Thursday, January 13, 2011

ketuk





First nak cakap, aku akan blog walking kat rumah, sebab kat office dorang jeles. Lagi kejahatan dorang, ada beberapa blog yang aku tak boleh buka dari office, termasuk blog aku. Boleh publish post sahaja.

Hari ni , nak cerita sikit pasal dalaman office aku. Office ni jadi pengkalan kilang roti (anak syarikat gak) baru nak start launching product , kalau tak silap aku 17/1. Jenama product, dorang rahsiakan.Nanti korang akan tahu ada roti baru dipasaran selepas 17/1.

Aku apa pedulik, dorang nak buka kilang roti ke? , tapi aku pedulik, bila dorang ada sikit menyusahkan aku. Office dorang belum siap, mestilah dorang berpengkalan kat tempat aku ni. Mestilah ramai pekerja baru yang datang interview kat sini. Dorang datang interviw pun apa aku pedulik. betul tak?

Aku cakap ni, perihal diri aku, kalau nak menghadiri interview apa-apa, segala kelengkapan, semua ada dalam beg, termasuk pen. Sudah semestinya, bila ko nak interview, mesti nak tulis, kalau nak tulis , mesti pakai pen. Habis tu kenapa tak bawak pen? Ampun maaf, kalau aku cakap, pakaian bergaya cam executive, minta kerja pun executive, datang interview jumpa aku, nak pinjam pen.Kalau 10 orang yg datang nak pinjam pen, aku nak tulis pakai apa?.

Kalau pergi berurusan kat pejabat kerajaan pun cam tu gak, ada segelintir manusia yang tak peka ni, turut mengheret, kita yang beratur kat belakang dia, terpaksa tunggu lama . Dah tahu nak berurusan, kenapa pergi lenggang kangkung? Sebelum keluar rumah, tak buat persediaan awal apa yang patut dibawa. Terus terang aku memang benci ngan manusia cam ni. Nasib baiklah, aku tak kerja kat kaunter pejabat kerajaan atau swasta, tak tahu, berapa banyak pelanggan, sia-sia kena maki ngan aku.



Senyum tapir : Diharap sesiapa yang nak menghadiri interview dalam BM temuduga ke, urusan kerajaan ke, please sediakan dokumen yang sepatutnya hendak dibawa.terima kasih.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina