ekceli mee goreng ni resepi ibu mertuaku ,oleh kerana aku dah terlebih pandai mengadjust resepi dia mengikut citarasa anak tekak aku jadi terpaksalah aku mengugurkan ayat mertua tu. *menantu zaman sekarang*. Dulu aku pernah tolong ibumertuaku berniaga jadi dari situlah aku mencilok beberapa resepi masakan dia termasuklah mee goreng ni. Seperti mana yang korang tahu ibu mertua aku tu kan bangsa cina , resepi mee goreng cina ni simple je sebenarnya cuma aku je yang terober tambah itu dan ini.
Kalau nak cerita lebih-lebih pun tak guna lebih baik aku kembali ketujuan asal .
Ye murid -muridku semua mari kita mengoreng mee kepada yang dah terror tu ketepi ye, kita ambik sebungkus mee kuning berstatus "HALAL" kita basuh sampai lebam oppsss sederhana sudah kemudian tuskan*kata step by step haruslah tutorialnya cam gini*
kita ambik ayam separuh bahagian, buang kulit dan lemak yang sedia ada kemudian potong sederhana besar dan cuci berseh -ibu mertuaku tak buh ayam.
1/2 ikat sawi hongkong , siang , cuci dan tuskan. Aku saje nak tambah segenggam taugeh ngan 1/2 cekak kucai-dipotong sederhana halus
Mula-mula kita panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian kita tumiskan 6 ulas bawang putih yang dah dicincang.Tumis bawang putih sampai naik bau dan bertukar warna kekuningan.
Siap sudah mee goreng mak.la la la
Jemput makan kengkawan mee goreng mak
Abaikan permintaan suami aku .
Sekadar luahan hati
"Lebatnya hujan kat luar sana," itu je aku nak bagitau