Salam kengkawan......
Sebenarnya semalam lagi aku nak update blog nak ambik keberkatan hari Jumaatlah katakan, tapi oleh kerana mata aku ni mengalami kegatalan dan tekanan semacam,terpaksalah aku batalkan niat aku nak update blog . Semalam tak update blog aku terasa plak macam berhutang sesuatu ngan Cik PahKardshian, teringat janji aku pada cikpah nak promotekan blog abang ipar cik Pah WARKAH BUAT ISTERI, korang semua nampak je aku brutal atau cam akak kawasan tapi hati ni cepat tersentuh cepat je nak mengalirkan air mata lagi -lagilah bila baca blog kisah Isteri kepada abang ipar Cik Pah mengalami kerosakan pada saraf Otak.
Warkah buat Isteri ni aku nak tujukan untuk renungan para suami diluar sana (termasuk suami aku sendiri) supaya menjaga isteri -isteri kamu, jangan pernah sakiti isteri kamu sedarlah isteri kamu telah melahirkan zuriat kamu bertarung nyawa untuk itu, menjaga makan minum kamu, menjaga saat kamu sakit maka sayangilah dan hargailah isteri-isteri kamu selagi hayat dikandung badan.
Membaca Warkah Buat Isteri, tiba -tiba hati aku jadi sebak, kisah Isteri abang ipar cik pah mengingatkan aku pada kisah kedua ibubapa aku , rasanya tak perlulah aku nak ungkit lagi sebab kedua ibubapa aku dah lama pergi buat selama-lamanya, Al- Fatihah semoga roh kedua ibubapa aku dicucuri rahmat.Amin
Sekiranya kengkawan rasa terpanggil untuk turut membantu meringankan penderitaan atau kesedihan isteri kepada abang ipar Cik Pah kengkawan bolehlah pegi ke blog WARKAH BUAT ISTERI.
Kengkawan semua marilah kita sama-samalah berdoa supaya isteri abang ipar cik pah ni cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Untuk meredakan hati sendiri , aku berbalik pada cite breakfast kami pagi tadi bersama Roti Massimo ala roti john tak berapa nak john, senang je nak buat roti tak berapa nak john ni..
Semestinya roti massimo dengan roti massimo roti tak berapa nak john akan menjadi gebu dan mantopp
Kacau dalam mangkuk sederhana besar
1)4 biji telur
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris sederhana halus
Sediakan sos cili Maggi jahatkan tinggal sikit sos cili Maggi aku mana tak nya dua tiga hari ni bantai masak sos je.kalau korang suka boleh juge tambah mayonis.
Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa membalik- balikkan roti mengelakkan roti hangit disebelah bahagian je.
Bila roti telur nampak garing secukupnya , angkat roti ,tuangkan sedikit mayonis ngan cili sos. di atas permukan roti kemudian tutup ngan sekeping roti telur.
Jeng jeng sedap dimakan (sesuai untuk breakfast) Roti telur tu aku potong dua, nanti senanglah sikit Firdaus nak makan.
Gebukan roti massimo germa gandum : )
Roti massimo germa gandum gebu mantop , kengkawan nampak tak ?, lelehan mayonis ngan sos cili dicelahan roti *bajet nak bagi kengkawan terliur*Okeylah kengkawanku semua, sebelum aku mengakhiri cerita aku hari ni, aku nak pesan sekali lagi kat kengkawan sekiranya kengkawan ada masa terluang sudi-sudikanlah menjenguk WARKAH BUAT ISTERI. Terima kasih kengkawan semua