tangan dan kuku jari kita berseh sebelum dan selepas menyediakan makanan. Paling utama elakkan memakai pewarna kuku yang terkopek-kopek semasa  menyediakan makanan.


Cik mawar jemput makan, opsssss




Akhir sekali , utamakan kebersihan, elakkan pembaziran tenaga dan air *kuang ajarkan nak berseh tapi dalam masa yang sama nak jimatkan air*

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina