Showing posts with label ombak rindu. Show all posts
Showing posts with label ombak rindu. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Orang Malaysia pandai buat kejutan-bikin memon gelak sampai pecah perut


Baru je memon loya tekak makan simerah, ada plak manusia yang menambah keloyaan tekak memon plus bagi memon gelak sampai pecah perut  terus terburai . Jangan nak cakap memon busuk hati dengki ngan filem ombak rindu plak, memon cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati je. Memon bukan apa , memang bangga sangat orang Malaysia dah pandai buat kejutan, kejutan yang memon sendiri tak jangka. Semalaman memon tak dapat melelapkan mata, duk fikir , apa kriteria yang melayakkan filem ombak rindu diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad 2012. *#pentipusangat. Ada sumber yang tak boleh dipercayai , bisik-bisik kat telinga memon, katanya filem Ombak Rindu tu dapat kutipan box office berjuta-juta ringgit , itulah sebabnya filem tu diabadikan dalam bentuk setem. Bajet dorang nak dapat hasil  jualan setem ombak rindu  berjuta -juta ringgit kot  opsss #terlasermemon. Setahu memonlah banyak lagi filem yang dapat kutipan box office kat Malaysia ni   misalnya filem sembilu, ganster, arghhhh kalau cam tu berlambaklah  setem filem kat Malaysia ni, opssss. Jangan lupa lepas ni sila abadikan resepi memon dalam setem edisi terhad 2013 . Memon tunggu. #memonkakipenjeles

Memon pun ada kejutan tuk kengkawan, cer tutup mata dulu, jangan tipu Allah SWT melihat apa yang anda buat ...........

Jeng jeng petang   semalam sebelum Firdaus balik sekolah  dalam masa tak sampai sejam memon dapat sediakan 3 jenis masakan


cer tengok cili api + belacan + mangga masak, cili api merah ni  tak boleh buh banyak, mau terbakar vontot.


sambal belacan mangga ,kulit limau  deodarant asli memon, 100%  tak de bahan kimia dan tak de kesan lekitan , amalkan makan kulit limau selalu garenti ketiak harum sepanjang zaman.


Jeng jeng jeng bahan tuk masak kari ayam simple



cer tengok dah jadi kari ayam simple

memon goreng kobis cina ngan fishball panjang


Pandai tak memon buat kejutan, yeah yeah  yeah tepuk tangan, la tadi memon lupa suruh kengkawan bukak mata pandang atas  letak tangan  kat dada. .

Friday, February 10, 2012

izzah & hariz ombak rindu

nama dan raut wajahku tak sama ngan izzah , apatah lagi size badan "jauh panggang dari api" , cuma yang sama tang loya dan pening semasa datang bulan. Sabau je lah nak jugak sama ngan izzah ombak rindu walaupun tak de lah minat ngan maya karin. Entahlah, dari kacamata aku ,maya karin walaupun cam mana dia nak menjadikan diri dia lemah lembut, aku masih nampak kekerasan dia , jauh beza ngan elly mazlein, kelembutan dia memang terserlah.


izzah selalu loya ngan pening masa datang bulan. hari ni izzah tak masak, izzah belikan abang nasi beriani ngan ayam pandan je. (dialog selepas datang bulan tu aku sendiri tambah) teringin gak nak bercakap lemah lembut cam izzah, kang kalau aku bercakap ngan suami ikut gaya izzah , sah sah dia cop aku buang tebiat. bikin spoil mood aku je. Mana taknya kita orang ni kalau bercakap, satu kampung boleh dengar, tak pun sampai afghanistan.


Izzah mesti tak sekejam aku, ye!! memang aku kejam, sebelum buah mangga aku dirampok pekerja bangla , baik aku petik, muda pun mudalah. Izzah mesti tak anti bangla, Ye!!! memang aku anti bangla. kenapa aku anti bangla? cer teka cer teka... sebabnya masa aku keja estet pekerja bangla suka nak bagitau yang dia datang Malaysia sebab kena tipu ngan orang kita, paling tak boleh blah dia bagitau kat bangladesh dia kaya raya. Kata kaya , nak jugak curi buah mangga aku, orang lain curi aku NO HAL, jangan bangla nahi nahi nahi. Selagi dia tak tarik statement orang kita tipu dia, selagi tu aku tetap anti bangla dan pendatang asing yang lain -lain kat Malaysia ni.

Izzah opssss (asyik tersebut izzah je ) aku tak larat masak , aku beli nasi briani ayam pandan kat pasar malam. Beli dua bungkus , untuk suami ngan Firdaus je.



Sapa yang rindu Firdaus , silalah tatap wajahnya puas-puas. Nampak tak di situ ayat bajet Firdaus glamer. Habis sebungkus nasi briani tu, Alhamdullilah.



kawan-kawan, jangan cari izzah ye, izzah cuti sakit : (

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina