Monday, July 16, 2012

mood ; bulan Ramadhan Al-Mubarak menghitung hari...detik demi detik...masa ku nanti...

Aku salute ngan orang-orang yang excited nak menyambut bulan ramadhan ni terutama kanak-kanak.Seperti  yang semua orang  tahu  hanya tinggal beberapa hari saje lagi kita akan melangkah ke bulan penuh keberkatan  bulan Ramadhan Al -Mubarak .Maka akan menangislah syaiton-syaiton sebab tak dapat mengoda manusia sepenuhnya pada bulan ramadhan. ha ha ha padan muka syaiton

Banyak hadis Nabi SAW yang menceritakan kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan , antaranya ;

1)Bulan Ramadhan adalah penghapus dosa

2)Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan merupakan penghapus dosa diantaranya selama mana dijauhi dosa besar (Riwayat Imam Muslim)

3)Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga , ditutup pintu neraka dan dirantai syaiton-syaiton.

Sila google sekiranya nak tahu lebih lanjut lagi kelebihan bulan Ramadhan, tapi pada aku  daripada  duk mengoogle adalah lebih baik bukak Al-Quran percayalah  dalam Al-Quran  tu berbagai ilmu yang bermanfaat boleh kita perolehi . kalau tak caya korang dosa.

*undilah saya sebagai ustazah pilihan pada musim akan datang*

Kembali kita kepada cerita kanak-kanak yang terlalu excited nak menyambut bulan Ramadhan yang tidak lama lagi akan menjelma . Rasanya tak  perlulah  aku perkenalkan kanak -kanak tu pada korang ,korang mesti dah dapat agak saper kanak-kanak tu.jeng jeng jeng Jangan tanjat memon Firdaus dah rongak sekarang ni.................
Hampir setiap hari  Firdaus tanya aku bila mula puasa aku pun naik penat berhadapan ngan  soalan yang sama setiap hari  maka aku pun buat satu inisiatif  untuk kepentingan bersama. Boleh gitu pada kalendar aku tandakan perkataan "PUASA"kat tarikh 1 Ramadhan 2012 aku lega dia plak  puas hati.
Setiap malam dia akan tengok kalendar tu .ha ha ha 
Paling aku salute dia boleh cakap ngan aku "mak nanti puasa kita sejukkan." Mana aku tak salute dari aku kecik sampai aku besar aku pun tak pernah cakap cam tu. *agak sedikit bangkai aku disitu*

Bila diingat kembali kenangan silam aku terutama masa anak-anak aku kecik ,  aku  agak terasa sedikit kerugian dalam kehidupan ni tak banyak ye sikit je . 

1)Seingat aku  masa  anak -anak aku kecik  sampailah dorang besar  ni dorang tak pernah  merasa pengalaman  pergi ke rumah orang untuk mengutip duit raya - *nampak disitu aku sedikit zalim* kalau sekarang ni aku bagi keizinan pun dorang pegi kutip duit raya tak kan ye dah besar panjang ni dorang nak pegi, ye dak, alamatnya kena tunggu  Firdaus besar sikitlah nanti baru pegi kutip duit raya.la la la la 

2)Masa anak -anak aku kecik  aku tak merasa nak menyaksikan kerongakkan  gigi dorang semua  .ha ha ha Nasib baiklah  masa Firdaus ni aku merasa nak belek-belek gigi dia yang rongak tu.Untuk pengetahuan korang semua dua batang gigi susu Firdaus belah hadapan  tercabut dua hari lepas .Cerita yang sebenar-benar  gigi susu dia tu hanya tercabut sebatang  je yang lagi  sebatang  di cabut oleh doktor gigi tak bertauliah nantilah aku cerita di episod akan datang.la la la la  




Sekadar luahan hati

apasal ye bila aku tak keja je aku senang hati mungkin aku tak payah pandang muka dua orang bangkai disitu.  Hari ni aku nak bawak Firdaus jumpa doktor.lega........


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina