Thursday, March 1, 2012

kisah hujung minggu bersama anak-anak-masak, makan, shopping

Hari tu suami bawak balik sepelastik tegak belimbing buluh, katanya kawan dia kasi. Jenuh nak perabiskan, setiap kali masak lauk yang memerlukan asam jawa, aku gantikan ngan belimbing buluh supaya belimbing buluh tu cepat habis. Nak buang  cam tu je sayang, bukan senang nak dapat belimbing buluh sekarang ni.

Belimbing buluh

Sapa yang kenal ikan ni angkat tangan?malas nak tunggu korang teka, aku bagi tau jelah ye cepat sikit. Ini ikan mayong, ikan ni banyak tulang. Selalunya ikan yang banyak tulang rasa isinya lebih manis berbanding  ikan yang kurang tulang , sapa setuju angkat tangan!!!!!!!!!!!

Ikan goreng ni simple je , sebelum goreng aku gaulkan ngan garam , kunyit dan serbuk lada hitam.


Yuyi ngan sambal belacan memang tak boleh dipisahkan, bagi je sambal belacan apa jenis pun laju je dia. Sekiranya berkenan ngan sambal belacan belimbing buluh tu silalah ambik resepinya di SINI


Anak-anak aku ni suka makan nasi ngan kuah asam tumis/pedas ikan tapi yang tak terlalu pedas. Masa dia datang tu aku masak kuah asam tumis ikan GT/gerepoh ngan terung panjang, nak resepi ambik kat SINI , lebih kuranglah resepinya tu, kalau tak suka buh lengkuas, jangan buh ye.

Nampak tak ekor ikan tu, yuyi dah rembat dulu sebelum aku rembat.Aku ngan dia suka ekor ikan, redho je lah : )

Kelakarlah tengok atas kepala yuyi, dah macam ekor ikan pun ada. aku gelak-gelak sambil perli dia "tak de besar lagi atas kepala ko tu".

Budak ni masa kecilk tak moh naik troly , dah besar ni kemain lagi dia ,pantang nampak troly nak naik je.


Lepas mengenyangkan  perut kat rumah , masing-masing nak ikut aku shopping  kat Giant Port Klang . Aku shopping barang dapur  je, biasalah hujung bulan banyak barang rumah yang kehabisan.

Coklat ni feveret suami , wajib beli   ni  kudapan kesukaan dia selain asam jeruk.

ni plak feveret aku, kalau gi pasaraya mesti beli. Ada aku kesah reganya mahal, yang penting hati puas lepas makan  kacang tu.



Taucu benda wajib beli,saja stand by kat rumah, kadang-kadang ada gak masakan yang aku suka guna taucu, taucu ni boleh menaikkan selera makan .Dah lama sebenarnya aku tak masak taucu, kat rumah aku ni dorang kureng ngan taucu.




Cukup sampai sini jelah cite kicah hujung minggu ku bersama anak-anak. Pening kepala pikir masalah opis sekarang ni, tauke aku ni tak angkat barang lagi, barang aku semua dah angkat  cuma  tinggal lagi sikit je . Dia masih kat bawah , tak kan aku nak duk tercongok kat atas sorang-sorang . Nak buat apa pun tak boleh sekarang ni. Aku dah kata beli almari baru dia tak nak, dia nak jugak ambik almari aku yang nyaris aku nak loyongkan tu.

Pening kepalalah berurusan ngan orang yang berfikiran tradisional cam tauke aku ni. Entah apa cite tadi, dia  tak moh plak ambik almari aku tu, dia nak order almari baru, tapi masih nak mengekalkan rekabentuk cam almari aku tu. Kalau tak silap aku,  almari tu dari tahun 70an , memanglah cantik ,tapi sapa nak angkat ke tingkat 2, almari tu almari kayu dah tentu berat. Kalau nak ikut sebijik cam almari lama aku tu, kenalah  suruh  carpenter yang buat  . pui !! buat pening kepala aku je.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina