Monday, March 5, 2012

salon kecantikan , SPA, bukan rumah urut

Maafkan tajuk aku yang cam tak ingat doniya tu, biasalah up traffic tu kan  amalan mulia.kui kui kui. Oleh kerana semalam besday suami. aku ajak Firdaus temankan aku pegi pasaraya, beli kek besday tuk dia. Kononnya masa suami balik mancing , aku keluarkan kek tu surprisekan  suami kononnya , cam dalam drama tu. Cis , entah apa yang dah merasuk dalam kepala hotak aku ni, aku sendiri kurang pasti, kek aku tak beli, boleh plak aku pegi  buat facial kat salon (persisiran pantai) kawan aku kat dalam pasaraya tu. Suatu waktu dulu aku memanglah suka ngan aktiviti mengunjungi salon kecantikan ngan SPA, bukan rumah urut ye , tapi sekarang aktiviti tu dah berkurangan. Aku boleh katakan hampir 70%  orang  yang  pegi ke tempat-tempat tu semua nak cantik dan merehatkan diri selepas seharian penat bekerja , tapi aku tidak , aku ke sana sekadar nak meluruskan pinggan ngan menidurkan diri.boleh gitu. Hambekk ko ,  time dorang menyental muka aku garenti dorang dapat dengar dengkuran aku yang cam gajah tu.kui kui kui . Kalau pegi salon kecantikan, aku paling tak tahan bab  picit jerawat guna besi tajam, masa tu gak macam aku nak sepak je orang yang buat tu laju laju, meleleh air mata aku dibuatnya.



Budak busyuk masam mana boleh tinggalkan dia, mana je aku pegi mesti bawak dia.


Aku kan dah cakap ni salon persisiran pantai. Korang rasa ada ke orang buat facial pakai cermin mata oren? .kui kui kui. mak nak meletop mengalahkan diva cermin mata oren harus pakai.kah kah kah


Korang tahu apa yang aku beli,  aku boleh beli ayam sekor , keputusannya kek besday tak de ,   aku masakkan je suami nasi ayam hainan.. Sebenarnya aku tak pandai nak beli kek besday ni, seumur hidup aku memang  tak pernah beli kek besday pun,  selalunya yuyi yang beli tuk aku ngan Firdaus. Aku anggap je suami aku tak suka makan kek yang beli kat luar, dia suka makan kek yang aku buat je.. itulah namanya statement nak sedapkan hati sendiri.kui kui kui 

cite besdaylah sangat tu kemudian menyusul ye.......


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina