Salam kengkawan....
Tengah wat apa tu?ke mana kita hari ni? Aku tengah buntu ni , tengah fikirkan kat mana nak bawak Firdaus gi jalan sekejap lagi? Dah lah semalam aku janji nak bawak dia naik komuter tapi aku tak bawak boleh plak aku kelentong dia komuter rosak, jahat betul aku ni. Besar Firdaus ni boleh lagi kelentong cuba dah besar sikit mau aku kena smash balik. Firdaus ni pantang nengok muka aku ada kat rumah , mesti dia akan kata "mak jum kita gi enjoy". Masa mula-mula dengar Firdaus sebut perkataan enjoy tu aku konpius gak , nak sangat tahu apa yang dia maksudkan ngan enjoy, aku pun tanyalah dia " enjoy tu apa dik? nak pecah perut aku ketawa bila dengar dia cakap yang enjoy tu cuti jalan -jalan naik komuter, makan KFC lepas tu gi Giant. Firdaus memang suka sangat ajak aku gi Giant Port Klang, yang kelakarnya setiap kali dia ajak aku pegi giant , aku mesti ulang ayat yang sama "alah dik dah besar nanti ko tak akan pandang Giant & KFC Port Klang tu". Kijamkan ayat aku , sah sah menunjukkan yang giant tu buruk beno.*syyy GPK tu buruk banget* kwang kwang kwang
Ada segelintir orang lelaki , masa dorang kecik rajinlah nak ikut mak ayah gi shopping komplek, nanti bila usia meningkat remaja banyaklah alasan dorang bagi bila diajak pegi shopping komplek. Perkara biasalah tu, lelaki yang mula meningkat remaja ni otomatik dalam diri dorang tu datang sifat malu, jadi tak hairanlah kenapa dorang tak gemar nak ikut mak ayah pegi shopping komplek.
Cukuplah penyembangan aku untuk hari ni, kalau diteruskan nanti ada dapur yang tak berasap atau ada rumah yang berkepah- kepah
Jom kita ke aktiviti orang bujang tapi dah kahwin boleh gitu, ni aku nak tunjukkan rupa masakan bila aku tinggal berdua jer ngan Firdaus : )
Kita ambik daun salad , leraikan kemudian bersehkan dibawah air mengalir. Daun salad ni feveret Firdaus.

Ambik beberapa keping roti GARDENIA. tang gardenia tu sebut betu-betul .*mampos bila rakan opis terbaca blog aku* ada aku kesah
Ambik 4 biji telur LTK omega plus , aku beli telur ni time kaya je, time miskin beli telur biasa.
Sila katup roti tu ye.
Roti untuk Firdaus aku potong 4, dah terbiasa dari anak -anak aku kecik , makanan yang bersize agak besar, suami memang akan suruh aku potong supaya anak -anak senang nak suap ke mulut.
Sekianlah saje ragam hidup orang bujang dihujung minggu.#bujanglahsangat