Wednesday, January 5, 2011

Redha yang tak terbatas.....



Muka Firdaus yang happy, lepas breakfast.Pagi dia kena makan lebih sikit, nanti kat sekolah , nampak muka simanja je masa time nak balik, , dia dah mengadu lapar.



Firdaus happy dapat bekalan nasi lemak.


Redha... yang tak terbatas aku pinjam kata-kata GRO. Semalam Firdaus cakap, "mak !!! cikgu kata , kalau lapar nanti boleh muntah, jadi Firdaus kena bawak bekal nasi lemak.Mak tak payah bawa sudu, sana dah ada."boleh gitu.




Bahan-bahan utama.Cili mesin tu, aku tak habiskan, cuma guna separuh je. Kalau korang rasa nak tukar bahan lain, suka hatilah.



Sayur yang wajib aku letak, taugeh dan sawi. Nasib baik, bab sayur ni anak aku tak cerewet.Tak pernah lagi , aku nampak dorang ketepikan.



Resepi cilok kat sini ye, sementelah umur dah meningkat ni , jari jemari ni dah malas nak menyusun atur ayat..




Jemput makan mee goreng. Sesiapa bukan pengemar tegar taugeh, sila letak taugeh ketepi.
Kalau korang rasa nak tukar sayur lain pun boleh. Aku ni forever, kalau goreng mesti letak sawi ngan taugeh. Satu tips nak nampak mee cantik, basuh mee dan tuskan air dulu sebelum digoreng. . Jadi, bila kita goreng mee tu, tak de lah kanting, nampaklah lembab sedikit.


Senyum tapir : Kalau nak dibandingkan mee, aku suka kueh teow goreng kerang.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina