Showing posts with label kisah masyarakat. Show all posts
Showing posts with label kisah masyarakat. Show all posts

Wednesday, June 27, 2012

Aku

Apakah aku ketinggalan zaman atau zaman laju meninggalkan aku sehingga aku tidak menyedari selama ini van sekolah dah bertukar kepada bas sekolah.sungguh aku terharu hingga merasakan diri ini sudah tiada berguna.la la la la

Friday, June 22, 2012

Adakah impian aku akan terealisasi .Siapa yang sudi nak merealisasikan impian aku ?hari ni kita belajar ayat realisasi -la la la la

 Gambar adalah hak peribadi pemilik blog jadi kalau ada sesiapa yang  mencurik gambar di blog ni aku akan denda orang tu ketuk ketampi 1oo kali- cis nampak sangat gambar kat sini  cantik -cantik belaka haish  mungkin belum tiba  masanya lagi ayat -ayat cinta sebegitu keluar dari mulut aku.la la la la


Lokasi : Hulu Langat , Sg Congkak
Tarikh :  9 June 2012
Acara : mandi manda bersama keluarga tercinta


 wah begitu megah lambang  bulan disitu tiba-tiba je kata hati ku "Takbir  hidup Nik Aziz" jangan marah noh , ni bukan cakap cakap politik ye.
 My pumpkin
 Bukan kereta ahli keluarga mahupun saudara maraku
 Cantiknya anugerah dari Allah SWT-tapi mengapa masih ada manusia yang sedikit bangkai sesuka hati mak pak dia buang sampah dalam sungai .Meh aku buang sampah kat rumah kau  nak tak?
 Dapat rumah sebegini ni pun jadilah janji kat kawasan kampung. Alangkah indahnya kalau rumah tu kepunyaan aku. Hari-hari  setiap pagi  sebelum pergi keja aku akan mandi manda disungai tu. Agak sedikit bangang  disitu , tak sejuk ke dikala subuh hari kau  nak mandi manda dalam sungai?
Misal lah kata rumah aku kat sini mau masa cuti sekolah atau hujung minggu Firdaus meronda-ronda kawasan kampung bersama kawan-kawan sekampung..

Sekadar luahan hati


Soalan cepu emas

Adakah  dengan BRIM  impian aku  nak memiliki  sebuah rumah papan  ditepi sungai akan terlaksana ? nak brim kali kedua, ketiga dan kali seterusnya-sambil hentak-hentak kaki

Naskah  kupendam sebuah duka   tertangguh sekali lagi gara-gara aku terlalu buat -buat sibuk dengan urusan kerja.

Monday, June 18, 2012

KARMA-BANGKU

Hari jumaat hari tu Firdaus kena susun bangku  kat sekolah ni semua gara-gara aku tak pegi ambik buku laporan  dia. bukan aku saje tak nak pegi ambik  buku laporan  tu, bila  tarikhnya  kena ambik  aku  kurang pasti sebab  Firdaus  terlupa nak bagi aku surat  cikgu   yang  menyatakan tarikh  kena ambil buku laporan tu. Karma  sungguh, suka sangat sebut bangku,  anak sendiri  kena susun bangku. la la la la

Kasihan Firdaus dah lah penat susun bangku hari tu plak aku  sampai rumah lambat naik lapar perut dia  tunggu aku. Sampai  je rumah aku terus ajak suami bawak dia makan kat luar.

Merenung masa depan.
 Apa pecah peti besi PIBG, oiii kuatnya ekau.ekau  dah tak de keja lain ke?
Apaaaa?sumbat mulut nenek , tak berhati perut betullah kau ni.Tak de benda lain ke kau nak sumbat selain daripada mulut nenek  kau , sahlah  kau bukan cucu harapan nenek.
Kasihan Firdaus dah lah lapar, makanan plak sampai lambat tapi lagi kasihan suami aku terlupa nak order  ayam goreng kesukaan dia  so terpaksalah order kemudian.

Lega dapat makan nasi goreng cina bersama ayam goreng peberet dia.



Sekadar luahan hati

Aku tahu syurga kat bawah tapak kaki suami, habis cam mana dengan  kaki yang lain-lain.

Monday, April 23, 2012

petua untuk anak -anak cepat membesar bagai johan-mak tengah sedih

Syukur sangat sangat pada Allah SWT , a lot of thank pada anak aku yuyi yang belikan aku handphone untuk mengantikan handphone kesayangan aku yang baru je beberapa hari lepas rosak. Aku tak suruh pun dia belikan aku handphone baru dia yang rela hati nak belikan , katanya kalau aku tak de handphone nanti ada apa -apa hal susah dia nak hubungi aku . Sebelum dia belikan aku handphone awal- awal lagi aku dah pesan kat dia beli handphone murah-murah je yang second hand pun tak pe dan kalau boleh handphone sony ericsson cybershot. Handphone aku yang rosak tu pun handphone ericsson sony cybershot model lama, dengan cybershot senang nak ambik gambar, gambar pun  cantik. Kamera DSLR lagilah gambar cantik tapi nak wat cam mana aku masih belum mampu memilikinya.


Aku nak taip pun dah tak de mood , ni semua gara-gara cite semalam, hati aku tiba-tiba je nak menjerit sepuas hati. Jangan  rasa boring ye ngan cite aku hari ni, aku memang tengah frust ni, aku tak suka orang nak tuduh aku membabi buta.arghhhh malas cite lagi lah wat menghabiskan beras je.Layan jelah gambar anak aku masa dorang datang opis hantarkan handphone baru , lepas tu kitaorang  gi makan-makan kat kawasan opis. Bolehkan aku tepek gambar  je, otak aku ni dah kosong  aku down gilaaaa



18 tahun dulu masa yuyi duk depan aku ni dia berumur 7 tahun, betapa masa cepat berlalu bila kita sentiasa rasa bahagia ngan apa yang kita lakukan dalam hidup kita.
kita jangan  sesekali rasa  menjaga dan membesarkan  anak -anak  tu satu beban, InsyaAllah cepatlah anak kita membesar bagai johan.

gula-gula hacks















Gula-gula hacks ngan pompuan nepal pun jalan : )

Gambar kali ni aku tepek banyak sikit sebab nak practise handphone  yang yuyi bagi tu.sorry ye.Lagi satu maafkan aku  sekiranya ayat aku tunggang langgang, biasalah cite orang tengah fikiran berkecamuk.




Sesiapa yang ada  baca cite aku semalam dan ada meninggalkan komen , aku minta maaf   cite tu terpaksa aku delete  atas sebab tertentu, pada aku cite tu tak de menyakitkan hati mana-mana pihak , kalau  tak suka ngan cite aku tu pun jangan sampai tuduh yang aku wat cite tu sebab nak naikkan rating  rate view blog aku : (


Okeylah aku nak gi tenangkan fikiran sebelum fikiran aku berkecamuk nanti entah apa plak yang berlaku.

Friday, March 23, 2012

Tersentap aku ngan blogger sorang ni????????

Kak memon memang suka tambah sikit #botakkepalabuhlebih   ajinomoto dalam masakan barulah  sedap sikit  masakan tu ,cam bercite gak kena tokok tambah sikit baru sedap. Nasihat memon pada adik-adik kat luar sana , jangan suka bertokok tambah sangat nanti tak pasal-pasal kepala benjol. Dalam dunia ni 3 orang jenis manusia paling Memon mencikkk

1) orang yang tikam belakang
2) orang yang suka tokok tambah cite
3)orang yang suka menyampai

no 3 paling dangeres, orang cam ni daripada hidup lebih baiklah pegi mati, kat tempat keja aku ada sorang cam ni, umur baya yuyi mulut cam lahanat. Sepatutnya budak  baya yuyi ni  sekarang   tengah enjoy  kat club cucuk cucuk langit ,  tapi tak dia sibuk plak  nak  membizikan body jaga hal orang, tak sesuwai tau . Masa aku baya  baya yuyi  tak berani nak  wat  mulut  lahanat cam tu,mau arwah mak  piuh pangkal peha aku sampai lebam.

Berbalik pada cite asal, he he he tak maknanya aku sentap ngan blogger, saje nak sedapkan cite boleh #lempangpipisendiri. Dah lama sebenarnya jiwa aku, mungkin jiwa kak limah  gak tertekan ngan perlakuan tak semenggah budak perempuan baju biru(dalam gambar kat bawah) terhadap anak dia yang dua orang tu.

Akhirnya dapat gak aku ambik gambar dia ngan anak dia yang dua orang tu pagi tadi. Setiap hari aku duk  menahan sabar  melihat  perlakuan dia yang mengheret anak dia cam heret entah apatah. Cian aku nengok anak dia , minggu lepas aku nampak ngan mata kepala aku sendiri, dia seret anak dia cam tak ingat  sampaikan anak dia  hampir terjatuh  ke dalam longkang, muka dia cam tak de  perasaan  selambakodok  tarik tangan anak dia pegi cam tu je, bukannya nak check  tangan kaki  anak dia dulu mana tau kot ada luka ke ape ke.

Kadang-kadang tu , dia tak pegang pun tangan anak dia , dia biar budak tu jalan sorang-sorang,  dia plak  menonong-nonong  tak pedulikan anak dia.  Hari tu depan mata aku gak,  nyaris anak dia tak dilanggar  kereta, pada masa tu kereta  tengah mengundur,manalah pemandu tu  nak  perasan kelibat  budak sekecil tu  kat belakang  kereta dia.  Kalaulah terjadi apa -apa pada anak dia ,  nak salahkan siapa, tak boleh nak salahkan  pemandu tu 100%.

Wahai pompuan baju biru andainya ko ada terbaca blog ni, kak memon suggest ko beli benda alah kat bawah ni , kalau dah  malas sangat atau tangan ko akan patah bila  dukung anak ko  tu , dari pandangan mata kasar  kak memon anak ko tu tak delah berat mana  pun..



Dulu masa anak-anak aku masih kecil ,hidup aku susah hinggakan tak mampu nak beli carrier baby ni,apatah lagi nak beli trolley baby, carrier baby aku masa tu kain batik lepas  je.

sedap gak nama memon tu ye.Penatlah otak aku nak fikir masalah  orang  sekarang yang  suka  sangat sambil lewa  bab keselamatan anak-anak  ni #bangangsapasuruhpikir  . Sebagai  orang Islam kita memanglah diwajibkan beriman ngan  Qadha dan  qadar (ketetapan Allah yang telah ditentukan)  bak kata orang kat luar sana, dah takdir kita tak boleh elak  tapi sebagai manusia  kita mampu berdoa , berusaha, berikhtiar dan  bertawakal.


Berapa lama lagi kak  memon nak terserempak  ngan  budak ni kat flat MIL kak limah  , tak tahulah bila masa mak budak ni  nak  kena makan penampar ngan kak memon, penat tau kak memon #bajetbiniganster.

Wednesday, February 29, 2012

Masalah yang tak berkesudahan-BRIM &Sekolah


Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana sekolah zaman kita dulu berbeza sangat ngan sekolah zaman sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.

Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru, aku bagitaulah yang suami dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak cite lebih , aku bayar je RM10, lagi tak nak hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita bayar tu , bagi resit sebagai bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit, cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar yuran PIBG . Spesis aku ni suka selesaikan cepat segala tok nenek yang berkaitan ngan sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.


Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat , tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni tak boleh nak salahkan sesiapa, pendapat aku yang best setiap ibubapa yang mempunyai anak bersekolah rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap hari periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka ada "TERAMBIL" barang rakan-rakan sekolah, ,jika terambil suruh anak kita pulangkan kepada yang empunya barang. Rutin aku setiap malam mengajar Firdaus membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama periksa beg sekolah , mana tahu dia ada terambil barang rakan sekolah, kalau ada aku suruh dia pulangkan.






Kali ni kes BRIM plak, seawal 8.25 pagi lagi aku ngan kak limah dah beratur bagai nak rak. Masa beratur tadi beberapa kali makcik kawasan mengamuk , hampir saje pasu bunga melayang ke budak -budak remaja yang berbaju serba biru yang hanya pandai bercakap mengarah itu dan ini, cuba bagi dia beratur kat tempat kita, baru dia tau. Paling aku tak menahan, apa kejadahnya orang berkerusi roda , berpapah, bertongkat bagai ko suruh pegi dewan sekolah nak ambik duit banyak tu, kasihanlah ngan dorang tu...kui kui kui.tahulah angin makcik kawasan ni memang kurang siuman sikit. Punyalah ramai umat manusia, segala bau harum mewangi bagai ditusuk sembilu-cam lagu ej. . Banyak gak prosedur nak ambik duit RM5000 tu ye : ) Pada pendapat orang kebanyakan cam aku ni alangkah lebih baik dan lebih teratur kalau majlis penyerahan baucer tu dibuat disetiap sekolah berhampiran ngan tempat tinggal penerima dengan cara cam tu dapatlah mengurang kesesakkan kat tempat penyerahan baucer. Manakala yang tak berupaya, berpenyakit dan orang kurang upaya, serahkan terus baucer kepada dorang. Kalau tak pun masukkan terus ke dalam akaun bank sipenerima, lagi bagus tak susah payah pening fikir nak ambik cuti ke apa...ooo agaknya bila terus masuk ke dalam akaun bank sipenerima , orang lain tak nampak dorang bagi duit kot : )



Akhir sekali selepas ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.


Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan orang kurang kasih sayang ni.kasihan.

Friday, February 17, 2012

cabai burung

waqheh , ko nak kena cubit ke?, itulah time cikgu mengajar tak nak fokus, bila plak tongkengs tu cik ina punya resepi. Cakap pasal cikgu teringat cikgu aku masa sekolah rendah , cikgu nancy, kalthom, letchumy.Cikgu tu semua garang -garang belaka.Lagi dorang garang lagi aku suka. Kalau tak bawak buku sekolah atau tak siapkan keja sekolah siaplah kena denda berdiri atas kerusi hingga satu waktu mata pelajaran tamat, tak pun lari keliling padang. Gara-gara keja sekolah tak siap , perut aku kena pulas ngan cikgu kalthom, dahlah kuku dia panjang, berkerut jugak kening menahan sakit : ) cikgu kalthom orangnya putih melepak, sentiasa berlipstik merah menyala, raut wajah dia agak kasar dipenuhi ngan bekas jerawat batu, rambut paras bahu sedikit keperangan , scary sampai sekarang aku ingat lagi muka dia.

Setiap kali  balik sekolah kalau aku tak bergaduh ngan kawan-kawan India tak sah. Pergaduhan selalu berpunca dari perkataan "Malaikati belacan", memang pantanglah kalau kawan -kawan India ejek ngan perkataan tu. Aku tahulah orang melayu makan belacan, apasal plak nak jadikan bahan ejekan.kah kah kah . Masa tu dah tak ingat doniya, kita orang berbalas-balas ejekan bawak  sampai ketengah jalan, pengakhirannya kaki tangan semua naik . Masa sekolah aku ni ganas semacam, pantang orang ejek. Aku ingat lagi nama kawan  India tu "Neduciliyan", badan kecik, bercakap cam berteh digoreng. Kena jugaklah seluar dia bercop ngan tapak kasut aku. Sekarang ni aku dah baik, tak ganas cam dulu : )

Cerita pasal kawan-kawan sekolah, bermacam -macam jenis kawan aku jumpa pada masa tu. Entah kenapa , masa sekolah dulu dan sampai sekarang ni , aku tak boleh tengok perempuan gedik-gedik ni , saja cakap kuat-kuat,  berubah jadi perempuan melayu terakhir bila ada  lelaki .Lagi satu jenis yang aku tak suka dimulut cakap lain, dihati cakap lain, contohnya kat mulut "tak sukalah ngan hariz tu , benci(sambil tumbuk meja)" dalam hati plak "oh hariz , aku cinta padamu, kalau ko  jadi pak we ku alangkah bahgianya hidup ni" , alah sekali pun ko pakai sari aku kenal ko siapa , atau  yang lebih tepat sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina .Serius aku ni tak pandailah,  nak cakap tak nak, tak suka cakap suka, lainlah kalau kita terpaksa hipokrit demi menjaga kehormanian yang ko sendiri paham situasi pada masa tu, ye dak.

Aku sangka bila dah melangkah ke alam pekerjaan , tak jumpa lagi orang yang cakap lain dimulut , lain dihati rupanya sangkaan aku meleset, menimbun lagi orang serupa tu . Setiap butir bicara yang keluar dari mulut orang tu sering buat perut aku memulas-mulas sampai nak terkucil-kucil .Kang kalau aku sembur balik , nanti dia terasa pedih plak, bila berdiam diri aku merana.Jalan terbaik aku biarkan orang tu bercakap ngan dinding. Betul jugak kata lisa surihani dalam ombak rindu, redho tu ikhlas, pasrah tu menyerah, diri kita sendiri sebenarnya tak tahu samada kita redho atau pasrah, ada orang tu dimulut redho, dihati menangis-nangis pasrah. Bila pasrah, kebarangkalian 80% hidup akan tertekan, bila tertekan sapa yang jadi mangsa , anak -anak, keluarga dan orang sekeliling, mak jugak susah nok : (


Pada pandangan aku , kalau dah tak tahu nak memilih antara redho dan pasrah, rasanya lebih baik ikut kata hati sendiri at least kalau terjadi sesuatu kat diri kita yang tak menyeronokkan , tak de lah kita tension sangat sampai nak hantuk kepala kat dinding.

Thursday, February 16, 2012

masalah negara

Hari ni konco-konco ajak lunch kat kedai makan  area opis .Dah lama tak lunch kat luar, terasa duit terbang cam tu je, dasar kedekutkan aku ni, terkejut mak makan nasi berlaukkan daging ngan tempe minum air barli suam dekat nak RM10, kawan mak pun kena rega cam tu, sedangkan lauk ikan ngan sayur je.Tak moh komplinlah, nasi dah jadi bubur nak wat cam mana.kah kah kah



Makan sambil menikmati keindahan pantai, nampak tak kanak-kanak bermain-main ditepi pantai ................. ombak menghempas gigi pantai membawa bersama-sama umang-umang dan tapak sulaiman .....Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa melambai-lambai setiap kali angin bertiup, .ohhhhhh alangkah damainya kurasa (abaikan,  ini hanyalah imiginasi penulis semata-mata)


Izzah sedang mengirim sms kepada hariz : ), dia bagitau air epal ni manis sesangattttttttt.

Kenapa ye?,  setiap kali kita order air kurang manis, dia buat terlebih-lebih manis. Masalah negara sesangatlah orang jenis tak paham perkataan kurang manis ni. Tak pun pemahaman dia terbalik kot, lenkali aku nak order manis sangat, mesti dia buat kurang maniskan . Satu lagi kalau boleh , sental  sikit bawah cawan yang berkerak tu, aku tengok yang ambik order  kemain pandai make up , tak kan cawan berkerak  tak pandai nak sental : ) Berniaga ni dik  kena utamakan kebersihan..

Cakap pasal cawan, teringat plak cawan ni. Kat manalah teko ngan cawan besau ni ?, tak sempat nak tengok live. Senang kalau dapat teko ngan cawan besau cam ni, buat air sekali cukup untuk satu kampung minum. Kalau tempat korang ada jual teko ngan cawan cam ni, jangan lupa bagi tau reganya.kah kah kah kah


status ; Dalam penantian duit RM500(BRIM) ngan RM100(BP) , wa dah pokai ni.

Wednesday, May 4, 2011

cool, cool, cool

Salam hari rabu..............................hari ni cool ye.


Pagi lagi aku dah bangun duk baca baca dan baca hikayat sepohon Azadirachta indica yang mendiami Suicide park penulisnya wanita anoneemus ,memang aku suka sangat baca blog dia, tak tahu kenapa .Bila baca rasa cool je.

Tiba-tiba saja minda tanpa sedarku membayangkan Najib berserban tengah sembang ngan Nik Aziz , suruh dia tinggalkan DAP. Lepas tu Nik Aziz sound kat Najib balik, "ko tinggalkan MCA dulu, MCA ngan DAP 2 x 5 =10", maaf ye itu minda tanpa sedar ku menerawang jauh ke alam Suicide park kot. Betul kot 2 x 5 = 10 ; 5 x 2 = 10. hu hu tiba-tiba tak cool plak.

Jom layan minda sedar Firdaus tengah sibuk melayan buku yang yuyi beli hari tu.




Let's count.



Sukanya aku, dia dah pandai mengira dalam bahasa english.







Gara-gara nak hilangkan ruam, aku tepek ngan bedak berubat.



Muka benggang dah terlampau putih.







Hancur kalau suami aku tahu, muka Firdaus putih dibedakkan cam ni, hampehhh aku kena sound. Dia tak de ni boleh aku menepek kasi putih.

Ingat ye ibu ibu bapak bapak tanamkan minat anak anda suka membaca dari baby lagi, supaya dia minat membaca hingga dewasa. Jangan baca kisah politik sudeyy, terutama politik kat Malaysia ni , tak berkembang jahhh. Yang berkembang video hitam putih come back.ha ha ha .

Tuesday, May 3, 2011

makcik oh makcik

Salam tengahari selasa.......................

Dua tahun lepas 8 September 2009 aku diwajibkan hadir ke seminar pengendalian makanan kat tempat kerja, citenya aku ada tepek kat sini. Mulanya aku rasa tak berbaloi je nak pegi, wat apa pun, tapi bila pikir balik secara tak sedar dapat gak menambahkan ilmu, contohnya puding roti kat bawah ni.

Bukan aku belajar buat puding roti kat situ, tapi yang aku belajar cara nak menghentikan roti yang expired menjadi rosak dan berkulat. Sebelum roti tu expired simpan je dalam fridge, nanti proses dia nak berkulat terhenti jap, sebab dia duk dalam tempat sejuk, suhu berapa aku pun dah lupa. Jadi roti tu bolehlah buat apa-apa yang korang suka nak buat. Aku suka buat puding roti.

Resepi puding roti ni khas ku tujukan buat makcik yang dah comeback ke warong makcik jual nasi lemak tu. Dulu mereka berdua ni bergaduh, sekarang dah baik balik. Citenya panjang,, malas nak cite lebih. Aku heranlah betul ngan orang kita ni, dah sakit bukan nak wat amal ibadat sibuk duk pok pek pok pek. Semalam pagi aku ngan semua anak aku beli nasi lemak kat dia.

Ya Allah ya tuhanku ampunilah dosa-dosa silamku(itu cam lirik lagu ke?) aku tak tahu nak cakap apa lagi dizaman moden ni masih ada orang tanya?

berapa gaji ko keja kat situ?
Banyaknya anak ko duit beli kereta?
Deposit kereta bayar berapa?
Ko dulu kahwin muda, tak nak anak ko tak boleh kahwin muda?
Anak ko tinggal ngan sapa?
Bila anak perempuan ko nak kahwin?
Mana dia , datang ngan apa?
Berapa gaji anak ko?
Keja kat mana?


Buat pengetahun makcik , aku ni tak tahu pun gaji anak aku berapa?dan dia pun tak tahu gaji aku berapa? Lepas tu suami aku pun tak tahu gaji aku berapa,yang tahu majikan aku je kot, sebab bab gaji dan keja kata mana PRIVATE AND CONFIDENTIAL. Suami aku pun tak pernah tanya gaji atau bonus aku berapa?Makcik plak nak menyibuk.

Makcik sila baca blog ni ye.Mesti ada orang akan bukak blog ni kat makcik.Bukan apa hari tu malas nak cite banyak, sebab anak aku dah pandang sinis.

Makcik please makcik silalah ambik resepi puding roti ni, kalau dah tak tahu nak buat apa dalam hidup.





1)Susun roti yang disapu butter, memenuhi loyang, sila tekan-tekan roti tu , bayangkan korang memicit makcik tu. Picit tung kaki dia.
2) Dalam bowl masukkan buter cair , gula castor , telur sebiji, fresh milk dan kismis gaul semua . Kali ni aku buh chocolate chip, lebihan hari tu.

Curahkan atas loyang roti tadi, biar selama 30 minit bagi semua meresap ke dalam roti.
Dibakar cara bain marie pada suhu 160 celcius selama 40 minit.



Puding roti yang tinggal separuh, dimakan oleh manusia yang ada dirumah. Makcik silakan.



Sila cuba ye , resepinya senang je , tak mengeluarkan bajet yang banyak.Tak sangka yuyi makan puding roti ni, setahu aku dia suka makan kuih pedas je.kuang kuang

Makcik kuseru supaya ko insaf dengan kadar segera, sebelum cili merah hinggap kat mata. cili besar merah tak pedas sangatkan.Kenapa plak nak gonyoh kat mata dia, sebab mulut dia yang jahat.ha ha ha

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina