Salam kengkawan....
Aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kengkawan diluar sana yang wish besday aku dan sekaligus mendoakan aku cepat sembuh. Jasa kengkawan semua amat dihargai, semoga Allah SWT saje yang dapat membalas kebaikan korang semua ye..........
Dua hari tak berblog tak tahu cak cakap cam mana rindunya aku ngan blog ni, rindunya cam berjauhan ngan anak dan suami plak. Kalau boleh setiap hari aku nak mencatat kat sini, orang nak baca atau tidak itu belakang kira. Alhamdulillah buat masa ni masih ada pembaca yang sudi menjengah blog ni waima aku beberapa hari tak update pun.
Ingatkan tadi malas nak update , sebab kesihatan aku ni masih lagi dalam keadaan yang tak memuaskan, tapi nak wat cam mana, dari pagi blog ni dah memanggil-manggil cam panggilan pulau plak. Saje je nak update aktiviti hujung minggu lepas aku buat karipap frozen untuk bekal Firdaus ke sekolah. Masa mengentel karipap, baru aku teringat yang minggu ni sekolah cuti, alamatnya jadi sarapan pagi la karipap tu.
Canai doh , kemudian tekap ngan cawan supaya saiz sama besar , aku guna acuan karipap supaya dapat saiz yang sama.
Jumpa lagi..........InsyaAllah