Entah apa yang menganggu Firdaus , subuh tadi aku bangun dia pun ikut bangun , kehulu ke hilir diikutnya belakang aku. Tak senang aku nak buat keja. Aku duk atas katil lipat kain baju, dia ambik bantal baring kat sebelah aku, sambil tu tangan dia tarik-tarik kain baju yang aku tengah lipat. Aku tegurlah dia"Firdaus, kenapa kacau mak lipat kain ni, tak cian ngan mak ye ?" "mak janji tak keja hari ni," rungut Firdaus. Bila masa plak aku janji ngan dia tak keja, aku bagitau dia esok aku tak keja, seperti biasalah hari sabtu memang hari cuti aku.
Aku lemah sikit bila time nak pegi kerja Firdaus merungut-rungut tak bagi aku pegi keja, lebih lagi sebelum ni tak pernah dia buat perangai cam tu ,rasa pelik pun ada. Masa keluar menyidai kain , aku tengok dia dah tertidur, selang beberapa minit terkejut aku, dengar suara dia dari belakang "ooooo mak tipu ye, mak kata cuti." La aku ingat dia dah lupa hal tadi, tak sangka dia terbangun, ni mesti dia tidur-tidur ayam. Selesai je sidai kain, aku bawak dia beli sarapan kat makcik berdekatan ngan rumah. Aku belikan dia karipap, dia memang suka karipap, mana tau lepas dapat karipap hati dia sejuk. Karipap tu saja aku beli lebih, nanti tak habis boleh dia bawak ke sekolah. Pagi tadi sebelum aku keluar dari rumah , aku nengok wajah suram Firdaus dah bertukar ceria. haihhhh, lega sikit hati aku.
Habis bab Firdaus pagi tadi, masuk bab bakat, Firdaus ni dalam diam punya bakat melukis ngan menyanyi, kalau diasah mau timbul.. kui kui kui. Melukis okeylah, menyanyi aku kurang suka . Pada aku kat Malaysia ni susah sikit nak cari duit ngan menyanyi. Bukan tak de , ada penyanyi yang buat duit ngan menyanyi kat Malaysia ni, tapi boleh dikira ngan jari. Malas nak komen bab ni sensitip, takut ada yang terasa.
Berbalik kisah Firdaus, dah kerap sangat aku perhatikan, sejurus selepas dia siapkan homework atau habis mengulangkaji pelajaran, tanpa melengahkan masa dia terus melukis sesuatu yang terlintas difikirannya kat atas kertas kosong. Dia suka berimiginasi menerusi lukisan , setiap lukisan dia aku senang faham kecuali yang agak pelik, dia berusaha fahamkan aku. Dah jadi satu kemestian setiap kali siap satu lukisan dia tunjuk kat aku. Sebenarnya aku kagum ngan orang yang dikurniakan bakat melukis ni, cth terdekat suami aku, conteng conteng pun menjadi , cuba aku ,lukis kucing mesti jadi ayam., errrkkk malu je setiap kali Firdaus suruh aku melukis , masa tu mulalah suami melemparkan senyuman sinis kat aku.
Selain dari suka melukis , Firdaus jugak suka menyanyi ngan menari. Pantang dengar lagu kat tv ngan radio., mulalah dia ikut menyanyi, tak kira lagu ,lagu omputih pun dia layan. Aku suka dengar dia nyanyi lagu omputih sebutan dia keluar sebutir sebutir, jelas sangat . Paling best tengok dia menari bila dengar lagu rancak. Alhamdulillah , Firdaus ni senang nak ingat dan menghafal apa je, mungkin sebab dia suka makan ikan kot. ye ke pasal ikan, aku pun tak pasti.

Ada sesiapa yang kat sini dah dapat mengesan bakat anak ??????????