Pejam celik pejam celik dah hari keempat umat Islam berpuasa......... rasa tak sabau nak raya plak.boleh gitu
Bujal jangan marah ye guna pencarian matcham matcham sebagai agen pelaris blog. Kebetulan cite hari ni tentang macam macam kat pasar ramadhan.Semenjak dua menjak ni aku rasa cam nak untung lebih dari nuffnang. Tak lama lagi Raya , tak sabau nak dapat cek ribu riban.
Petang semalam jalan jammed, sampai rumah mahu dekat pukul 7 malam, apalagi terpaksalah membeli belah kat pasar ramadhan. Selalunya aku bajet RM10 je, kena bajet takut terlebih beli, membazir, yang makan 3 orang je.
Tak sangka jumpa peniaga yang guna tips lariskan business, entry semalam , tapi dia ni terlebih plak , main kasar bak kata bujal.
Jom ronda-ronda pasar ramadhan
gerai Kak limah aka HKL bersama sanak saudara. Kat situ je dia konker 3 tapak, kalau lepas ni tak kaya cam Donald Trump, tak pek den nak nolong.
Bahan jualan ikan bakar, tinggal sikit je kan sebab tadi dah habis jual 70 ekor.boleh gitu.
Cucur udang dia terbaek. Kalau bab beli kueh aku memilih , kueh mesti menepati standard piawan orang dolu-dolu. boleh gitu. Kueh yang rupa buruk lagi sedap tau kalau nak dbandingkan yang molek-molek tu.
1)Okey cucur udang ni lulus, sebab tak de obat-obatan disertai ngan udang sederhana besar tercongok kat atas cucur.
2) Sambal cucur udang mabeles dan pekat.
Ini dah main kasar, setahu aku semalam tak hantar pun cheese tart, selamba badak dorang cakap cheese tart dah habis. Dorang tak tahu kot akulah penghantar cheese tart tu. Nampak kat situ tektik nak untung cepat. Sapa untung aku gak.
Bila mood nak hantar cheese kat gerai kak limah ni come back , berniaga sehari je hari tu. India yang beli cheese tart hari tu dah tanya kat kak limah.
Lupa plak dulu semalam pegi pasar Ramadhan kat flat MIL kak limah, beli nasi ngan ayam rendang tuk Firdaus kat satu gerai ni,sebelum beli aku tanya ngan akak tu samada rendang tu pedas atau tak, kalau pedas sangat takut Firdaus tak boleh makan, yang best akak tu jawab "akak puasa dik". Nasib baik ada suara -suara halus seperti berbisik di angin lalu "ini bulan puasa ko kena sabau skit". Tak habis Firdaus makan nasi ngan rendang ayam tu sebab terlampau pedas.cian dia.
Okeylah sampah dah banyak, nak pegi sapu jap..............