Hye saya Fasha Sandha, ni blog memon ,takde maknanya Fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikan kat blog ni. Amboi kengkawan syoknya sambung tidur , mentang-mentanglah kat luar sana hujan cuaca sejuk. Kengkawan mau ke mana ari ni? memon tak kemana-mana, memon cadang nak basuh kain baju, sidai kain baju, lipat kain baju , kain baju! kain baju ! kain baju! kenapalah terciptanya kain baju, memon fed up bila fikir pasal kain baju terutama bab lipat kain baju , extra fed up +++ bab mengosok kain baju, seriyes dulu kini dan selama-lamanya memon menccikkk.
Berbalik pada cite asal, haip haip laju je kengkawan nak klik blog memon bila kengkawan tahu fasha sandha nak kongsi rahsia kecantikkan kat sini, cuba yang nak kongsi rahsia kecantikan tu memon, memang haremmm korang nak klikkan, la la la la la Memon tak cantik , bak kata P.Ramlee manisnya ada. kwang kwang kwang. Memon tak dapat share apa-apa ngan kengkawan bab rahsia kecantikan, tapi kalau bab rahsia menguruskan rumahtangga , dapatlah memon share sikit-sikit ngan kengkawan.
Cite Bab kecantikan, entah kenapa dari dulu Memon susah nak terpengaruh ngan iklan kat TV terutama iklan produk kecantikan ,lebih lagi iklan tu mengunakan artis fofular sebagai daya penarik .*penjelesnya memon* Paling memon tak boleh blah ngan model produk kecantikan pemutih wajah, modelnya rata-rata berwajah cerah, untuk menampakkan wajah gelap boleh berubah jadi putih lepas memakai produk tu wajah model akan dimake upkan sedikit gelap . Memon akan percaya 50% keberkesanan produk pemutih wajah tu, Jika model iklan produk tu memang berwajah gelap berubah menjadi putih selepas memakai produk tu
Memon tak moh ambik pedulik semua tu, memon tahu yg memon percaya ngan sorang model namanya yuyi ,. anak memon. Jangan cuba nak buang masa klik link merah tu, tak de maknanya anak memon tu nak berblog.
Dua bulan lepas Yuyi bagi memon Inner shine berry , sampai la ni tak berusik.
Okey memon ada petua nak menghilangkan kesan keputihan pada kain baju, keputihan ni berlaku ada kaitan ngan mesin basuh atau sabun serbuk. Kesan keputihan paling menyerlah pada kain baju berkaler gelap *cam gelik je guna ayat keputihan tu* la la la la
kengkawan ambil benda alah ni, apa ke nama benda ni, aku sental periuk guna benda ni
Kengkawan gosok secara perlahan benda ni kat kain baju yang ada kesan keputihan. Memon gosok benda ni kat seluar sekolah Firdaus, seluar sekolah dia kaler biru gelap sah lah banyak keputihan.
Memon konpius ngan diri sendiri sampaikan memon tak pasti motip memon tepek gambar Firdaus ni. Dalam kekonpiusan melanda jiwa rage, menelek gambar Firdaus tu memon terfikir dua perkara
1)meja sekolah tu tinggi
2)Firdaus rendang orangnya
Memon tersenyum dalam kepahitan, bila mengenangkan lepas ni memon kerna terpaksa membilas kain baju , lipat kain baju, gosok kain baju, oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk