Malam tadi aku baru terkial -kial nak belajar kenal cite boboiboy.Best gak cite tu,depan firdaus aku tak delah cakap best, kang terangkat plak vontot dia dengar aku cakap best. Selama ni aku geram bila time aku masak yuyi layan Firdaus tengok cite tu, sekarang ni aku redho je nak wat cam mana dah cite tu boleh bawak orang masuk ke dalam dunia boboiboy. : ) Tergelak -gelak aku dengar yuyi sebut "boboiboy terbaekkk" setiap kali dia nak ajak Firdaus tengok cite tu. Erghh geramnya aku, hari minggu hari tu yuyi boleh plak tutup tv semata-mata nak layan cd boboiboy terbaek ngan Firdaus . *tangan letak kat dada mata pandang ke atas*
Gambar susu kambing ni Firdaus yang ambik , hanya kerana nak menunjukkan ngan aku gambar orang jahat yang ada kat atas botol susu tu(korang nampak tak?) tak nampak tak pelah *wat suara lemah*
Malam tadi first time aku nengok boboiboy ngan Firdaus, selama ni aku pandang ngan tak pandang je bila yuyi ngan Firdaus layan cite tu.Tak menahan betul tengah aku syok layan cite tu boleh plak Firdaus menjerit berkali-kali cam tarzan "jangan makan biskut hijau tu". *tanjat memon* ingatkan anak memon kena sampuk dek hantu mana tadi. Aku buat-buatlah tanya Firdaus "kenapa tak boleh makan biskut hijau tu? Dengan penuh perasaan dia bagi penerangan percuma kat aku "tak boleh makan biskut hijau tu nanti boleh jadi gila, biskut tu orang jahat dah buh racun". Sapa yang dah kena racun sebenarnya ni?kui kui kui kui
Mulai sekarang aku kena banyak belajar mengenali watak -watak dalam boboiboy,nanti depan yuyi ngan Firdaus tak delah nampak sangat aku tak tahu apa-apa langsung pasal boboiboy .*control cun*
Siapa yang minat ngan cite boboiboy ni, sila sebut betul-betul boboiboy terbaekkkkkk.