Petang semalam balik keja , kami bertiga makan kat kedai Abu Tomyam. Korang tak payahlah tanyalah lebih-lebih mengenai Abu tomyam ni kalau aku bagi tau ngan terperinci pun bukan korang kenal . Cukuplah aku bagitau yang abu tomyam suka bukak kedai ikut sesuka hati dia, sekejap bukak kejap tutup, kira bertuah sangatlah masa kita pegi tu,kedai dia bukak .kui kui kui
Bersebelahan kedai Abu tomyam tu kedai kek, sama cam yang kenny remy martin bagi tau dalam lagu dia "sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita", cam tau tau je aku nak beli kek besday suami aku, tapi kan ada tetapi lagi , dia terlebih dahulu nampak asam yang bergantungan dari dalam kedai kek, habis nak wat cam mano, good byelah ngan kek besday, asam pun asamlah janji dia happy.

Aku hadiahkan suami aku asam-asam ni semua, dah itu permintaan dia, sebagai isteri harus aku tunaikan permintaan suami, kata nak jadi isteri mithali. kui kui kui . Korang kalau kenal mana-mana bomoh(bomoh semalaya)yang boleh buat suami aku lupakan asam, sila bagi tau aku ye- top urgent
: )
Nampak tak kek angry bird biru tu, cam sedap je kan .Abaikan mulut Firdaus yang penuh ngan biskut cokelat tu.Harapan ku kecundang nak merasa kek angry bird kaler biru tu , entah kenapa ngan tekak ni, selepas nampak kek angry bird yana tempoh hari , aku teruja sangat nak merasa kek angry bird.
Lauk-pauk kat kedai abu tomyam ni memang terbaek, tapi sayang seribu kali sayang bukan senang nak dapat makan kat kedai dia ni, habis tu cam mano, dah kedainya semedang tutup.
Menu malam tadi, dari gambar di atas dapatlah kita buat kesimpulan yang masakan di kebanyakan kedai-kedai orang melayu, aksesorinya nampak lebih meriah dari lauk pauk, jangan panik ye sekiranya anda banyak tertelan bawang besar, cili besar dan barang hiasan-hiasan yang lain.kui kui kui