Seperti tahun yang lepas-lepas Syarikat tempat aku bekerja ni akan mengagih-agihkan sumbangan sempena menyambut ketibaan Aidilfitri berupa wang saguhati opsss tak tak
minyak masak dan 3 kotak tepung kepada pekerjanya yang beragama Islam.ko mampu
Kepada para pekerja yang tak tau cam mana nak guna tepung tu sila bagi aku secara ikhlas ye sebelum tepung -tepung tu semua tamat tempoh .la la la la harap maklum. Selepas dapat sumbangan ni hati aku semakin hari semakin berkobar-kobar nak buat biskut raya. Dalam otak aku ni dah berlegar -legar 4 jenis biskut
1)tentulah tart nenas sebab tart nenas feveret my laling
2) Chocolate chip sedap feveret anak-anak
3)samperit Dahlia feveret aku
4)biskut suji feveret aku dan my laling
Tahun ni aku tak jual biskut raya dari sebelum bulan puasa lagi suami pesan kat aku jangan berniaga biskut raya tahun ni dia suruh aku rehatkan badan sambil goyang kaki.
Aku ingatkan petang ni nak beli nasi tomato kat gerai pasar ramdhan kepunyaan monica lawensky, InsyaAllah kalau panjang umur.