Sunday, March 25, 2012

copenhagen on my mind-from copenhagen to Port Klang

Salam kengkawan

first sekali memon nak tanya, betul ke ejaan ayat omputih memon tu. Buah cempedak diluar pagar, ambik galah tolong jolokkan, memon budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. kui kui kui. Hai kengkawan tengah wat apa tu, memon tengah goyang kaki , baru balik dari copenhagen. Mesti korang jeleskan, dalam hati  mesti duk tertanya-tanya , dari mana  memon dapat duit  sampaikan  boleh makan angin ke  copenhagen. Jangan tanjat ,memon makan angin ke sana ngan duit   hasil jualan cookies . Pada sesiapa saja kat luar sana yang ada meyimpan cita-cita nak ke copenhagen , from now on you all kenalah mengigihkan diri membaking beribu-ribu  cookies  , kemudian you all jual kat pasaraya berdekatan. errkkkk omputih konon, maaf ye kengkawan sejak balik dari copenhagen tempoh hari , memon berangan jadi mat salleh celup #pentipusangat#



papan tanda tu dah rongak sejak sekian lama hingga kini tak dibaiki , oleh kerana itulah memon tolong  menggantikan ngan papan tanda yang baru, nasib lah kan


Hobi budak-budak Copenhagen di masa lapang , selain dari bersidai di stesen komuter copenhagen, .mereka juga suka banget bermain-main di landasan komuter. #memonbajetwartawantakbergaji kwang kwang kwang


Pelabuhan Copenhagen-macam aku kenal je tempat ni, tapi dimana ye ? opssss


Jangan ingat di copenhagen tak de KFC , untuk Firdaus ,harus order dinner plate(3 ketui ayam) baru dia kenyang.

Petua untuk mengelakkan anak -anak kecil tercekik tulang ayam atau tulang ikan ; pisahkan isi ayam atau ikan dari tulang kemudian siat-siatkan isinya.


memon diet, makan colonel burger je #burgetbajet , apa yang memon pelik, bertahun memon diet tapi masih tak kurus-kurus.
Lepas makan KFC , aku bawak Firdaus gi pasaraya yang tak berapa nak besar di copenhagen, alah apa ke nama pasaraya tu, jap jap aku nak ingatkan nama pasaraya tu , garu kepala jap errrkkk baru aku ingat pasaraya Giant.





Recycle bag ni mengingatkan aku pada guni beras : )

you all rasa kat copenhagen ada jual dark chocolate jenama Van Houten ngan Dove tak? Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku semakin mengilai Dark Chocolate *bukan mengindam hanya mengilai*



Kelakarlah simemon ni, Pahang,Kelantan, Trengganu, kelantan, kedah, sabah dan sarawak pun tak pernah sampai lagi, ada hati nak gi copenhagen #hantukkepalakatdinding



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina