Monday, April 30, 2012

Jalan-jalan cari air kat Sungai Congkak

Salam kengkawan....

Rumah saper hari sabtu ngan minggu tak de air, angkat tangan!!.Aku sendiri tanya aku angkat tangan boleh? gedikkan nak angkat tangan : ) Bila tak de air kat rumah terasa rimas semacam, nak wat apa pun tak boleh.Suami aku gi mancing dapatlah selautan air, tak delah dia merasa sangat sengsara ketiadaan air hari sabtu tu. Cian masa aku tengah terbe.... plak dibuatnya  tak de air , tanjat memon cepat-cepat aku tadah air dalam baldi dapatlah setengah baldi untuk mencuci apa yang patut.

Masa  rumah tengah tak de air ni malas aku nak duk rumah, yuyi ajak tidur rumah dia aku on je. Petang minggu tu tengah aku nak bersiap nak balik  ke rumah   Yuyi plak nak  ajak aku ngan Firdaus pegi jalan jalan cari air kat Sg.Congkak. Selalunya  pegi pegi last minute ni aku tak berapa berkenan sangat  tapi oleh kerana kasihan  ngan Firdaus dari minggu lepas  teringin nak mandi  sungai aku ikutkan jelah. Bukan apa ,kalau dibagitau awal-awal nak pegi mandi sungai  bolehlah  aku prepare makanan nak dibawak ke sana, spesis aku ni suka bawak bekalan makanan dari rumah bila pegi mandi manda  barulah happening bertambah lagi happening bila dapat berkumpul buat barbeque . Sebenarnya yuyi  saje tak nak bagitau aku awal-awal cadangan na
k ke sungai sebab dia tak nak aku penat-penatkan badan masak itu & ini .ooo tak pe lenkali jangan harap aku nak pegi bila dibagitau last minute aci tak.

Jomlah layan gambar aku yang berapa nak cantik sangat ni : )Sampai sana sempat lagi kita orang layan chalet RM20 3jam jadilah buat tempat letak barang ngan tempat salin baju. Masuk je chalet tu aku terus periksa dinding chalet tu dulu mana tahu kat dinding ada lubang sesat. Geleng kepala yuyi bila dia nampak aku periksa dinding tujuan aku sebenar wat camtu saje nak buat provakasi bagi dia bengang .

Aku tepek gambar ni sebab aku suka sangat ngan muncung budak manja sorang ni : )


Macam orang tua kan siap sapu balm harimau kat tengkuk.

montel saja nak buat provakasi bagi abang bengang.
Sampai je kita orang  hirup-hirup udara keliling chalet 5 star  tu dulu .kha kha kah

Cian gula-gula hack kena angkat barang : )
Permandangan sungai berhadapan chalet 5 star yang kitaorang sewa..
Nakal tau Firdaus ni dia boleh enjut katil tu sambil gelak-gelak siapa tanya aku lagi "mak kenapa tilam ni cam batu".Rasa aku nak cubit je mulut dia masa tu.
Budak tak sabar nak terjun sungai, yuyi ngan aku panggil dia makan dulu sebelum mandi kemudian baru dia naik makan.
Ni yang aku tak gemar ni mandi sungai makan KFC tapi nak wat cam mana dah semuanya kanak-kanak ribena ikutkan jelah.
Firdaus habislah dua ketul ayam KFC sebelum terjun sungai

Dah lama tak masuk rumah papan terasa seronok plak.Pandai juge dorang ni cari duit, kat depan chalet dorang bukak warung nasi lemak .

Layan jelah gambar kelabu ni dah penat aku nak merapu : )
Budak -budak kalau ngan air memang tak dapat dipisahkan 24 jam pun sanggup berendam dalam air.
Gula-gula hack yang ke kkk pop.
Nampak tak gula -gula hack tengah mendukung simontel, mereka berdua ni ada  masa cam isi ngan kuku ada masa plak cam anjing ngan kucing hanya mereka berdua je tahu kenapa mereka begitu.kha kha kha

Entah kenapa aku ngan yuyi lebih suka mandi sungai dibanding mandi laut mungkin kerana  kulit muka kitaorang  cepat terbakar dan pedih semacam bila mandi laut bukannya kita orang tak pakai  sunblock pakailah  banyak mana pun tetap terbakar. Menurut cakap suami aku yang banyak pengalaman  dengan  laut dan sungai , mandi laut lebih selamat dibanding ngan mandi sungai, habis cam mano ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina