Hari ni, aku tak kerja dan tak kemana-mana. Rasanya, nak habiskan masa kat rumah je. Alamatnya menghadap komputer 24 jam lah. Dalam komputer ada banyak gambar yang tersimpan, bercadang nak buat new post dengan gambar tu, tapi belum ada hati nak buat lagi. Pikir punya pikir, tergerak pulak nak cerita pasal keluarga.
Aku ada 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan. Anak aku yang sulung berumur 20 tahun,kedua 19 tahun, ketiga 18 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Adik beradik pulak 5 orang , semua dah meninggal dunia termasuk ayah dan ibu. Jadi, tinggal aku sebatang kara.
Masa adik beradik aku meninggal dunia, mereka semua dalam lingkungan umur 20an. Emak meninggal dunia pada 13/7/1998 ketika berumur 53 tahun , manakala ayah tahun lepas ketika berumur 67 tahun . Orang lain, mungkin akan rasa sedih, kalau keluarga mereka semua dah tak de. Aku sedih gak, cuma seketika, selepas tu cepat cepat aku pahatkan kat dalam hati, mereka yang dah tiada dah tentu tiada, aku yang hidup kena meneruskan kehidupan selagi masih bernyawa.
Rakan taulan banyak yang tanya perasaan aku bila dah tak de keluarga. Tipulah kalau aku cakap tak sedih, terutama pada hari baik bulan baik 1 Syawal. Setiap kali takbir raya berkumandang, sayu, pilu semuanya terangkum sekali dalam hati. Hanya air mata yang dapat menterjemahkan perasaan aku, pada masa tu. Aku redha, setiap manusia yang hidup pasti akan mati.Bila dan dimana, hanya Allah SWT yang maha mengetahui.
Aku jadi hairan, kenapa bahu aku yang memikul semua tu, tapi orang lain pulak rasa susah. Rakan taulan kerap menyuarakan kehairanan, cam mana aku boleh hidup tanpa keluarga.Mereka tanya lagi, kenapa aku macam tak sedih. Paling sedih, ada rakan sekerja tergamak tanya aku, soalan cam ni "Ko tak rasa ke, ada something wrong somewhere, bila keluarga ko semua meninggal dunia." Subhanallah , tak percaya ke Qadha dan Qadar Allah SWT. Aku biarkan soalan dia tanpa jawaban. Biar soalan tu dia sendiri jawab
Bila di amat amati sifat rakan taulan yang ditulis kat atas, dapat aku buat satu kesimpulan, naluri manusia kebanyakanya gembira, kalau tengok kita sedih , bermuram durja, susah, ada masalah sepanjang usia. Mungkin mereka bahagia, kalau tengok aku rasa down, menangis sepanjang masa, ketika keluarga aku meninggal dunia.
Aku puas, semasa mereka hidup , sempat aku beri sedikit kebahagian yang mana termampu. Lega, dapat menjaga mereka ketika sakit. Prinsip aku satu, biar aku susah, jangan mereka susah. Cuma pada arwah ayah, ada sekelumit kekesalan yang tak dapat dipadamkan sepanjang usia aku. Semoga Allah SWT, mengampunkan dosa aku pada dia. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora, begitu gak ngan manusia.
Pada teman-teman yang aku hormati dan sayangi, pesanan aku cuma satu, sayangi , hormati dan bahagiakan keluarga, selagi mereka masih bernyawa.
Senyum tapir : Masa tengah menaip cerita ni, tanpa disedari air mata aku mengalir deras, ini buktinya aku manusia biasa, punya rasa sedih bila teringat pasal keluarga yang dah tak de.