Wednesday, July 25, 2012

uniques visitor Nuffnang dalam bulan ramadhan

Salam Ramadhan..................

Tiba-tiba je aku sedih, sentap bila nengok Nuffnang  uniq visitor aku jadi   600-700 .ni semua gara-gara aku  malas nak update , cerita aku update dua tiga hari ni pun cerita-cerita bangkai. Alah kalau dah bukan rezeki kita nak buat cam mana ye dak. Bukan aku sengaja tak nak upadate tapi masa yang tak mengizinkan lagi satu puasa kali ni aku keletihan sangat. Ada beberapa   faktor  yang menyumbang kepada keletihan aku antaranya :-

1) dalam bulan puasa ni hampir setiap hari jalan kat westport ni jem hanya kerana disebabkan oleh  traffic light arghh malas nak cerita lebih,buat sakit hati je. Namanya  keluar office pukul sampai rumah tetap pukul 6.30 bertabah ye wahai hati.

2)washing machine aku rosak makanya setiap malam aku kena  membasuh kain baju secara manual apalagi kena berus pakai tangan .

3)Firdaus dah mula tinggal rumah pengasuh makanya aku kena bangun awal untuk menyediakan apa yang patut.

Banyak lagi faktor -faktornya tapi kalau aku nak senaraikan lagi alamatnya kain baju aku yang sebaldi  dalam bilik air  tak berbasuhlah nampaknya.Bila  dah letih  nak mengadap komputer pun  dah tak de mood makanya blog ni terbengkalai cam tu je. Lepas aku dapat tau yang uniq visitor aku dah turun ke 600 -700 aku mula kelam kelibut tak tentu pasal, arghhh malas lantak pilah dia, ada banyak benda lagi aku nak pikir.Syukur Alhamdulillah visitor  luar masih  1000++.


InsyaAllah kalau ada masa nanti aku update lagi cerita terkini ye.



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina