Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 9 umat Islam berpuasa InsyaAllah. Semakin dekat pertengahan bulan Ramadhan semakin tekak ni tak lalu nak makan makanan yang berat-berat semasa bersahur. Bila tekak ni dah tak lalu makan dalam otak aku ni membayangkan satu makanan yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat. Apa lagi makanan yang simple tapi mengenyangkan dan berkhasiat kalau bukan Roti Massimo germa gandum dijadikan roti telur bermayonis bercili sos atau roti scramble egg ye dak.*pliz ambik saya jadi jurucakap produk roti massimo* la la la
Ko mampu sekali tala dua jenis roti dalam masa yang sama. Juadah untuk bersahur subuh ni aku buat roti scramble egg ngan roti telur bermayonis bersos cili*abaikan nama resepi yang panjang lebar tu*
Malam sabtu masa kat dalam pasaraya Giant aku ternampak planta ngan kaya tiba-tiba je tekak ni teringin nak makan roti disapu planta ngan kaya.Apa lagi aku rembatlah planta, kaya ngan roti massimo germa gandum. Aku adalah bangang sampai umah tak de plak keinginan nak meyapu roti ngan planta dan kaya tapi yang bestnya roti tu aku boleh plak buat roti telur bermayonis bercili sos ngan roti scramble egg untuk dijadikan juadah bersahur.Nampak disitu otak dah berpusing*
1)4 biji telur
2)sedikit kicap cair
3)Sebiji bawang Holland-hiris nipis
4)4tangkai daun bawang -hiris sederhana halus(kalau tak de pun tak mengapa)
5)sos cili life
6)mayonis
cara-cara membuatnya
Panaskan kuali yang tak melekat, lengserkan ngan sedikit majerin/minyak.
celupkan roti dalam bancuhan telur, buh atas kuali tadi.Taburkan hirisan bawang atas roti ye. Jangan lupa membalik- balikkan roti bagi mengelakkan roti hangit disebelah bahagian je.Bila roti telur nampak garing secukupnya , angkat roti ,tuangkan sedikit mayonis ngan sos cili . di atas permukan roti kemudian tutup ngan sekeping roti telur.Sedia dihidang serta dinikmati.
Bahan -bahan untuk membuat roti scramble egg.1)Telur-aku guna 5 biji telur
2))lada sulah
3)sedikit kicap cair-penganti garam
3)Fresh milk
4)roti massimo germa gandum
5)butter
Cara-cara membuatnya
kacau 5 biji telur bersama fresh milk dan sedikit kicap cair, kalau agak nak diet kengkawan tukarkan kepada low fat milk , kacau telur hingga kental kemudian buh sedikit lada sulah. kalau boleh gunakan api sederhana semasa mengacau telur tadi. Sapu roti ngan sedikit butter , letakkan telur kemudian kat atasnya tempekkan sekeping roti .Sedia dihidang serta dinikmati.
Jumpa lagi tengahari nanti ye, InsyaAllah.........
Sekadar luahan hati
otak berpusing tak pe lagi jangan cakap berpusing udah............mak jadik takut