Thursday, March 8, 2012

Peluang perniagaan berpotensi!!!!! Ali's Fried Chicken sapa cepat dia dapat

Maafkan mak ye ,semenjak dua menjak ni kerap sangat mak bagi tajuk-tajuk nak makan penampau. Hari tukan mak dah bagi tau menaikkan traffic tu salah satu amalan murni.kui kui kui. Hari raya nanti mak nak pegi makan angin, dari sekarang mak kena keja keras kaut duit lebih dari dua syarikat pengiklanan, sebelum raya mak nak cash out semua duit iklan yang ada, lepas tu mak nak enjoyyyyyyyyyyyyyy,jom nyanyi sama-sama lagu Amy Mastura " hidup mesti happy" .

okeyy stop cite pasal duit iklan ye. Petang semalam lepas ambik Firdaus balik sekolah aku terus bawak dia pegi pasar malam. Cam biasalah rutin aku setiap hari rabu & khamis pegi pasar malam ,tunjuk itu, tunjuk ini, bungkus dan bawak balik, tak gitu dik nun. Firdaus gila-gila pau aku kat pasar malam semalam ,semua makanan kat pasar malam tu kalau boleh dia nak beli. errrkkk, geram ngan budak montel yang dah semakin kurus sekarang ni, mana tak kurus, asyik diet je, katanya bila kurus boleh lari laju nanti kat sekolah boleh ler dia lumba lari ngan kawan.

so petang semalam aku beli pisang awak goreng, losong goreng, otak-otak, nasi putih + sambal kosong , 2 keping ayam dan sebatang sosej Ali's Fried Chicken, selalunya aku suka beli makanan yang suami ngan Firdaus suka makan je. Cerita pasal Ali's Fried Chicken, sebenarnya aku dah lama nampak kiosk tu kat pasar malam, cuma masa tu belum terbukak hati nak beli makanan kat kiosk tu. Entah kenapa malam tadi aku boleh plak beli 2 keping ayam ngan sebatang sosej Ali's fried chicken, mungkin sebab kiosk tu sebelah menyebelah ngan gerai makcik yang aku beli nasi putih ngan sambal kosong ,kebetulan plak kiosk tu kepunyaan anak makcik tu .


 sedapnya hingga menjilat jari


Apa lagi, jangan tunggu lama-lama peluang perniagaan di depan mata anda, sila hubungi nombor yang tertera. bila dah kaya esok jangan lupa mak ye : )

Ayam Ali's Fried Chicken mantop

Sosej Ali's Fried Chicken dari segi saiz , mantop, tang rasa aku berapa berkenan.

Sila abaikan bantal-bantal berdanau disebalik tabir pembikinan iklan Ali's Fried chicken.hua hua hua

Makan nasi ngan sambal kosong dan bersama beberapa kepingan Ali 's Fried Chicken adalah sangat sedap + + + +

Nampak tak betapa garingnya Ayam Ali's Fried Chicken , reganya sekeping RM5.50 tu pada aku berbaloi-baloi, kepingan ayam nya besar gak, puaslah makan anak beranak.Rasa ayam ni okey cuma dia kena kurangkan rasa manis, entah dari mana datang rasa manisnya pun aku kurang pasti, mungkin dari bahan perapan..

Pada mulanya hati aku berbunga-bunga rasa bangga semacam bila mendengar nama Ali's Fried chicken dalam fikiran aku dah tentu tentu tuan punya syarikat tu orang melayu yang berugama Islam, malam tadi aku cubalah google Ali's Fried chicken, aku terjumpa satu maklumat mengenai Ali's Fried Chicken yang aku sendiri kurang pasti kesahihannya, maklumat tu aku  tak boleh tulis kat sini , sebab buat masa sekarang InsyaAllah  blog aku ni belum pernah lagi menyiarkan maklumat yang diragu kesahihanya, hua hua hua , sapa makan wasabi dialah rasa pedasnya ye dak. Akhir sekali aku berharap sangat yang Ali's Fried Chicken tu milik penuh bumiputra Islam , kalau tak , sapa nak jawab?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina