Thursday, August 18, 2011

marathon


Salam ramadhan


Semalam memang hari sibuk, dari pagi sampai ke petang marathon buat biskut, ambik kesempatan cuti Nuzul Al-Quran. Jalan -jalan makan angin blog kawan pun yang mana sempat je. Hari nak kurangkan cite panjang, sebab penat belum hilang lagi. ye ye o je aku ni.Cam manalah ratu ngan izan ambik order banyak cam tu, kalau aku mahu pengsan. Anak aku suka gelakkan bisness ala sesuka hati aku ni.



Sapa kata kenangan senang nak hapuskan. Tengok mangkuk ni , ujud dari aku kecik sampai sekarang. Setiap kali guna berlegar-legar wajah arwah mak kat situ. Apa yang pasti memang susah nak lupakan kenangan ngan orang tersayang, sebab banyak benda yang sering mengingatkan kita akan dia.



Resepi ambik kat blog mat gebu kat sini ye. Hari tu guna resepi orang lain, tetiba tukar selera nak guna mat gebu punya resepi plak.



Resepi ambik kat blog ratu siput kat sini ye.


Aku bulatkan senang nak susun dalam bekas.



Semua proses aku buat sendiri, tak de campur tangan orang lain.



Ingatkan kalau senang nak tambah lagi. Tamakkan.


Sebenarnya aku konpiuslah kalau bulan puasa bukan setakat blog , tv pun cerita pasal makanan. TV plak tak habis-habis ngan rancangan masakan.Apasal puasa, makan, biskut.Tak baik tau semua ni.

kak limah tak pegi plak semalam najib ngan kak ros makan kat kawasan rumah aku ni. Ingatkan kalau dia datang nak suruh hulurkan sepinggan dua nasi, tak payah susah-susah aku nak masak.Kurang ajar punya hantu dia boleh cakap "kalau najib bagi RM3,000 dia pegilah" dasar perempuan materelistik sama ngan aku gak. Aku tahulah dia bercita-cita besarkan cafe mak dia yang tepi pokok tu, tapi jangan tolak perlawaan buka puasa bersama Najib..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina