Malam tadi aku rasa susah nak lelapkan mata, jam dah menunjukkan 1.30 pagi tapi aku masih belum dapat melelapkan mata. Masa tu Firdaus baring kat kerusi panjang tengah terkebil -kebil nak lelapkan mata. Aku dah biasa tidur atas toto bentang atas lantai, setiap malam okey je aku tidur tapi malam tadi serba tak kena dibuatnya ,sesekejap bergolek ke kiri , sekejap ke kanan , last last aku ajak Firdaus tidur dalam bilik. Suami aku dah tidur dulu, orang lelaki letak kepala atas bantal je terus tidur, mana nak ingat apa-apa sebab tu orang lelaki awet muda.kah kah kah
Cuaca agak panas dalam 3-4 hari kebelakangan ni memang menyusahkan aku nak tidur, tapi itu bukan punca sebenarnya aku susah nak tidur, korang nak tahu punca sebenarnya, alah mesti korang akan gelakkan aku kalau aku bagitau , korang gelak siaplah #silatakut. Citenya begini, petang semalam masa aku duk kat depan komputer, tiba-tiba je muncul sekor lipan dari belakang komputer #tanjat memon, sepantas lipas kudung aku melibas lipan tu mengunakan bulu ayam berbulu kuning, tapi sayang seribu kali sayang libasan aku tak mengena tepat pada sasaran, dengan pantasnya lipan itu menghilangkan diri hingga tak dapat dikesan sehingga entri ni ditulis.Insiden pergelutan antara aku ngan lipan tu mengambil masa tidak sampai seminit. Detektif conan , adakah awak nampak kesan -kesan pergelutan disitu. Nak nampak apa bendanya , bayang kaki lipan pun tak de kat situ, ini bermakna lipan tu masih bernyawa ada kemungkinan besar lipan tu berada kat kawasan komputer je, oh tidakkkkkkkkkkkk makkkkkkkk aku trauma ngan lipan.
Kenapa aku trauma ngan lipan, panjang citenya tapi aku pendekkan ye. Citenya bermula begini pada tahun 1940an #pentipusangat 1992, masa tu aku keja kat United Plantatation Ulu Basir, duk kat rumah teres yang pihak estet sediakan. Rumah teresnya cantik banget, permandangannya hijau lagi permai, buat pengetahuan korang UP Ulu basir ni pernah masuk dalam Majalah 3 tahun pada tahun 1992 masa tu pengacaranya Azura abdul karim #gedekkannakbagitau. Duk kawasan estet kelapa sawit ni sejuk baget, bila cuaca sejuk banyaklah serangga yang suka melawat rumah contohnya ulat gonggok dan lipan.
Kenapa aku trauma ngan lipan, panjang citenya tapi aku pendekkan ye. Citenya bermula begini pada tahun 1940an #pentipusangat 1992, masa tu aku keja kat United Plantatation Ulu Basir, duk kat rumah teres yang pihak estet sediakan. Rumah teresnya cantik banget, permandangannya hijau lagi permai, buat pengetahuan korang UP Ulu basir ni pernah masuk dalam Majalah 3 tahun pada tahun 1992 masa tu pengacaranya Azura abdul karim #gedekkannakbagitau. Duk kawasan estet kelapa sawit ni sejuk baget, bila cuaca sejuk banyaklah serangga yang suka melawat rumah contohnya ulat gonggok dan lipan.
lipan yang aku nampak semalam tu panjangnya lebih kurang 6 cm, tak delah panjang cam lipan bara ni #propajekan
Berbalik cite asal, peristiwanya berlaku masa aku mengandungkan gula-gula hack, malam tu semua tidur kat ruang tamu bentang tilam besar.Tengah malam aku terasa cam ada benda berbulu merayap-rayap kat belakang aku #otakjangankuningye. ohhh tidakkkkk aku terasa cam disengat serangga, terasa bisanya merayap -rayap mula dari belakang bawak ketangan , dengan bingkas aku bangun melihat -lihat apa yang telah berlaku , rupa-rupanya aku telah disengat oleh lipan yang panjang lagi besar, almaklum kawasan rumah aku dulunya bekas hutan dah semestinya lipan kat sini jenis lipan hutan.
Dipendekkan cite, bisa tau kena gigit lipan , merayap-rayap bisanya, kalau orang tak tahan sakit boleh pengsan kat situ gak. The moral of the story , haiwan atau serangga yang ada kat muka bumi ni akan menyerang manusia bila rasa terancam atau diganggu je. Lipan tu menyengat sebab terkejut sangat kena himpit ngan badan aku, (buat pengetahuan umum berat aku masa tu baru 55kg) #sekarangcam gajah kwang kwang kwang. Betapa indahnya tinggal kat estet ni,hanya tuhan saje yang tau, hampir setiap hari aku dapat berkenalan ngan pelbagai jenis haiwan dan serangga, terutama ular senduk ngan ular sawa, sayang dorang ketat-ketat. Paling aku tak boleh lupa bila aku hampir disondol bafabifi hutan, gara -gara aku bizi body nak mengintai bafabifi tu , sapa suruh.
Okeylah jom kita buat rombongan pegi zoo , seumur hidup aku belum pernah pegi zoo negara kat KL tu. alamak terpecah rahsia plak : (