Tadi masa aku nak masak juadah makan tengahari aku bukak esbok sayur yilek semua dah habis ,masa tulah aku baru nak meraban cari sayur. Kat rumah aku ni cam something wrong somewhere je kalau masak lauk tanpa sayur.Tak de sayur ulam timun pun jadilah.Dah kami semua membesar ngan sayur selain dari minum susu.la la la .Berbalik cite pasal sayur , hari ni aku ada sedikit kemalasan nak pegi ke kedai yang agak jauh dari rumah aku makanya aku redah jelah kedai hujung tanjung yang tak sampai 1/2 batu dari rumah aku.Biasanya kedai kedai yang berstatus suam-suam kuku cam kedai hujung tanjung ni memang susah nak jumpa beraneka sayur kalau ada pun sawi tak pun taugeh, aku pasrah je dah ini kedai pilihan aku.
Yes sangkaan aku benar belaka memang dalam esbok dia ada sawi je cuma diupgrade sikit ngan beberapa batang carrot.la la la la aku fikir punya fikir pandang punya pandang aku terpandang pucuk keledek kat tepi kedai tu yang seakan-akan ada potensi untuk dijadikan masak lemak untuk juadah makan tengahari aku hari ni. Tanpa membuang masa aku suruh tauke kedai tu petik pucuk keledek yang semakin membesar.Dengar je aku berkehendakkan pucuk keledek tu dengan sepantas kilat tauke kedai tu pegi memetik-metik pucuk keledek yang ada dalam gabus putih. *jangan suka sangat guna ayat berkehendakkan*
Syukur Alhamdulillah 4 biji cili merah, sepaket udang kering, sebiji kelapa dan pucuk keledek tadi hanya menelan belanja sebanyak RM4.30, perbelanjaan tu bersesuaian sangat untuk golongan marhaen cam aku ni.
Jom kita melihat-lihat masak lemak pucuk keledekku masak bersama udang kering.larikkk
pucuk keledek fresh from farm-siang, basuh dan tuskan
Masak lemak ni sebenarnya senang kalau kita ikut cara masak yang betul.
3 biji bawang merah kecik-dihiris
sebiji cili masak-dihiris
sepaket udang kering-basuh , keringkan air kemudian tumbuk sederhana halus.
sedikit serbuk lada hitam-arwah mak kata bila masak sayur yang berunsur sejuk ni kita kena masukkan sedikit lada hitam
Semua bahan di atas masukkan kedalam kuah lemak diikuti ngan sedikit serbuk kunyit.kacau atau tembok kuah lemak sampai agak mendidih.Masa mangacau sila guna api sederhana. Bila kuah lemak dah agak mendidih masukkan garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam diikuti dengan pucuk keledek. kacau sekejap kemudian bolehlah diangkat.
*kalau suka kita boleh buh ubi keledek tapi dengan syarat kita kena empukkan dulu ubi keledek tu sebelum memasukkan pucuk keledek* .terimak
Pucuk keledek masak lemak bersama udang kering
Rasanya first time aku judukan masak lemak sayur ngan ikan kicap.
1 1/2 keping Ikan GT di potong sederhana besar , tekstur isi ikan GT agak serupa ngan ayam di bahagian dada jadik sekiranya anda pengemar dada ayam sila dapatkan ikan GT dipasaran.larikkkkkkk
Ikan GT tu sebelum dimasak kicap kenalah digoreng sederhana garing, barulah sodap
Sekadar luahan hati
Bila cerita aku kat sini mendapat respon yang agak sedikit baik dari budak muda ni , InsyaAllah esok aku ingat nak buat sambungan cerita tu lagi. *agak ada sedikit edisi riak disitu* ermm ermmm