Showing posts with label jalan -jalan makan angin. Show all posts
Showing posts with label jalan -jalan makan angin. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Separuh hari sabtu ku ; awek surabaya umur 30an

Hari sabtu hari tu aku ajak anak -anak  mandi -manda kat sunway Lagoon. Pada mulanya aku bercadang  ajak diaorang  mandi manda kat  Wet World Shah Alam tapi memandangkan yuyi yang dah ke serata alam tapi tak pernah lagi  menjejakkan kaki  ke sunway lagoon  maka itu sebabnya  aku tukar  cadangan *sila jangan ketawakan yuyi* 4 tahun dulu  masa Firdaus baru berumur 3-4 tahun  selalu gak aku bawak dia ngan gula-gula hack datang  sini.

layan gambar yang tak seberapa nak cantik ni ye.
Anak ; Tiada di sini tetap dihati.Tak pernah ku lupa walau sesaat
Saya berada di Sunway Lagoon

saya suka menutup aurat  semasa mandi . Seriously dari kecik sampai la ni Firdaus marah sungguh bila aku   bukakkan  baju dia  atau  pakaikan dia swimming trunk masa mandi swimming pool,  sungai atau laut .
Gula-gula hacks dan yuyi
Gambar 1
 
Gambar 2
Cari perbezaan dalam gambar ini.ha ha ha 
 ular Albino
 ???????
 saya dan ?????
tikus moden
Iguana
tupai 
meh aku ambik ko  punya duri  wat penunjuk mukadam
buaya  hidup di darat lebih merbahaya dari buaya hidup  di air, kan kan kan.
Tupai lagi ke?
ular sawa beku
Aku sempat berkenalan ngan pelancong vietnam namanya yuyi
saya sentiasa gembira bila  berada di dalam air
 orang yang sentiasa  gembira bila berada di dalam air
gembiranya saya

bakal perenang olimpik Malaysia 2015
Tak tentu arah


   Tanpa mengenal penat dan  erti jemu

Arjun rampal ???

Arjun rampal ?? karena kapoor?
nampak tak saya?
play ground dalam air
ala aku ingatkan firdaus tadi rupanya anak orang lain, excitedkan aku ni
saya sedang mencari sesorang
Awek surabaya 
Cinta tak mengenal usia?

Lepas berendam mesti lapau

Arjun rampal???
alamat mak saya terlupa nak  ambik  gambar saya tengah makan
 
Hidangan aku
 
bajet ayu
Selamat tinggal Sunway Lagoon


Bilalah lagi aku  dapat menjamu mata kat sini . Aduyai kenyang mata aku  memandang yang terjojol ala neelofa yang terjojol ala ala liyana jasmay pun ada gak.*lap air liur jap*

Wednesday, July 18, 2012

Pengalaman 5 hari di Melbourne

 Yuyi pegi Melboune hari selasa petang  lebih kurang pukul 7 petang . Dia sampai sana pukul berapa aku lupa nak check plak. Masa dia kat sana tu ada gak 2-3 kali dia call tanya khabar aku. Aku tak nak cakap banyak-banyak al-maklumlah orang dah semakin meningkat umur cam aku ni  suka pikir pasal bil telefon je.la la la *bajet tak nak mengaku diri dah semakin tua*

Syukur Alhamdulillah, setelah 5 hari kat sana Petang ahad pukul 4 pagi dia bertolak balik ke sini. Sampai je KLIA pukul 5 petang terus dia call  bagitahu dia dah sampai sini.Aku tak nak tanya apa-apa,  kasihan  dari nada suara dia aku tahu dia kepenatan yang teramat sangat.*ada sedikit ahli nujum disitu*

Sampai ke hari ni aku belum jumpa dia lagi InsyaAllah  hari pertama puasa dia balik ke rumah aku. Hari senin hari tu  masa aku dalam komuter  dalam perjalanan ke rumah  aku yuyi ada call aku masa tu sempatlah dia cerita  pengalaman dia kat sana. Karam singh walia ada butirannya*apasal bila ingat wartawan je aku ingat  karam singh walia udah*


Aku  : 5 hari kat sana  best tak?

Yuyi : okey best  gak ,cuma makan kat sana  je mahal  sikit. biasalah tu, kalau kita memang duk sana tak delah terasa.

Aku : kat sana mesti bersehkan.

Yuyi : mestilah.

Aku : orang kat sana  kebanyakannya macam mana?

Yuyi : orang kat sana banyak yang  peramah . kedai makan kat sana layanan dorang tip top, kita tak delah rasa kekok.

Aku : barang kat sana mesti mahalkan.

Yuyi : tak semuanya mahal, baju budak jenama GAP  ngan seluar jeans murah kat sana.  aku gila tengok buah-buahan  ngan sayur kat sana cam best je.

Aku : makanan kat sana cam mana?

Yuyi :  5 hari tak makan pedas boleh lagi tahan. mak tahu sampai je KLIA  aku terus cari makanan pedas .

The moral of the story yuyi ngan makanan pedas tak boleh dipisahkan. 

Hanya 5 keping gambar ni je aku dapat kongsi kat sini, cukuplah tu kan? Ini blog aku bukan blog dia .ha ha ha . Nak tengok lebih banyak gambar pegi je kat facebook dia. Tak de maknanya semua gambar dia privatekan ha ha ha sendiri ambik gambar sendiri tengok yuyi ni pelik sikit. 24/7 offline 24/7 up status sengal , apa motip dia bukak account facebook pun aku tak tahu.*ada sedikit bangkai disitu*




 Dia  teruja bila nampak  penguin : )
First time aku nengok yuyi pakai gincu merah-*gincu cam pelik je perkataan tu*

Sekadar luahan hati

Sila percaya setiap kali yuyi pegi bercuti kat  dalam negara mahupun luar negara aku tak pernah suruh dia beli apa-apa pun untuk aku.  *bajet ibu mithali sila percaya* kalau anda begitu maksudnya anda ibu mithali yang dicari selama ini.la la la la 

Saturday, June 9, 2012

outing dengan family-saper nak ikut


Hari ni  kami sekeluarga nak bawak Firdaus   mandi sungai almaklumlah sempena besday dia .

Terima kasih  kak zakie  sebab sudi  hantar  ucapan happy  besday kepada firdaus melalui email.


okey sampai sini je.jumpa lagi.

Monday, April 30, 2012

Jalan-jalan cari air kat Sungai Congkak

Salam kengkawan....

Rumah saper hari sabtu ngan minggu tak de air, angkat tangan!!.Aku sendiri tanya aku angkat tangan boleh? gedikkan nak angkat tangan : ) Bila tak de air kat rumah terasa rimas semacam, nak wat apa pun tak boleh.Suami aku gi mancing dapatlah selautan air, tak delah dia merasa sangat sengsara ketiadaan air hari sabtu tu. Cian masa aku tengah terbe.... plak dibuatnya  tak de air , tanjat memon cepat-cepat aku tadah air dalam baldi dapatlah setengah baldi untuk mencuci apa yang patut.

Masa  rumah tengah tak de air ni malas aku nak duk rumah, yuyi ajak tidur rumah dia aku on je. Petang minggu tu tengah aku nak bersiap nak balik  ke rumah   Yuyi plak nak  ajak aku ngan Firdaus pegi jalan jalan cari air kat Sg.Congkak. Selalunya  pegi pegi last minute ni aku tak berapa berkenan sangat  tapi oleh kerana kasihan  ngan Firdaus dari minggu lepas  teringin nak mandi  sungai aku ikutkan jelah. Bukan apa ,kalau dibagitau awal-awal nak pegi mandi sungai  bolehlah  aku prepare makanan nak dibawak ke sana, spesis aku ni suka bawak bekalan makanan dari rumah bila pegi mandi manda  barulah happening bertambah lagi happening bila dapat berkumpul buat barbeque . Sebenarnya yuyi  saje tak nak bagitau aku awal-awal cadangan na
k ke sungai sebab dia tak nak aku penat-penatkan badan masak itu & ini .ooo tak pe lenkali jangan harap aku nak pegi bila dibagitau last minute aci tak.

Jomlah layan gambar aku yang berapa nak cantik sangat ni : )Sampai sana sempat lagi kita orang layan chalet RM20 3jam jadilah buat tempat letak barang ngan tempat salin baju. Masuk je chalet tu aku terus periksa dinding chalet tu dulu mana tahu kat dinding ada lubang sesat. Geleng kepala yuyi bila dia nampak aku periksa dinding tujuan aku sebenar wat camtu saje nak buat provakasi bagi dia bengang .

Aku tepek gambar ni sebab aku suka sangat ngan muncung budak manja sorang ni : )


Macam orang tua kan siap sapu balm harimau kat tengkuk.

montel saja nak buat provakasi bagi abang bengang.
Sampai je kita orang  hirup-hirup udara keliling chalet 5 star  tu dulu .kha kha kah

Cian gula-gula hack kena angkat barang : )
Permandangan sungai berhadapan chalet 5 star yang kitaorang sewa..
Nakal tau Firdaus ni dia boleh enjut katil tu sambil gelak-gelak siapa tanya aku lagi "mak kenapa tilam ni cam batu".Rasa aku nak cubit je mulut dia masa tu.
Budak tak sabar nak terjun sungai, yuyi ngan aku panggil dia makan dulu sebelum mandi kemudian baru dia naik makan.
Ni yang aku tak gemar ni mandi sungai makan KFC tapi nak wat cam mana dah semuanya kanak-kanak ribena ikutkan jelah.
Firdaus habislah dua ketul ayam KFC sebelum terjun sungai

Dah lama tak masuk rumah papan terasa seronok plak.Pandai juge dorang ni cari duit, kat depan chalet dorang bukak warung nasi lemak .

Layan jelah gambar kelabu ni dah penat aku nak merapu : )
Budak -budak kalau ngan air memang tak dapat dipisahkan 24 jam pun sanggup berendam dalam air.
Gula-gula hack yang ke kkk pop.
Nampak tak gula -gula hack tengah mendukung simontel, mereka berdua ni ada  masa cam isi ngan kuku ada masa plak cam anjing ngan kucing hanya mereka berdua je tahu kenapa mereka begitu.kha kha kha

Entah kenapa aku ngan yuyi lebih suka mandi sungai dibanding mandi laut mungkin kerana  kulit muka kitaorang  cepat terbakar dan pedih semacam bila mandi laut bukannya kita orang tak pakai  sunblock pakailah  banyak mana pun tetap terbakar. Menurut cakap suami aku yang banyak pengalaman  dengan  laut dan sungai , mandi laut lebih selamat dibanding ngan mandi sungai, habis cam mano ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina