Tuesday, March 27, 2012

Andai masa boleh diputar semula, pasti aku tak akan jatuh cinta ngan simerah ni ...arghhhh malas nak fikir..

Arghhhh, memon pasrah, tidak redho sama sekali, redho tu ikhlas , pasrah tu menyerah kengkawan , andai masa boleh diputar semula  confirm semalam memon tak ke pasar malam. Memon bukan nak bikin kecoh, memon cuma nak luahkan apa yang terbuku kat hati , hanya kengkawan blogger je yang sudi dengar luahan hati memon selain dari family memon. Maaf ye , andai luahan hati memon ni buat tekak kengkawan rasa mual, loya menyampah .

Berbalik pada cite asal , masa pegi  pasar malam, suami memon tunggu kat motor je, memon ngan Firdaus je gi menjelajah pasar malam. Masuk je pasar malam, memon terus beli sayur ngan ikan bilis, jalan tak sampai 1/2 meter jumpa orang jual asam , memon beli sikit asam untuk suami, memon nak belikan Firdaus bisekut , dia tak nak plak. Semenjak Firdaus masuk sekolah ni dia kureng sikit makan. Selera makan Firdaus tak cam dulu, sejak sekolah dia kureng sikit makan. Mungkin dia nak diet kot, nak kurus cam kawan -kawan  dia kat sekolah .

Habis menjelajah bahagian sayur ngan asam, memon ngan Firdaus gi bahagian makanan plak. Sampai kat gerai jual isi ayam ngan kepak panggang, dari gerai tu  memon nampak suami memon mengunyah sesuatu, memon syak dia makan isi ayam panggang ,  memon guna bahasa isyarat tanya apa yang dia makan, dia tunjuk lidi pencucuk,  sah lah dia makan isi ayam panggang. SEUMUR HIDUP memon belum pernah lagi beli panggang panggang ni  kat pasar malam, banyak kali gak Firdaus merengek suruh memon beli setiap kali memon ke pasar malam, memang memon tak akan belikan sebab memon tak suka ngan makanan yang berkaler tiruan  ni. Entah kenapa semalam memom cam kena pukau ,  Firdaus mintak beli  terus memon belikan. Setahu  memon dolu dolu  dorang panggang kepak ngan tongkeng je, sekarang ni  dah berbagai-bagai dorang panggang.  Masa memon belikan Firdaus isi ayam panggang tu, dari jauh suami bagi tau  dalam bahasa isyarat  tak bagi memon beli, nak wat cam mana memon tak berapa nak faham bahasa isyarat dia.pasrah je lah

Siap  beli barang semua ,  memon pegi kat motor suami. Memon nampak kat belakang motor  bersepah-sepah kulit  ayam  kaler merah.. "Tak de sivik langsung,"  memon  kata dalam hati. "Sapa suruh beli isi ayam tu lagi , dah cukuplah yang saya beli tu,  nak muntah  kulit  lebih banyak dari isi," rungut suami memon. "ohhh awaklah buang kulit ayam tu, "  memon debik sebijik   belakang suami. "seumur hidup saya tak pernah lagi  beli sipangang tu , kenapa plak awak beli?"  memon  tanya tanda  konpius.  "saya nampak   3 orang budak pompuan  duk mengcangkung sambil makan  isi ayam panggang kat tepi longkang tu , dorang makan  cam sedap je, tu yang sayang beli."   Memon Istighfar panjang , memon plak belikan Firdaus isi ayam pangang tu sebab pertama Firdaus nak sangat makan, kedua nampak suami makan cam sedap je, dia makan  sampai bibir  dia berminyak .kah kah kah rupanya kitaorang  berdua  tertipu, loya tekak bila teringatkan isi ayam panggang tu. Sumpah memon *bukan sumpah dalam masjid* tak akan beli simerah tu lagi.


Jom layan simerah.........

Simerah bersama Firdaus, cian anak aku sorang ni, dia ingatkan sedap sangat rupanya hampehhhhh

7 batang isi ayam panggang konon *abaikan tangan Firdaus tu*
Hasil dari sebatang isi ayam panggang RM1.20 sebatang, korang tengok sendiri belah kanan isi ayam, manakala belah kiri kulit  ayam. kulit ayam dalam satay masih boleh dimakan sebab kulitnya pendek, kecik  je, tapi yang ni panjangnya berukuran lebih kurang 5 cm , ada berani makan, kalau dia potong kecik ampun lagi ,ni dilipat -lipatnya kulit ayam tu kemudian dicucuk pada lidi pencucuk.
kulit ayam hasil dari 7 batang isi ayam panggang



hanya dapat banyak ni je isi ayam yang terkumpul dari 7 batang isi ayam panggang, sikitkan ,kalau cam nilah punya berniaga garenti cepat kaya.

Nasib baik Firdaus ada beli jagung, kalau idak dia mesti kuciwa.*tangan letak kat dada , mata pandang kat atas*

Memon beli 3 keping murtabak ayam, murtabak pakcik ni terbaek, murah dan sedap.


Sekiranya kengkawan pernah beli simerah ni tolong laporkan pada memon pengalaman kengkawan . arghhhh..............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina