Showing posts with label Juadah buka puasa. Show all posts
Showing posts with label Juadah buka puasa. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Resepi pilihan berbuka puasa-Tempe goreng cili

Salam lebaran...............

Pejam celik pejam celik dah 7 syawal. Cam mana sambutan raya korang, mesti best.Biasalah kalau dapat bercuti ngan keluarga tersayang semua orang happykan.

Semalam aku memang sibuk sikit sebab ada orang datang , masak rendang ayam ngan nasi himpit lagi sebab masak masa raya tu dah habis. Dah terbiasa , walaupun dah seminggu raya kalau keluarga terdekat datang aku hidangkan makanan berat cam nasi himpit , kuah kacang ngan rendang ayam.

Masa suami belikan barang tuk masak rendang ayam, aku tengok dia beli sekali tempe. Aku dah agak mesti dia nak makan tempe goreng cili yang selalu makan masa bulan puasa. Tempe goreng cili yang dia makan tu bukan aku yang buat , beli kat bazar ramadhan area rumah yuyi.

Suami aku tak suruh pun, tapi paham-paham sendirilah kan. Cian plak mana nak cari masa raya ni tempe goreng cili, gigihlah semalam aku.Jom layan resepi tempe goreng cili versi aku ni boleh tahan lama dan kurang minyak.

Beli tempe yang dalam plastik senang nak hiris nipis.



Hiris nipis masuk dalam tapis gaul ngan garam. Jangan ramas ye masa gaul garam tu, takut pecah.



Hiris nipis cam ni.



Ikan bilis buat syarat semangkuk kecik.



cili kering 10 tangkai, seulas bawang putih , 4 biji bawang merah dikisar kering.



Goreng tempe dulu kemudian diikuti ngan ikan bilis dalam minyak banyak dan panas.



Angkat tempe dan ikan bilis goreng , sejukkan.







Tumis bahan kisar guna api sederhana hingga pecah minyak.Kalau kering sangat buh sedikit air.Buh asam keping, gula, sedikit garam ngan perasa. Masa menumis buh lebih minyak , sebelum masukkan tempe ngan ikan bilis goreng aku buang lebihan minyak tu supaya tahan lama. Nak bagi lebih tahan lama , buh lebih gula. Sejukkan , simpan dalam bekas kedap udara.




Penangan Firdaus mengudap sambil tengok tv , tinggal separuh botol tempe goreng cili ni.


Jangan lupa sapa yang berminat boleh cuba kat rumah ye. Rasanya tak menghampakan. Boleh buat kudap-kudapan atau makan ngan nasi panas.


Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada Mak dara terdiva dan adik izan yang sudi melayang kad ucapan Selamat Hari raya . Kad dari izan baru je terima hari ni. Sayang korang semua yang sentiasa ingat kat cik ina ni.


Thursday, August 25, 2011

Bebola ayam, ikan, Nugget, burger

Salam Ramadhan......................


Mari belajar buat bebola ayam, ikan , nugget ngan burger, banyakkan , sebenarnya aku tipu je saje nak up traffic. Aku nak ajar buat bebola ayam je makan ngan mee sup . Berkat membantu Ms.Y 10 tahun dulu , dapat gak aku ilmu buat benda-benda ni semua.

Biasalah orang kedekut nak beli , buat sendirilah nampaknya.Lagi pun kalau buat sendiri aku boleh pantau berapa banyak lemak kat dalam tu.


Jom kita mulakan buat bebola ayam....................ambik tempat masing-masing ye. Bukak buku ye, jangan nak tidur dalam kelas kang cikgu sebat.



Tulang dari dada ayam dan rangka buat stok ayam tuk mee sup ni.


tamak sangat guna sampai 4 keping dada ayam.


Dada ayam dikisar, campur ngan daun bawang hiris, lada sulah , sedikit tepung jagung/tepung ubi , kicap cair ngan putih telur.Gaul hingga sebati.


Bulat-bulatkan , terpulang pada korang nak besar mana.


Bebola ayam dari dekat.


Bahan sampingan tu makan ngan mee sup, sawi celur ngan air panas, dan hirisan daun bawang dan saderi.



Hirisan cili api campur kicap cair.


Mee kuning celur dalam air panas


Bawang goreng buat sendiri ye, kalau beli rasa tak kaw. Hiris bawang merah gaul gula goreng dalam minyak banyak dan panas. Simpan dalam bekas kedap udara.


Bila stok ayam dah mendidih masukkan bebola ayam tadi. Didihkan guna api sederhana.


Jeng jenag bab presentation hancussss, yang penting mee sup bebola ayam ni sedap.


Firdaus tengah mengigit bebola ayam.


Dah gigit makan mee sup bebola ayam plak.



Jeng jeng semalam dapat hamper hari raya. Berlagakkan baru dapat satu hamper belum 10 hamper.


Cuba ye jangan tak cuba bebola ayam tu.Kalau tak cuba lenkali jangan masuk kelas masak lagi. Hujung minggu kita buat burger, nak tak? kalau nak angkat tangan. Kalau cukup korum baru boleh bukak kelas.


Okey semua sampai sini je , nak cau dulu ada tugas penting............

Wednesday, August 24, 2011

Isi dan kulit tomato

Salam ramadhan.................

Penatnya hari ni, semalam daftar Firdaus sekolah darjah satu tahun depan. Ingatkan dah setel semalam gak, rupanya kena isi borang, cop ketua kampung bagai yang ada PJK AMN dan bintang-bintang kat langit yang lain, nak payslip mak ayah. Ingat selepas beberapa tahun aku tak memijakkan kaki ke sekolah, adalah perubahan, rupanya sama gak ye prosedurnya. Dah tak relevanlah zaman teknologi komputer ni kena isi borang -borang ni, terutama payslip dah semua yang kaya miskin dapat pinjaman buku, buat apa nak tengok payslip mak ayah.Borang sekolah tu kena hantar balik sebelum 9/9, malas nak cakap benda cam ni.fed up.

Baik aku cerita pasal lauk lagi sedap dari nak ingat benda bodoh tu.

Jom layan sambal ikan ngan goreng kacang buncis guna tomato.




Cili kering 10 tangkai mesin ngan 4 biji bawang merah
bawang kuning sebiji dihiris
isi tomato ikut suka.



Tumis cili mesin tu kalau boleh sampai pecah minyak atau berasap satu rumah jangan sampai terbakau udah. lepas tu boleh korang campak isi tomato tu, kalau tak cukup masam buh sikit air asam jawa. jangan lupa buh gula, garam , pak aji sebagai penambah rasa. Rasa ikut selera masing -masing ye.



Angkat sambal tadi curah atas ikan selar goreng.



Kulit tomato plak buat goreng ngan kacang buncis.



Jeng jeng ni dia kacang buncis goreng ngan hati ayam, cili besar , hirisan bawang putih , ngan hirisan kulit tomato.




Ada balance serbuk agar -agar hari tu aku buat jeli syrup.Segala bekas aku isi, yang tak de timba ngan mangkuk je. Sejukkan dalam esbok,makan time berbuka sahur semua boleh. bantai je.


Jumpa lagi ye, sekarang ni berjalan sambil baca blog kawan-kawan adalah amat terhad kerana banyak tugas-tugas yang perlu diselesaikan sebelum syawal menjelang.



Thursday, August 18, 2011

Melaka bandar bersejarah

Salam ramadhan ............

Jangan marah ye tetiba Melaka bandar bersejarah keluar kat sini, habis tu dah teringat buah melaka mestilah melaka jadi mangsa.Setelah penat menguli dan membako semalam, tetiba je tekak ni teringin makan buah melaka. Semenjak milo tepek buah melaka kat blog dia hari tu , aku dah mengidam.





Apa-apa hal rembat dulu daun pandan kat depan rumah bawah pokok mangga, nak kisar keluarkan jus. Daun pandan tu saje je aku tanam kat bawah pokok mangga supaya pembiakannya dapat dikawal dari berleluasa hingga menghadkan penglihatan aku nak nengok pencuri buah mangga. Tak delah saje je aku gurau ,  rimbun sangat takut binatang lain plak yang keluar. Cian daun kunyit ni, sekarang dah cam hidup segan mati tak mahu. Tak pelah nanti aku adjust bagi dia sihat.




Jus pandan ni tuk  buat dua round buah melaka

Jus pandan dari perahan daun pandan, mesti korang bengangkan , aleh mesti dalam hati korang berkata-kata " ingat orang tak tahu ke , takkan jus daun mangga kot" jangan cam tu ye, dosa. keh keh



gula melaka penting kasi buah melaka wangi harum semerbak. Abaikan gula melaka yang dah kopak , itu balance buat ikan percik hari tu.Kelapa parut yang putih je , kukus dulu sekejap, kalau malas nak keluar pengukus wat style aku kukus dalam rice cooker masa masak nasi tengah keep warm .



Tepung pulut campur sikit garam campur jus pandan, gaul sebati. step seterus mesti korang tahukan, tak payahlah nak taip lagi.



Dah masak gaul ngan kelapa parut yang dah digaul sedikit garam.

Cari dalam esbok jumpa kepala ikan merah ntah bila bulan hasil pancingan suami ngan ayam sikit, pikir punya pikir tak tahu nak masak apa , last last buat tomyam kepala ikan + ayam, boleh gitu.



Tomyam kepala ikan merah + ngan ayam . Resepi langgan secara percuma kat sini, bezanya yang ni simple je tak de sayur atau nenas ye. kalau tak pun dial 0000 6565 tunggu sampai operator  bercakap.



Masakan tambahan sambal telur ngan kentang resepi cilok kat sini ye..Biasalah bila dalam esbok tak de benda nak masak cam nilah rupanya.



Firdaus tetiba tak minat plak nak tomyam tu, dia tibai asam tumis ikan kembung semalam. Dia kata sedap esok masak lagi, tapi aku masak tomyam plak. Asam tumis punya cerita esoklah ye.



Okey sampai sini je, hari ni tak boleh malas-malas dah lah masuk opis dekat nak 9.40 pagi sebab kereta hkl buat hal.Nanti hujung tahun bonus kena potong plak, sapa susah aku dan familyku.

Tuesday, August 16, 2011

Kaduk naik junjung

Salam Ramadhan..............

Maaflah tajuk cam tak kena ngan cite ni, tapi tak pelah aku teringin nak makan daun kaduk, dulu masa sekolah hari-hari lalu kat belakang dewan hamzah kelang , menimbun daun kaduk, sekarang ni apa pun dah tak de kat situ, yang ada jalan bertar.

Hari ni nak cite pendek je ye, sebab mata cam ngantuk sebab masih trauma pegi Jepun pagi tadi . Cam tulah gayanya kalau dah bangun gatal-gatal nak tidur jap, alamat terbabas .

Bangun kul 4.30 pagi masak bagai , kul 6.35 pagi rancang nak mandi ngan bersiap, tak jadi plak tengok firdaus tidur aku menepek kat sebelah dia, dapat ko terbabas sampai kul 7.18. Apa lagi kelam kabut capai hp call kak limah suruh tunggu kalau aku terlambat.

Mood belum sampai lagi kita cite sempoi -sempoi ye, pasal nasi goreng sahur semalam.


Nasi goreng kampung berkacang panjang.



Kacang panjang dalam secekak potong 1/2 cm.



6 tangkai cili kering kisar kering bersama 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih. Ikan bilis segengam kisar.

Tumis cili kisar sampai pecah minyak , kemudian masukkan ikan bilis kisar.Perlahankan api masa menumis. Pecah kan sebiji telur, kacau sampai garing,kemudian masukkan kacang panjang tadi. Biar kacang panjang sedikit empuk kemudian masukkan nasi yang dah digaul ngan sedikit garam. Kacau sampai nasi ngan bahan tumisan sebati, kalau suka boleh letak secubit kecik perasa.



Jeng jeng nasi goreng kampung berkacang panjang-sesuka hati je aku buh nama.



Ikan kembung goreng ni perap garam ngan rempah kari , gaul ngan tepung jagung, lepas tu goreng.Makan bersama nasi goreng kampung berkacang panjang.


Sebelum berundur aku nak bagi nasihat sikit pada yang berminat nak mencampur sayur dalam masakan tu, kalau boleh biarlah yang logik dan serasi, jangan jadi kat SINI.Sapa susah , kucing gak yang susah.kwang kwang kwang .


Aku suka sangat ngan pepatah kaduk naik junjung. Baru aku tahu kenapa ngan pepatah tu, daun kaduk ni tumbuh menjalar, kalau ada yang baik hati buat junjung tuk dia , itu yang dia berlagak tu. Serius aku tak pernah lagi makan daun kaduk. Sedap ke?

Monday, August 15, 2011

Jatuh cinta pandang pertama

Salam ramadhan

Selamat berpuasa, selamat beramal............

Banyak sangat halangan bila nak update blog hari ni, subuh tadi ngantuk dan malas plak, pukul 8 sampai opis komputer tak boleh bukak ada problem, last -last bila boss dah datang okey plak. Boss datang kena cepat sapu sampah , habis cam mana........

Tak de maknanya jatuh cinta pandang pertama, dah tua dah.........biasalah tajuk kalau tak gempak sana sini memang tak sah.

Jatuh cinta pandang pertama ni bukan pada perempuan atau lelaki, tapi pada sotong. boleh gitu?Firdaus ni tak pernah makan sotong , kalau makan kat luar sotong mesti dia ketepikan. Aku ingat dia memang tak gemar.Petang semalam tetiba je aku layan nak beli sotong plak, memang rumah aku ni jarang masak sotong ngan udang, asyik ikan je.

Jangan jadi sotong udah..........

Jom layan sotong ngan Firdaus


Biasalah baby kailan goreng ikan masin. Aku rasa dalam minggu ni terus goreng baby kailan, tak jemu ke? Asal dorang suka aku goreng je, sebulan pun tak pe.



Sebelum adat istiadat menyiang tu , kalau boleh basuh dulu sayur tu sehelai demi sehelai.



Baby kailan goreng ikan masin.kailan ni tak cam babylah, cam mother ngan father.




Bahan tu mengoreng, tomato 1 1/2 biji, bawang bombay 1/2 biji ngan 1/2 inci halia.



Mayang bawang besar, hiris halia, ngan gunting cili kering 1 cm.



Tomata dihiris.Cam ni lah aku selalu trick anak supaya suka makan sayur. Mana makanan kegemaran dorang, kat situ aku selitkan ngan sayur yang diubah bentuk cam tomato ni.Dia tak perasan sangat aku buh tomato dalam sotong.



isi tomato simpan tuk wat sambal belacan yuyi.



6 ekor RM6, mahalnya barang sekarang RM20 dapat beli ciput je barang.



buang kulit sotong, hiris , cuci berseh dan garam kunyitkan.



Tumis hirisan bawang sampai naik bau kemudian buh tomato ngan cili kering tadi. Semuanya dah layu masukkan sotong tadi.



Jangan lupa buh sikit serbuk lada hitam(lada hitam ni aku kisar sendiri), kalau sapa yang suka pedas boleh buh cili api.Kalau kering sangat, buh sedikit air, sebelum angkat jangan lupa buh sedikit garam, sebagai penambah rasa.



Jeng jeng jeng sotong kunyit yang Firdaus tetap sebut ayam.



First time dia makan sotong ngan muka happy, siap pesan minta masak cam tu lagi.

Baru aku perasan kalau makan kat luar dia tak suka sotong sebab kekadang dorang masak liat sikit , susah nak kunyah .Kalau nak mengelakkan sotong jadi liat, jangan masak terlalu lama,lebih kurang 5 minit dah boleh angkat.


Bersambung dilain rancangan.................

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina