Salam kengkawan
Tengah buat apa tu, memon tengah kira duit hasil pendapatan jual cookies #pentipusangat. Memon ni bab masak memasak memang rajin banget, cuba bab mengemas rumah cam haremmm, nasib baiklah suami memon dah masak ngan perangai memon yg pemalas banget, kalau lelaki lain dah lama memon kena humban jauh jauh. Walaupun memon malas nak kemas rumah, suami memon terima memon seadanya , dia kata dia sayang memon sampai mati. Nampak sangatlah pentipu, entah entah tanah kubur memon masih merah , dia kahwin lain. mamposs memon kalau dia terbaca statement memon ni.
gurau gurau gak, masa keja memon serius , memon tak suka orang orang yang malas keja , tahu nak tadah tangan je ,tak moh usaha cari duit sendiri sedangkan Allah SWT dah kurniakan kudrat tulang empat kerat. Memon frust gila ngan orang -orang cam tu. Dolu-dolu memon susah, pernah tu sampai makan nasi ngan garam , tapi memon tak patah semangat , terus berusaha sampai jaya selagi hayat dikandung badan. #yeyeoje
Memon puji banget sikap prihatin rakyat Malaysia terhadap orang orang susah,pendapat memonlah, daripada bagi orang-orang susah tu makan atau barang dapur, apa kata kita cadangkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan atau perniagaan untuk dorang . Dari situ nanti dapatlah kita mengukur sejauh mana kemampuan dorang nak memajukan diri sendiri..*memon lega jika tercalon pada pilihanraya akan datang*
Hari ni memon baik hati , memon nak kongsi idea ngan orang orang yang nak tambahkan pendapatan.
bajet memon ciput, memon guna badam hancur yang disangrai guna oven.
memon pemalas, memon cilok resepi dari blog tauke kek dari negeri johor darul takzim.Jangan marah adik kawasan
200gm marjerin
50gm butter (aku guna 250gm buttercup)
70gm gula kastor
90gm gula perang
3 biji kuning telur (aku guna gred B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coffee oil (aku guna coffee emulco)
120gm coklat cip
100gm hazelnut/gajus/walnut - dipanggang dahulu (aku guna gajus dengan walnut)
*350gm tepung gandum
*15gm serbuk koko (aku guna 20gm serbuk koko van houten)
*1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
(bahan * diayak bersama)
CARA-CARA :
1. panaskan oven 160 darjah celcius
2. griskan loyang pembakar guna butter/marjerin (tak buat pun...ehehe)
3. pukul butter + gula kastor + gula perang sehingga sebati
4. masukkan kuning telur satu persatu.pukul lagi sehingga sebati
5. masukkan esen vanilla, coffee emulco dan garam.pukul lagi.kemudian masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.gaul dengan hujung jari hingga menjadi doh
6. masukkan coklat cip dan kacang-kacang tadi yang telah dibakar terlebih dahulu.gaul sebati
7. sudukan sedikit adunan ke atas loyang pembakar.tekan sikit dengan garfu.(adunan bila dibakar tidak akan mengembang.sebab tu kena leperkan skit guna garfu)
8. bakar dalam oven 15-20 minit
9. tunggu sejuk sebelum masuk ke dalam bekas (satu adunan menghasilkan 100+ biji biskut)
show off chocolate chip cookies memon yang sedap dan cantik molek banget.................
Chocolate chip cookies yang masih panas , sejukkan atas redai dulu kemudian baru buh dalam botol.
Fresh from farm, chocolate chip cookies yang baru habis dijual minggu lepas
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, tak de yang mustahil dalam dunia ni , tepuk dada tanya selera. Pilihan ditangan sendiri samada nak terus jadi gelandangan atau nak tunggu tersenarai dalam bersamamu.kui kui kui
Nasihat memon pada blogger kat luar sana jangan cuba -cuba nak order chocolate chip cookies ni , memon tak jual ye. Tujuan memon show off cookies semata-mata nak berkongsi idea ngan orang kat luar sana yang nak menambahkan pendapatan . Niat memon baik tau .