Wednesday, March 28, 2012

Orang Malaysia pandai buat kejutan-bikin memon gelak sampai pecah perut


Baru je memon loya tekak makan simerah, ada plak manusia yang menambah keloyaan tekak memon plus bagi memon gelak sampai pecah perut  terus terburai . Jangan nak cakap memon busuk hati dengki ngan filem ombak rindu plak, memon cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati je. Memon bukan apa , memang bangga sangat orang Malaysia dah pandai buat kejutan, kejutan yang memon sendiri tak jangka. Semalaman memon tak dapat melelapkan mata, duk fikir , apa kriteria yang melayakkan filem ombak rindu diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad 2012. *#pentipusangat. Ada sumber yang tak boleh dipercayai , bisik-bisik kat telinga memon, katanya filem Ombak Rindu tu dapat kutipan box office berjuta-juta ringgit , itulah sebabnya filem tu diabadikan dalam bentuk setem. Bajet dorang nak dapat hasil  jualan setem ombak rindu  berjuta -juta ringgit kot  opsss #terlasermemon. Setahu memonlah banyak lagi filem yang dapat kutipan box office kat Malaysia ni   misalnya filem sembilu, ganster, arghhhh kalau cam tu berlambaklah  setem filem kat Malaysia ni, opssss. Jangan lupa lepas ni sila abadikan resepi memon dalam setem edisi terhad 2013 . Memon tunggu. #memonkakipenjeles

Memon pun ada kejutan tuk kengkawan, cer tutup mata dulu, jangan tipu Allah SWT melihat apa yang anda buat ...........

Jeng jeng petang   semalam sebelum Firdaus balik sekolah  dalam masa tak sampai sejam memon dapat sediakan 3 jenis masakan


cer tengok cili api + belacan + mangga masak, cili api merah ni  tak boleh buh banyak, mau terbakar vontot.


sambal belacan mangga ,kulit limau  deodarant asli memon, 100%  tak de bahan kimia dan tak de kesan lekitan , amalkan makan kulit limau selalu garenti ketiak harum sepanjang zaman.


Jeng jeng jeng bahan tuk masak kari ayam simple



cer tengok dah jadi kari ayam simple

memon goreng kobis cina ngan fishball panjang


Pandai tak memon buat kejutan, yeah yeah  yeah tepuk tangan, la tadi memon lupa suruh kengkawan bukak mata pandang atas  letak tangan  kat dada. .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina