Wednesday, July 18, 2012

Pengalaman 5 hari di Melbourne

 Yuyi pegi Melboune hari selasa petang  lebih kurang pukul 7 petang . Dia sampai sana pukul berapa aku lupa nak check plak. Masa dia kat sana tu ada gak 2-3 kali dia call tanya khabar aku. Aku tak nak cakap banyak-banyak al-maklumlah orang dah semakin meningkat umur cam aku ni  suka pikir pasal bil telefon je.la la la *bajet tak nak mengaku diri dah semakin tua*

Syukur Alhamdulillah, setelah 5 hari kat sana Petang ahad pukul 4 pagi dia bertolak balik ke sini. Sampai je KLIA pukul 5 petang terus dia call  bagitahu dia dah sampai sini.Aku tak nak tanya apa-apa,  kasihan  dari nada suara dia aku tahu dia kepenatan yang teramat sangat.*ada sedikit ahli nujum disitu*

Sampai ke hari ni aku belum jumpa dia lagi InsyaAllah  hari pertama puasa dia balik ke rumah aku. Hari senin hari tu  masa aku dalam komuter  dalam perjalanan ke rumah  aku yuyi ada call aku masa tu sempatlah dia cerita  pengalaman dia kat sana. Karam singh walia ada butirannya*apasal bila ingat wartawan je aku ingat  karam singh walia udah*


Aku  : 5 hari kat sana  best tak?

Yuyi : okey best  gak ,cuma makan kat sana  je mahal  sikit. biasalah tu, kalau kita memang duk sana tak delah terasa.

Aku : kat sana mesti bersehkan.

Yuyi : mestilah.

Aku : orang kat sana  kebanyakannya macam mana?

Yuyi : orang kat sana banyak yang  peramah . kedai makan kat sana layanan dorang tip top, kita tak delah rasa kekok.

Aku : barang kat sana mesti mahalkan.

Yuyi : tak semuanya mahal, baju budak jenama GAP  ngan seluar jeans murah kat sana.  aku gila tengok buah-buahan  ngan sayur kat sana cam best je.

Aku : makanan kat sana cam mana?

Yuyi :  5 hari tak makan pedas boleh lagi tahan. mak tahu sampai je KLIA  aku terus cari makanan pedas .

The moral of the story yuyi ngan makanan pedas tak boleh dipisahkan. 

Hanya 5 keping gambar ni je aku dapat kongsi kat sini, cukuplah tu kan? Ini blog aku bukan blog dia .ha ha ha . Nak tengok lebih banyak gambar pegi je kat facebook dia. Tak de maknanya semua gambar dia privatekan ha ha ha sendiri ambik gambar sendiri tengok yuyi ni pelik sikit. 24/7 offline 24/7 up status sengal , apa motip dia bukak account facebook pun aku tak tahu.*ada sedikit bangkai disitu*




 Dia  teruja bila nampak  penguin : )
First time aku nengok yuyi pakai gincu merah-*gincu cam pelik je perkataan tu*

Sekadar luahan hati

Sila percaya setiap kali yuyi pegi bercuti kat  dalam negara mahupun luar negara aku tak pernah suruh dia beli apa-apa pun untuk aku.  *bajet ibu mithali sila percaya* kalau anda begitu maksudnya anda ibu mithali yang dicari selama ini.la la la la 

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina