Friday, January 21, 2011

yang sebenarnya

Ramai lagi yang sambung cuti sempena Thaipusam semalam. Aku rajin sikit, tu yang tak cuti(jangan marah). Hari ni nak cerita pasal tomyam lah. Ramai yang dah pakar masak tomyam. Rasanya masak tomyam paling senang sekali, kalau nak dibandingkan masak yang lain.

Cakap pasal tomyam ni, ada orang suka makan , dan ada yang tak suka. Pada diri aku , tomyam memang forever, aku suka makan, hari-hari pun boleh. Makan nasi semata ngan tomyam je pun boleh. Tak tahulah kenapa, cam release tension je kalau dapat menghirup tomyam. Kali ni aku buat tomyam special sikit, sebab bubuh kepala ikan. Biasalah baki , kepala ikan hasil pancingan suami aku hari tu.





Dalam gambar tu nampakkan, apa yang ada kat situ, almaklum lah dah tua ni, nak duduk lama-lama depan komputer, mata naik rabun. Aku tambah halia sikit, saje suka-suka.



Suka hati hang lah nak letak sayur apa pun.Kalau suka hati pun, kena gak ikut logik. Jangan pulak korang letak sawi atau bendi pulak. Mak jugak yang susah.




Paste tomyam korang carilah yang terbaek punya. Pastikan yang halal tau, sebab hari tu ada blogger mulut tak cover insurance , cakap aku makan barang yang tak halal. Tak payah sebut nama dialah, jantung ku bisa copot.



2 kepala ikan yang menjadi taruhan.



Nenas yengki(aku ingat seluar je yengki), aku tahu namanya pun, dari suami.

Kali ni aku bubuh nenas 1/2 biji(pastikan yang manis). Selalunya memang aku tak bubuh pun, sebab benda dah ada, kawan suami yg kasi, takut tak termakan nanti, tu yang gigih aku bubuh dalam tomyam tu.



Kalau nak ikut cara aku,tak de paksaan, aku tumis sikit semua bahan kat atas sekali, sampai naik bau. Kalau nampak tomyam korang nanti berminyak sikit, boleh buang minyak tu kaup ngan senduk. Jangan risaulah, minyak ngan air tak boleh bercampur. Manalah tahu ada yang nak menjaga kedietan. Step selepasnya , memang korang dah mahirkan.



Hasil tomyam kepala ikan.




Lauk sampingan, garenti budak bawah umur 6 tahun pun suka makan, sebab tak pedas . Ikan jenahak campur merah, hasil pancingan gak, goreng sos




Tumpang lalu, makcik nak makan jap ngan nasi panas ni. Hari-hari makan cam ni, aku on je.



Tengah menikmati tomyam tadi, ngan nasi. Tengoklah tu, coklat bertepek kat pipi kanan dia pun, tak perasan.

Salah seorang yang mengikut jejak langkah aku, Firdaus, suka sangat makan nasi bubuh sup atau tomyam sampai melimpah , laju je dia makan.


Pesanan penting : tadi lupa nak tulis, kalau nak letak kepala ikan, masukkan masa last sekali.Jangan masak lama sangat.


Senyum tapir : Suka tak tomyam?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina