Petang semalam balik keja aku terus ikut kawan pegi pasaraya Giant.,cadang aku nak beli sayur ngan barang dapur sikit kat situ . Firdaus aku suruh suami ambik dari sekolah , aku jimba-jimba ngan kawan kat pasaraya , baguslah sangat peel aku tu kan : ). Sementara tunggu suami bawak firdaus kat situ, aku temankan kawan beli tudung. Belinya tak sampai dua helai lebihnya mengacau anak dara tauke jual tudung , habis tu kita orang geram sangat tengok muka dia yang cute semacam, nasiblahkan. Masa tengah leka mengaacau anak dara tauke jual tudung tu, aku ternampak kelibat siputih adik neolopak kat Guardian, apalagi melompat-lompatlah aku cam kera kena belacan. *pentipu sangat* . Bila blogger bertemu blogger mestilah ada sesi berposing sakan sampai tak henggat dunia, tempat yang jadi mangsa kedai tudung tu, mau angin anak tauke jual tudung entah apalah dalam hati dia kata, ada aku kesah janji kawan aku ada beli sehelai tudung rega RM35. Jahatkan beli tudung RM35 ada hati nak konker ngan kedai sekali untuk sesi berposing *bajet retis mangga* .
siputih dah ada yang punya, belah kiri tu masih single & available , sesiapa yang nak berkenalan sila cari dia kat muka buku
Fura kipas susah mati says : tudung ni sesuai tuk kak eton opsss
Aku kagumlah ngan tudung sekarang ni, dah macam-macam pesyen, tak lama lagi mesti ada yang buh pearl ngan diamond kat tudung.
Lihatlah doniya bermacam -macam corak dan warna tudung berada kat pasaran Malaysia , petik je macam mana korang nak garenti ada. Petik hulur duit bukan free tau .
Diamond Pearl untuk golongan marhaen, tak caya udah namamu dollah sambung sendiri..........
Sekadar luahan hati aku
kes pintu toilet terkunci : motip orang tu menyiasat sampai ke lubang cacing, siapa yang buat toilet tu terkunci, Kenapa boleh terkunci, kenapa orang lagi satu datang opis hari sabtu, masalahnya sekarang kunci toilet tu ada kat tangan orang tu, apa masalahnya sekarang yang ko nak menyibuk tahu semua tu, bukak jelah toilet tu. Kenapalah dalam dunia banyak sangat manusia yang suka membesarkan isu yang kecil sehingga menjadi besar?