Hidup nafsu nafsi dizaman ni dah semakin berleluasa, dah jadi budaya manusia. Sapa yang tak pernah sekali pun dalam hidup ikut nafsu nafsi sila angkat tangan.........aku tabik spring toing toin toing
Petang semalam, masa aku berada dalam kereta kawan di sebatang jalan berhadapan ngan sebuah bangunan bank, tiba-tiba je muncul dua buah kereta dari arah kanan, kawan aku ni terpaksa memperlahankan kereta secara tiba-tiba dan mengejut. Nyaris tak berlaku sondol menyondol, gara-gara dua orang pemandu kereta yang terlalu mengikut nafsu nafsi..., nak kejar apa ntah, aku pun kurang pasti ? sila buang jauh-jauh perangai tak semenggah cam ni.buruk
Sampai je rumah , kami anak beranak terus melantak satay ngan nasi himpit cam tak orang tak pernah makan satay. Masa tu aku boleh makan satay ngan aman sekali , tak payah nak kelam kabut masak, sebab aku ada bawak lauk pauk ngan nasi lebihan dari seminar kat opis, nanti kalau Firdaus tak kenyang makan satay, boleh makan nasi ngan lauk tu. Bila satay dah selamat masuk perut , baru aku ngan suami duk pikir dan kira guna kaki , tangan dan kakilator rega secucuk satay, jahat aku sampaikan nak selongkar tong sampah cari lidi pencucuk satay tadi nak kira semula #mengalahkantikus.
Makan sudah, bayar belum, opsss bukan makan udah, baru nak ambik tau rega secucuk satay. OMK ......... reganya setelah dikira guna kaki tangan, 77 sen secucuk, korang kiralah semula RM10 - 13 cucuk, subjek mathematik ni aku fail sikit. tanjat memon, ni bermakna aku dah lama tak beli satay, tak pun aku tak tau yang sebenarnya satay dah naik rega 77sen secucuk, gara -gara membeli ikut nafsu nafsi cam tulah jadinya.hua hua hua #dasartaikhidungmasin
Akhir sekali , aku nak selitkan secebis peringatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan kat luar sana
Lebih baik kita menilai seribu kali diri sendiri sebelum kita menilai diri orang lain walaupun sekali.