Aku pernah terbaca pasal pinggan berwarna untuk meningkatkan nafsu makan anak kecil, bukannya aku tak caya, pada aku lebih baik kalau kita dapat masakkan anak kita sayuran yang berbagai warna kerana sayuran yang berbagai warna mempunyai khasiat dan peranan berbeza. Sayuran hijau, kuning, merah memberikan carotenoids, sayuran berdaun berwarna gelap seperti kobis kaya dengan lutein, sejenis pigmen yang berkaitan dengan usaha menyekat perkembangan sel kanser.
Sebagai memenuhi keperluan hidangan setiap hari,jangan lupa memilih sayuran hijau, lebih gelap hijaunya lebih baik dan jangan lupa diperbagaikan jenisnya. Makanlah lebih banyak sayuran dan buah-buahan, seperkara lagi jangan lupa untuk memasukkan ulam-ulam mentah dalam setiap menu makanan kita. Pegaga, kacang botol, petai, jering, berbagai daun pucuk kayu seperti ulam raja dan banyak lagi sangat baik untuk dimakan dan mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi.Kalau boleh jadikan sayur sebagai menu utama, juadah tambahan korang boleh goreng ikan atau ayam. #khasiatsayurhijau cilokdarigoogle, kwang kwang kwang
Jom goreng mee segera mengunakan sayur beraneka warna #bajetbanyakwarnakonon
Jom goreng mee segera mengunakan sayur beraneka warna #bajetbanyakwarnakonon
cara-cara membuatnya
1)Tumiskan bawang putih cincang hingga layu dan naik bau ketepikan ditepi kuali(campurkan minyak tumisan ngan sedikit minyak bijan)
2)masukkan isi ayam , kacau hingga separuh masak ketepikan ditepi kuali
4) masukkan carrot , kacau sekejap sedikit empuk ketepikan ditepi kuali
5)pecahkan tiga biji telur , kacau hingga garing sepenuhnya
6)Masukkan mee segera tadi, kacau hingga sekata, guna api sederhana semasa mengacau mee segera, akhir sekali titiskan 3-4 titik minyak bijan.Kacau, masukkan daun bawang, kacau sekejap, kemudian angkat dan sedia dihidang.
Air sirap ni apa kejadahnya berkhasiat, jangan salah paham ye, niat aku hanya nak menunjukkan cara memerah jus limau kasturi ngan betul.hua hua hua
akhir sekali , warnakanlah kehidupan kita ngan pelbagai warna supaya hidup kita lebih ceria, tenang dan banyak fikir yang baik -baik je , tapi lagi best sekiranya dari kepala hingga ke kaki dapat memakai pakaian pelbagai warna cam budak dibawah,

Ada berani kasut biru, baju hijau, seluar kuning.kwang kwang kwang