Showing posts with label sekolah Firdaus. Show all posts
Showing posts with label sekolah Firdaus. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

no no ni bukan summer camp,ni kem bestari solat siri 2

 Salam kengkawan....

Terkedu aku malam tadi  bila Firdaus tunjuk surat  program kem bestari solat sekolah dia hari sabtu pukul 7.30 pagi..  Terpaksa aku hentikan apa yang aku dah set dalam fikiran aku untuk bangun lambat sikit , redho jelah demi kebaikan Firdaus ye dak..

Selalunya hari sabtu aku jarang buat breakfast , aku terus masak untuk makan tengahari sekali almaklumlah hujung minggu masa untuk bangun lambat  , breakfast yilek. Subuh tadi aku  bangun  pukul 4.30 pagi , macam-macam keja nak kena buat, jahit cangkuk seluar Firdaus, gosok baju melayu dia , goreng bihun , sidai kain ngan lipat kain oppsss boleh caya ke lipat kain *bajet rajinlah sangat*  subuh sapie nak menjahit, malam tadi apasal tak nak  menjahit *aku kutuk diri sendiri*

Aku sokong  sangat bila  Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,  Kementerian Pelajaran Malaysia  mengarahkan pihak sekolah mengadakan Program kem bestari Solat Siri 2,  program ni merupakan program "WAJIB"  tang ayat wajib tu aku kasi bold dan besarkan,  nampak penekanan di situ  murid  murid ku semua . Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan  "SELAMAT HARI GURU" kepada semua  tenaga pendidik di Malaysia  ngan slogan "guru inovatif  Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Tiba -tiba jekan.ha ha ha 

 Pada mulanya aku bagi Firdaus pakai kopiah putih ,aku nampak cam dia tak selesa ngan kopiah tu  aku tukar songkok hitam. Agaknya kopiah tu ketat kot ,tu  yang kepala dia rasa tak selesa tu .
 ko mampu  sepasang baju melayu biru bersama sepasang kasut biru.ha ha ha yang buat aku tergelak bila aku nak tulis nama dia kat kasut biru  tu dia boleh cakap "mak tak payah tulis nama, kasut kawan buruk tak  sama ngan Firdaus." dengar dia cakap cam tu , rasa aku nak sepuk je muka dia. Mentang-mentanglah kasut tu yuyi beli mulalah dia  nak berlagak : )

Bihun goreng ditaburi telur dadar berdaun bawang breakfast  kitaorang pagi tadi
3 biji telur dikacau bersama sedikit kicap cair ngan setangkai daun bawang   yang dah dihiris 1/2 cm-biasalah tangan aku tak cukup gegirl  cm berterabur : )
 Apalagi  gorenglah  telur yang dah dikacau ngan daun bawang tadi   dalam kuali.
potong telur dadar tadi ikut suka
Bihun goreng ;  saper yang tak mahir wat bihun goreng , semua mahir  ye dak. opss kalau  ada yang rasa tak  mahir  bolehlah  ambik  resepi  kat  SINI. segala kekurangan harap maaf.ha ha ha 
Bihun gorengku ditaburi telur dadar berdaun bawang
Muka monyok , saper suruh tidur pukul 1pagi .Monyok tak monyok sebelum pegi sekolah WAJIB makan. Anak-anak mak kena makan dulu sebelum pegi sekolah, ni perintah mak.tiba-tiba teringat yuyi ngan gula-gula hack kena paksa makan benjo sebelum pegi sekolah .ha ha ha 



Okeylah jumpa lagi ......

Aku tertarik ngan "MAHALNYA SAKIT" motivasi dari pakar motivasi peberet aku  Dr.Robiah  kat sini aku  kongsi sedikit intipati bersama -sama ... 

Sakit =hadiah dari Allah .sakit mengugurkan dosa-dosa , syaratnya  kita mesti redho .Sakit seharusnya menjadi jalan untuk kita lebih banyak mengingati Allah .Sakit sepatutnya menjadikan kita lebih kuat , kuat fizikal kerana kita kena bertahan ngan kesakitan.kuat dari segi mental kerana kita kena fikir positif untuk sembuh dan kuat dari segi emosi kerana  kita mesti sentiasa mengajar diri kita untuk redho : )







Thursday, April 26, 2012

share my resepi ikan goreng masak halia kesukaan ramai

salam kengkawan

Entah-entah Firdaus sorang je suka   ikan goreng halia tapi cam best je aku petik petik kesukaan ramai  , boleh gitu. Fresh from farm  ikan masak halia ni juadah aku malam tadi.Sila abaikan tajuk  aku yang separuh omputih separuh  Bahasa Malaysia tu, saje  nak  improve sikit bahasa omputih aku, tak nak kalah ngan Firdaus. Erkkk aku geram ni  semenjak dua menjak ni  dia  asyik bantai cakap omputih je kat rumah. Pada mulanya aku tertanya -tanya apehalah  Firdaus ni asyik cakap omputih je, lepas  kawan bagitau barulah  aku  tahu yang budak  sekolah omputih ni bahasa perbualan dorang kat sekolah cenderung ke bahasa omputih.Cian aku lambat pickup,  almaklumlah  3 orang anak aku yang lain  sekolah melayu termasuk aku, Firdaus ni jelah sekolah omputih.

Tak payahlah nak meraban sangat, jomlah masak.

hasil tangkapan suami  Ikan Aruan Tasik(Nama je pinjam nama tasik , tapi  ikan laut), asingkan isi dari tulang ,  isi ikan tu dipotong sederhana besar  kemudian gaulkan ngan kicap cair. Ikut selera masing-masing  boleh gak  tukar isi ikan kepada  isi ayam.
hasilnya semua isi ikan yang dah digaul ngan sedikit kicap cair. Gaulkan satu persatu  isi ikan  ngan tepung jagung sebelum digoreng.
Hasil isi ikan yang dah digoreng
Masakan ni simple je, kengkawan kena sediakan 3 bahan ;  hirisan halia tua, 2 tangkai daun bawang yang dihiris sederhana kasar  dan sos tiram.
Part paling penting kena tumiskan hirisan halia  sampai naik bau , tumis dalam minyak sedikit kalau boleh semasa menumis gunakan  api sederhana.Bila halia tadi dah naik bau masukkan 3 sudu besar sos tiram kacau kacau kemudian masukkan isi ikan goreng tadi kaup balik  sekejap  secara perlahan, akhir sekali masukkan sedikit air dan hirisan daun bawang, kaup balik  kemudian angkat.
jeng jeng ikan masak halia kesukaan Firdaus
 menu wajib bayam goreng.
Budak baru balik sekolah, siap mandi terus makan

Motip sebenar ambik gambar cam  ni? misterikan.


Okey dah habis panjang umur jumpa lagi.

Tuesday, April 17, 2012

Baju sukan sekolah yang tip top

Sekadar luahan hati

Bodoh sangat ke aku hari ni?, sampaikan nak bertengkar pasal baju sukan sekolah Firdaus ngan kerani sekolah . Aku bukan jenis  orang yang  suka kecoh kecoh, lagi lah bila membabitkan hal remeh temeh macam  baju sukan sekolah Firdaus  yang sampai hari ni tak nampak batang hidung lagi ,  bolehkan guna ayat batang hidung : ) . Masuk ni dah kali kedua aku tanya pasal baju sukan, jawapan yang aku dapat masih tetap sama "baju sukan tak siap lagi, bukan anak cik sorang je tak dapat baju sukan, semua murid pun tak dapat lagi.Masalahnya ada aku kesah ke kalau murid lain tak dapat lagi baju sukan? Aku sekarang ni bercakap bagi pihak Firdaus sorang budak lelaki yang terlalu teruja untuk memakai baju sukan semasa Pendidikan Jasmani.

Baju sukan sekolah belum siap print lagi : pada aku klise sangat alasan tu. Seingat akulah dulu zaman -zaman aku sekolah cakap je nak berapa helai baju sukan yang kau nak  ,cikgu bagi masa tu gak ,tak tahu plak sekarang ni lain pesyennya, mungkin pihak sekolah  nak tambah  logo emas kot : ) Kerani sekolah ada bagitau aku  malam nanti  cikgu Firdaus akan  call aku , jangan dia call semata-mata nak bagitau  alasan  yang sama udah,mau aku hanggin . Aku harap semasa perbualan aku ngan cikgu memon , Allah SWT memberikan aku kesabaran yang paling tinggi 9.1   skala richter.

cite  banyak pun tak guna buat menghabiskan air liur je, baik aku simpan air liur ni untuk suami aku ada gak feadahnya  : )

Saturday, March 31, 2012

Fansha Sandha nak kongsi rahsia kecantikan


Hye saya Fasha Sandha, ni blog memon ,takde maknanya Fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikan kat blog ni. Amboi kengkawan syoknya sambung tidur , mentang-mentanglah kat luar sana hujan cuaca sejuk. Kengkawan mau ke mana ari ni? memon tak kemana-mana, memon cadang nak basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju , kain baju! kain baju ! kain baju! kenapalah terciptanya kain baju, memon fed up bila fikir pasal kain baju terutama bab lipat kain baju , extra fed up +++ bab mengosok kain baju, seriyes dulu kini dan selama-lamanya memon menccikkk.

Berbalik pada cite asal, haip haip  laju je kengkawan nak klik blog memon bila kengkawan tahu fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikkan kat sini, cuba yang nak kongsi rahsia kecantikan tu memon, memang haremmm korang nak klikkan, la la la la la Memon tak cantik , bak kata P.Ramlee manisnya ada. kwang kwang kwang. Memon tak dapat share apa-apa ngan kengkawan bab rahsia kecantikan, tapi kalau bab rahsia menguruskan rumahtangga , dapatlah memon  share sikit-sikit ngan  kengkawan.

Cite Bab  kecantikan, entah kenapa dari dulu Memon susah nak terpengaruh ngan iklan kat TV terutama iklan produk kecantikan ,lebih lagi iklan tu mengunakan artis fofular sebagai daya penarik .*penjelesnya memon* Paling memon tak boleh blah ngan model produk kecantikan pemutih wajah, modelnya rata-rata berwajah cerah, untuk menampakkan wajah gelap boleh berubah jadi putih lepas memakai produk tu  wajah model  akan dimake upkan sedikit gelap . Memon akan percaya 50% keberkesanan produk pemutih wajah tu, Jika model iklan produk tu memang berwajah gelap berubah menjadi putih selepas memakai produk tu

Memon tak moh ambik pedulik semua tu, memon tahu yg memon  percaya ngan sorang model namanya yuyi ,. anak memon. Jangan cuba nak buang masa klik link merah tu, tak de maknanya  anak memon tu nak berblog.



Dua bulan lepas Yuyi bagi memon Inner shine berry , sampai la ni tak berusik.

Okey memon ada  petua nak  menghilangkan kesan keputihan pada kain baju, keputihan ni berlaku ada kaitan ngan mesin basuh atau sabun serbuk. Kesan keputihan paling menyerlah pada kain baju berkaler gelap *cam gelik je guna ayat keputihan tu* la la la la


kengkawan ambil benda alah ni, apa ke nama benda ni, aku sental periuk guna benda ni


Kengkawan gosok secara perlahan  benda ni kat kain baju yang ada kesan keputihan. Memon gosok benda ni kat seluar sekolah Firdaus, seluar sekolah dia kaler biru gelap sah lah banyak keputihan.




Memon konpius ngan diri sendiri sampaikan memon tak pasti motip memon tepek gambar Firdaus ni. Dalam kekonpiusan melanda jiwa rage, menelek gambar Firdaus tu memon terfikir dua perkara

1)meja sekolah tu tinggi
2)Firdaus rendang orangnya


Memon tersenyum dalam kepahitan, bila mengenangkan lepas ni memon kerna terpaksa membilas kain baju , lipat kain baju, gosok kain baju, oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Wednesday, March 21, 2012

pemakan nasi, sayur dan ikan tegar


Aku nampak Firdaus cam tak bermaya je, mata sedikit merah dan berair dari masa ambik dia kat sekolah petang semalam . Selalunya bila nampak muka aku depan gate sekolah dia dah tersengih-sengih , tapi semalam tak de respon dia tak banyak cite terus naik atas motor. Malas nak pikir banyak, aku anggap je dia letih kat sekolah. Balik tu kitaorang terus singgah warung kedai burger berdekatan ngan rumah aku. Warung burger ni jual oblong kambing ngan ayam sedap, sebab tu aku suka beli kat sini. Dah biasa beli kat warung burger ni, sampai dah kenal taukenya, dia ada buka satu lagi cawangan kat area kampung Raja Uda , kalau tak silap aku kat depan pasaraya 99, yang aku sibuk nak bagitau korang kenapa, macam lah korang tau tempatnya kat mana #dasarsyoksendiri.

Masa sampai kat warung , aku nampak ada lebih kurang 3 orang pekerja dia tengah buat preparation nak start berniaga, aku tanya kau sorang budak tu,cam budak baru je, sebelum ni aku tak pernah pun nampak muka dia kat situ

Aku : dah buka ke dik?

budak baru : dah dah cik, tunggu sekejap ye.

azura ngan zek turun dari motor #perasanberlakondalamfilemazura, kah kah kah

Aku : ko bagi acik oblong kambing ngan ayam ye,
sambil merentap sebungkus kerepek pisang yang bergantungan (tanda -tanda kebuluran)

budak baru : okey siap cikkk

zek(suami) panggil budak baru tu : dik bagi milo ais satu ye, (milo ais tu Firdaus yang nak)

Aku ngan suami berebut makan kerepek pisang, lebih kurang 20 minit budak baru datang lagi kat meja

budak baru : nak order apa tadi cikkk

Aku tangan kat dada mata kat atas : OBLONG KAMBING NGAN AYAM DIKKKKKKKKKKKKK(HURUF BESAR TANDA SUARA BESAR.KAH KAH KAH)

budak baru : cik yang tulah tauke warung berger ni (sambil tuding jari kat bos yang tengah menyibukkan diri) dia sengih sengih kambing terus blah .

aku ngan suami angguk kepala "macamlah aku tak kenal sapa tauke, dah dia bos ko sapa plak, anak bos atau adik bos(kata dalam hati aku je)

suami aku toleh kat tempat buat air : yang nanti cancel milo ais ye
(aku tak boleh panggil suami aku abang, dia geli, dia kata dah cam indon plak berabang abang, opsss)

aku : tak payah cancel, memang dia tak buat pun, yang teringin sangat nak tau budak tu hisap dadah jenis apa, tak lalok tapi blur, ciss

suami : biarlah..... budak baru

aku : urut dada, orang lelaki ni susah nak bawak berunding #takbolehlahnakbuatmulutjahatsikit (kata dalam hati aku)




Masa ni Firdaus diam je, tak banyak cite . Dia bagi tau kat dalam kelas dia  tadi , ada kawan dia muntah, mulanya aku salah dengar ingatkan dia yg muntah #tanjatmemon.. Biasalah pasal budak-budak ni aku eksited sikit nak tau. Firdaus cakap budak tu muntah pasal tak makan. Aku cam biasalah terus nasihatkan Firdaus, tak boleh tak makan nanti perut masuk angin, tapi Firdaus mana pernah satu hari yang dia tak fikir pasal makan. kui kui kui



Kerepek pisang yang jadi perebutan aku ngan suami, sebungkus RM1.20 , sedap, masa balik beli lagi 2 bungkus.

macam-macam burger sekarang ni, kadang-kadang burger cam ni lagi sedap dan murah dari kat restoran fast food yang berlambak kat luar sana, satu je yang aku tak berkenan ngan burger ni dorang suka terlebih-lebih buh sos lada hitam ngan mayonis , bila makan meleleh sos sampai ke pangkal lengan, #pentipusangat


Iklan yang berwarna warni pun memainkan peranan penting untuk menarik pelanggan berpusu-pusu datang mencari burger dan yang seangkatan dengannya.kwang kwang kwang


Sampai je umah aku terus panaskan lauk pauk yang dicilok dari lauk pauk   lebihan seminar kat opis, mana tau tengah malam nanti ada yang mencari nasi , tak kenyang makan oblong : ). Aku bukak peti sejuk keluarkan fish ball , tunggu ais cair, kemudian goreng .


fish ball tu cicah ngan sos cili buatan sendiri, sedap, suatu waktu dulu  masa berumur  10 tahun aku tolong arwah ayah berniaga air soya ngan kelapa, tahu sumbat, buah-buahan ,sengkuang tabur kacang, tahu sumbat ngan fish ball cucuk timun ni.laku banget


Berbalik pada cerita lepas panaskan lauk pauk , masa aku mengemaskan   dapur, Firdaus sibuk mengadu kat aku yang kepala dia sakit. Aku ingat sakit biasa je, aku suruh dia tidur cepat. Lepas aku keluar dari bilik mandi lebih kurang pukul 10, aku nampak dia dah tertidur kat depan tv. Suami aku suruh alihkan dia kat tempat tidur dia. Tanjat memon masa alih dia tu , aku rasa badan dia panas sangat. Aku terus kejutkan dia , bagi dia makan ubat demam, aku bukakkan seluar baju dia, balut seluruh badan dia ngan tuala basah, sampai suhu badan dia yang panas tu turun ke suhu normal,  aku pakaikan dia seluar baju lepas suhu badan dia normal.  Nanti  aku  nak bawak dia pegi klinik kerajaan nak check  demam ngan selsema dia, takut tak check nanti melarat plak . Bab demam , selsema ngan batuk ni aku ambik serius , tak suka melarat berhari-hari.

Anak -anak aku ni masa kecik susah sikit nak tau  bila dorang demam, sebab  masa demam dorang  tak menangis, aku syak dorang demam bila dorang tak aktif cam biasa dan banyak diam. Dalam 4 orang nak aku yang merengek-rengek ngan menangis masa demam gula-gula hacks je, bila dia demam sepanjang malamlah  aku tak dapat tidur .Bila dia dah besar ni  barulah masa demam  tak   menangis,  tapi bila dia nampak Firdaus tak nangis masa demam, mulalah dia dengki sibuk bagitau Firdaus yang dia tu manja masa kecik suka nangis bila demam. Gelikan dengan  statement gula-gula hacks tu.


Aku salute satu ngan Firdaus demam macam mana pun , nasi tetap dalam ingatan ........tak caya sila tengok fresh from farm



Alhamdulillah, erkkk kenyang sebelum pegi klinik sempat lagi ngadap sebungkus nasi lemak, ngan secawan teh O


Okeylah setakat ni je, aku nak bawak Firdaus pegi Klinik Kerajaan (highlight klinik kerajaan #dasarnakjimatcermat. kwang kwang kwang

Bila aku ternampak komen ELL tadi tiba-tiba aku jadi rindu kat dia, sebelum ni aku asyik tertanya-tanya dalam hati "manalah budak ni pegi"

Sunday, March 4, 2012

taman perumahan dikelilingi suasana desa yang permai

Punyalah berkobar-kobar semangat aku nak masak sebelum Firdaus pegi sekolah tapi sayang seribu kali sayang semangat berkobar-kobar aku tu tak berpadanan ngan juadah yang aku sediakan. Juadah tu buat aku gelak  dalam hati.  Tak pelah janji juadah tu Firdaus ngan suami sudi nak  makan. Juadah aku simple je, suhun kentang &telur, telur dadar , sambal ikan bilis dan goreng kailan hongkong . Sebelum Firdaus makan, aku suruh dia mandi dulu, nanti senanglah lepas makan boleh terus siap pakai baju sekolah. Baju sekolah dia dah pandai pakai sendiri, cuma kasut sekolah  je  masih suami  pakaikan, time cuti ni  aku  pakaikan, nak harap dia pakai sendiri sampai esok tak siap. Lepas dah siap semua aku suruh suami hantar dia pegi sekolah.

Benarlah kata pepatah , kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan, begitulah keadahnya yang terjadi ngan nasib Firdaus semalam kui kui kui, ni semua gara-gara aku terlepas pandang jadual waktu sekolah ganti Firdaus , aku ingatkan masuk kelas 1.10 petang cam waktu sekolah hari biasa , rupanya semalam masuk kelas pukul 12.10 tengahari . Paling kelakar , masa suami sampai kat depan  pagar sekolah , dia tak nampak   kelibat  sorang  budak sekolah pun ,dia ingatkan  sekolah ganti dah cancel ,  tu yang dia ambik keputusan bawak Firdaus balik . Macam manalah dia nak nampak budak sekolah , semua budak dah pun masuk pukul 12.10 tengahari, dia hantar Firdaus plak pukul 1 petang.kui kui kui . Tak boleh nak salahkan suami aku jugak, sekolah Firdaus sekolah lama, kebanyakan tingkap kelas dia pesen lama, tingkap jenis cermin berkaler-kaler, orang luar nak tengok dalam susah sikit .



Semangat Firdaus nak ke sekolah berkobar-kobar



Semangat nak masak aku yang berkobar-kobar tu tak berpadanan ngan juadah ni : (

Nak hilangkan tension Firdaus  semalam tak dapat ke sekolah , aku bawak dia ronda -ronda kat keliling kawasan taman perumahan sambil makan keropok super ring. Buat pengetahuan korang taman perumahan aku ni dikelilingi kampung-kampung, pepohon hijau merimbun dan tak jauh dari sini ada pengkalan nelayan, di sini juga berlabuhnya sampan dan bot nelayan kecil seperti suami aku. Berhampiran pengkalan plak  tu ada kebun tebu  ngan gerai jual air tebu dan sayuran kampung . Aku ngan yuyi pernahlah gak singgah beli air tebu kat situ.





Biasalah tu jalan keliling kampung wajib pakai baju keler lain seluar kaler lain.kui kui kui





Tengoklah tu aku suruh dia jalan terus, di pegi menyinggah ke stesen komuter plak..................







Firdaus menuju ke kedai runcit berhampiran rumah.





Yeah yeah yeah, dah sampai kedai boleh beli keropok super ring .


Sekejap lagi nak kemas rumah, habis kemas nak ajak Firdaus temankan ke kedai, nak beli lauk untuk masak tengahari ni. Dah hari-hari masak, naik bodoh dibuatnya tak tau nak masak apa dah. korang masak apa hari ni?

Friday, March 2, 2012

Alkisahnya-bakat terpendam



Entah apa yang menganggu Firdaus , subuh tadi aku bangun dia pun ikut bangun , kehulu ke hilir diikutnya belakang aku. Tak senang aku nak buat keja. Aku duk atas katil lipat kain baju, dia ambik bantal baring kat sebelah aku, sambil tu tangan dia tarik-tarik kain baju yang aku tengah lipat. Aku tegurlah dia"Firdaus, kenapa kacau mak lipat kain ni, tak cian ngan mak ye ?" "mak janji tak keja hari ni," rungut Firdaus. Bila masa plak aku janji ngan dia tak keja, aku bagitau dia esok aku tak keja, seperti biasalah hari sabtu memang hari cuti aku.


Aku lemah sikit bila time nak pegi kerja Firdaus merungut-rungut tak bagi aku pegi keja, lebih lagi sebelum ni tak pernah dia buat perangai cam tu ,rasa pelik pun ada. Masa keluar menyidai kain , aku tengok dia dah tertidur, selang beberapa minit terkejut aku, dengar suara dia dari belakang "ooooo mak tipu ye, mak kata cuti." La aku ingat dia dah lupa hal tadi, tak sangka dia terbangun, ni mesti dia tidur-tidur ayam. Selesai je sidai kain, aku bawak dia beli sarapan kat makcik berdekatan ngan rumah. Aku belikan dia karipap, dia memang suka karipap, mana tau lepas dapat karipap hati dia sejuk. Karipap tu saja aku beli lebih, nanti tak habis boleh dia bawak ke sekolah. Pagi tadi sebelum aku keluar dari rumah , aku nengok wajah suram Firdaus dah bertukar ceria. haihhhh, lega sikit hati aku.

Habis bab Firdaus pagi tadi, masuk bab bakat, Firdaus ni dalam diam punya bakat melukis ngan menyanyi, kalau diasah mau timbul.. kui kui kui. Melukis okeylah, menyanyi aku kurang suka . Pada aku kat Malaysia ni susah sikit nak cari duit ngan menyanyi. Bukan tak de , ada penyanyi yang buat duit ngan menyanyi kat Malaysia ni, tapi boleh dikira ngan jari. Malas nak komen bab ni sensitip, takut ada yang terasa.

Berbalik kisah Firdaus, dah kerap sangat aku perhatikan, sejurus selepas dia siapkan homework atau habis mengulangkaji pelajaran, tanpa melengahkan masa dia terus melukis sesuatu yang terlintas difikirannya kat atas kertas kosong. Dia suka berimiginasi menerusi lukisan , setiap lukisan dia aku senang faham kecuali yang agak pelik, dia berusaha fahamkan aku.
Dah jadi satu kemestian setiap kali siap satu lukisan dia tunjuk kat aku. Sebenarnya aku kagum ngan orang yang dikurniakan bakat melukis ni, cth terdekat suami aku, conteng conteng pun menjadi , cuba aku ,lukis kucing mesti jadi ayam., errrkkk malu je setiap kali Firdaus suruh aku melukis , masa tu mulalah suami melemparkan senyuman sinis kat aku.

Selain dari suka melukis , Firdaus jugak suka menyanyi ngan menari. Pantang dengar lagu kat tv ngan radio., mulalah dia ikut menyanyi, tak kira lagu ,lagu omputih pun dia layan. Aku suka dengar dia nyanyi lagu omputih sebutan dia keluar sebutir sebutir, jelas sangat . Paling best tengok dia menari bila dengar lagu rancak. Alhamdulillah , Firdaus ni senang nak ingat dan menghafal apa je, mungkin sebab dia suka makan ikan kot. ye ke pasal ikan, aku pun tak pasti.











Ada sesiapa yang kat sini dah dapat mengesan bakat anak ??????????

Wednesday, February 29, 2012

Masalah yang tak berkesudahan-BRIM &Sekolah


Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana sekolah zaman kita dulu berbeza sangat ngan sekolah zaman sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.

Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru, aku bagitaulah yang suami dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak cite lebih , aku bayar je RM10, lagi tak nak hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita bayar tu , bagi resit sebagai bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit, cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar yuran PIBG . Spesis aku ni suka selesaikan cepat segala tok nenek yang berkaitan ngan sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.


Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat , tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni tak boleh nak salahkan sesiapa, pendapat aku yang best setiap ibubapa yang mempunyai anak bersekolah rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap hari periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka ada "TERAMBIL" barang rakan-rakan sekolah, ,jika terambil suruh anak kita pulangkan kepada yang empunya barang. Rutin aku setiap malam mengajar Firdaus membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama periksa beg sekolah , mana tahu dia ada terambil barang rakan sekolah, kalau ada aku suruh dia pulangkan.






Kali ni kes BRIM plak, seawal 8.25 pagi lagi aku ngan kak limah dah beratur bagai nak rak. Masa beratur tadi beberapa kali makcik kawasan mengamuk , hampir saje pasu bunga melayang ke budak -budak remaja yang berbaju serba biru yang hanya pandai bercakap mengarah itu dan ini, cuba bagi dia beratur kat tempat kita, baru dia tau. Paling aku tak menahan, apa kejadahnya orang berkerusi roda , berpapah, bertongkat bagai ko suruh pegi dewan sekolah nak ambik duit banyak tu, kasihanlah ngan dorang tu...kui kui kui.tahulah angin makcik kawasan ni memang kurang siuman sikit. Punyalah ramai umat manusia, segala bau harum mewangi bagai ditusuk sembilu-cam lagu ej. . Banyak gak prosedur nak ambik duit RM5000 tu ye : ) Pada pendapat orang kebanyakan cam aku ni alangkah lebih baik dan lebih teratur kalau majlis penyerahan baucer tu dibuat disetiap sekolah berhampiran ngan tempat tinggal penerima dengan cara cam tu dapatlah mengurang kesesakkan kat tempat penyerahan baucer. Manakala yang tak berupaya, berpenyakit dan orang kurang upaya, serahkan terus baucer kepada dorang. Kalau tak pun masukkan terus ke dalam akaun bank sipenerima, lagi bagus tak susah payah pening fikir nak ambik cuti ke apa...ooo agaknya bila terus masuk ke dalam akaun bank sipenerima , orang lain tak nampak dorang bagi duit kot : )



Akhir sekali selepas ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.


Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan orang kurang kasih sayang ni.kasihan.

Friday, January 13, 2012

Menu simple , berkhasiat, untuk bekal anak-anak ke sekolah, : )

Salam hari Jumaat penghulu segala hari..............



Tuan blog sediakan pemanis mulut untuk tetamu-tetamu yang tak jemu berkunjung ke sini biarpun blog ni agak lama sepi, salute ngan tetamu tu .First time makan pemanis mulut masyarakat India ni, boleh tahan gak manisnya : ). Pemanis mulut ni suami aku beli masa kita orang makan roti canai semalam sebab aku gatal bagitau dia teringin rasa pemanis mulut tu, hakikatnya aku bukan pengemar kuih yang manis-manis ni, pedas tak pe .

Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT . Dah masuk 4 hari blog ni tak berupdate , semenjak Firdaus sekolah, aku sibuk sikit , jadual padat. Malam tadi curik- curik masa pegi blog kawan-kawan. Baca blog Puan Azlita ngan Mat Gebu, aku simpati sangat  ngan dorang, ada sorang blogger telah mencilok gambar dan resepi dari blog dorang, yang menyedihkannya blogger tak beretika tu buang watermark kat gambar tu, kemudian mengaku hak dia . Aku tak moh buh link pencilok tu, kalau nak link, cari sendiri ye : (,dalam masa yang sama jugak izan terkena ngan isu tutorial shawl  dia tak melepasi paras  dada,kah kah kah  tudung bawal tutuplah dada sangat , ye ke. kah kah kah. Susahlah sekarang ni, ramai sangat manusia yang ingat dia jelah yang baik, betul dan segala-galanya sempurna. go go chaiyok ye.

Aku baca pun sakit hati , apatah lagi tuan punya blog. Aku pernah rasa cam mana dorang rasa sekarang ni, dolu -dolu ada gak blogger curi gambar masakan aku tepek kat blog dorang kemudian mengaku dorang punya. Tak malu ke mengaku hasil keja orang lain sebagai hasil keja sendiri. Aku tak tergamak nak  baca  blog pencilok tu, malu pun ada, sedih pun ada sebabnya  blog aku ada gak selit cite masak-masak jadi aku tahulah cam mana susahnya tepek cite masak ni, lagilah nak menghasilkan blog masakan yang sepenuhnya cam puan Azlita, bak kata Azlita, ingat senang ke nak pegang kamera sambil masak .

Semoga puan Azlita ngan mat gebu tabah, jom layan cite Firdaus kat sekolah plak............... .


Firdaus & Faiz



Firdaus & Faiz

Firdaus ngan Faiz dijaga oleh pengasuh yang sama dari umur dorang 5 bulan. Masa Faiz 3 tahun , mak dia tukar pengasuh lain, semenjak tu dorang berpisah , jumpa semula la pada hari orientasi tahun 1. Tak sangka dorang bersekolah yang sama, duduk kelas yang sama 1 cekap(amboi kemain , zaman aku main nama bunga cempaka, melur , tanjung ngan ros), beg ngan botol air pun kebetulan sama, memang sehati sejiwa : )

Sekarang ni Firdaus dah start bawak bekal nasi ke sekolah , aku masak yang simple je ,
setiap hari menu bertukar mengelakkan dia jemu.

Bekal Firduas semalam nasi goreng cina, katanya dia tak boleh habis banyak sangat, bila aku check dia punya tak boleh habis tu, adalah tak sampai satu sudu besar, nak gelak aku ngan budak ni.



Bekal Firdaus pagi tadi, isi ayam goreng halia ngan nasi putih, isi ayam atau ikan goreng halia memang peberet dia forever.




Air sudah semestinya air suam, tak de maknanya air manis -manis ni.


Resepi  simple untuk bekal anak ke sekolah kemudian aku tepek ye, bagi aku sikit ruang untuk bernafas  dan melepaskan penat lelah. Buat masa sekarang ni susah sikit aku  nak update cam biasa, masa  sentiasa mencemburui,  bila kita sedang berbahagia, ye dak? itu kata suami aku. Bila aku pikirkan balik ada gak kebenaranya kata-kata dia tu, macam hari tu punya lama nak menunggu suatu malam kubur berasap tu habis, 2 jam rasa 10 jam, sebab cite tak sedapkan, bila cite tak sedap, kita tak  bahagia, makanya masa tu rasa cam lama je. larikkkkkkkkkkk


Akhir sekali sebelum mengundur diri, aku nak pesan untuk diri sendiri dan kawan -kawan alam maya , hormatilah hak privasi orang lain , sebagaimana kita mahu orang lain menghormati hak privasi kita : ).ooo lupa plak, mulai sekarang ni aku dah malas nak layan email isu roti massimo tu, terpulang la  pada hak  masing -masing, , aku tetap sokong roti massimo sebab pengeluarnya  subsidiary company tempat keja aku , jadi aku lebih tahu cite yang sebenar. Susahlah ngan orang yang percaya ngan email palsu ni, berlambak je aku  dapat email yg  tak de kena mengena ngan hidup aku, aku delete cam tu je, tak kuasa nak baca apatah lagi nak sebarkan : (

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina