Showing posts with label baby kailan goreng ikan masin. Show all posts
Showing posts with label baby kailan goreng ikan masin. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

Top 10 bomoh semelaya : top 10 kek angry bird

Petang semalam balik keja , kami bertiga makan kat kedai Abu Tomyam. Korang tak payahlah tanyalah lebih-lebih mengenai Abu tomyam ni kalau aku bagi tau ngan terperinci pun bukan korang kenal . Cukuplah aku bagitau yang abu tomyam suka bukak kedai ikut sesuka hati dia, sekejap bukak kejap tutup, kira bertuah sangatlah masa kita pegi tu,kedai dia bukak  .kui kui kui

Bersebelahan kedai Abu tomyam tu kedai kek, sama cam yang kenny remy martin bagi tau dalam lagu dia "sesuatu yang tak disangka sering kali mendatangi kita", cam tau tau je aku nak beli kek besday suami aku,
tapi kan ada tetapi lagi , dia terlebih dahulu nampak asam yang bergantungan  dari dalam kedai kek, habis nak wat cam mano, good byelah ngan kek besday, asam pun asamlah janji dia happy.


Aku hadiahkan suami aku asam-asam ni semua, dah itu permintaan dia, sebagai isteri harus aku tunaikan permintaan suami, kata nak jadi isteri mithali. kui kui kui . Korang kalau kenal mana-mana bomoh(bomoh semalaya)yang boleh buat suami aku lupakan asam, sila bagi tau aku ye- top urgent
: )


Nampak tak kek angry bird biru tu, cam sedap je kan .Abaikan mulut Firdaus yang penuh ngan biskut cokelat tu.Harapan ku kecundang nak merasa kek angry bird kaler biru tu , entah kenapa ngan tekak ni, selepas nampak kek angry bird yana tempoh hari , aku teruja sangat nak merasa kek angry bird.

Lauk-pauk kat kedai abu tomyam ni memang terbaek, tapi sayang seribu kali sayang bukan senang nak dapat makan kat kedai  dia ni, habis tu cam mano, dah kedainya semedang tutup. 



Menu malam tadi, dari gambar di atas dapatlah kita buat kesimpulan yang masakan di kebanyakan kedai-kedai orang melayu, aksesorinya nampak lebih meriah dari lauk pauk, jangan panik ye sekiranya anda banyak tertelan bawang besar, cili besar dan barang hiasan-hiasan yang lain.kui kui kui

Friday, December 2, 2011

Herba dan rempah ratus , hrmmmmm sedapnya

Salam hari Jumaat...........

Herba dan rempah , dua benda ni dari dulu buat aku teruja. Mana satu herba, mana satu rempah?

Herba biasanya datang daripada daun, manakala rempah ratus datang daripada bijian, buah , kulit kayu atau akar.Kadang herba ngan rempah boleh datang daripada pokok yang sama.contohnya daun ketumbar segar adalah herba yang digunakan dalam masakan tomyam, manakala serbuk ketumbar daripada bijinya pulak antara bahan utama dalam rempah kari.

Suami yang sedang mengopek durian itu tak de kena mengena dengan herba dan rempah ye: ). Cop aku pilih durian yang ada ulat,, memang durian kampung sebenar tak de bahan kimia, fresh from farm, isinya manis dan pahit, memang kena dengan citarasa aku.

Aku bersyukur pada Allah SWT atas rezeki yang dikurniakan , syukur sangat sebab ada orang yang sudi nak kasi aku 3 beranak merasa durian tu, biarpun hanya 3 biji, , aku dapat rasa macam makan durian seguni, betapa besarnya kurnian Allah SWT.


Abaikan seluar suami yang terkoyak kat lutut style rock kapak memang sebegitu : )


Budak yang teruja dapat makan durian.


MENU MALAM TADI-kailan goreng ; sambal tempoyak gedik :) ngan kari ayam simple je.

Aku guna 2 paket suria spices rempah kari ayam bersama rempah campur , bunga lawang serta hirisan bawang putih, merah dengan halia untuk masak kari ayam separuh bahagian.



Aku baru pertama kali , petang semalam mencuba jenama rempah suria spices untuk masak kari ayam simple. Aku jamin 80 % sekiranya bahan tumisan untuk masak kari ayam itu ditumis sehingga naik bau , manakala rempah tu ditumis hingga pecah minayk, InsyaAllah kari ayam itu akan  menjadi sedap.

Pertama kali juga aku mencuba sos tiram Mahsuri, sebelum ni aku hanya guna sos tiram life.




Teknik dan cara masak kari dah sering sangat aku tepek kat sini, sekiranya nak semak semula sila selak label belah kanan ye.



kari ayam simple , yang penting cukup rasa. Kalau boleh jangan bubuh bahan perasa bila masak ayam.



Nak dapatkan sayur kailan yang sedap, hirisan bawang putih hendaklah ditumis hingga naik bau serta bertukar kecoklatan.betul ke ayat tu, cam serabai je:(



Cilok durian suami 2 ulas, aku gaul isi durian dengan cili masak 2 biji  + cili api 2 biji dikisar kemudian buh sedikit garam.


Biasalah , Firdaus dengan kailan atau bak choy goreng tak boleh dipisahkan.




Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang : )jangan nakal-nakal.





Thursday, October 6, 2011

Mentari merah diufuk timur, tak de kena mengena ngan kailan ikan masin

Salam hari khamis.....................


Ada yang tertinggal
setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
setelah kering air dikali

Alam telah menyakinkan
kau mesti pergi
kau mesti
Alam telah menyakinkan
kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan illahi
Ada yang tertinggal
setelah musnah semua mimpi

kekal selamanya
cintaku ngan cahayamu
kekal selamanya
tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
tenggalam dalam tangisan
engkau telah pergi
tapi masih ada
yang kau tinggalkan dalam kalbu
yang tinggal...............


korang tahu kenapa aku letak lirik mentari merah diufuk timur kat sini?

cer teka cer teka, alahhhh malaslah tunggu korang teka..sebabnya aku saja-saja suka nak imbau kenangan silam bersama geng kutu berahak , eye nee jom turun .

Di ketika itu sekitar 1987 aku ngan 3 orang kawan pakat keluar dari hostel gi tidur umah aku.Habis tu umah aku je dekat ngan komplek sukan pandamaran .Tak de lah dekat sangat , kalau nak jalan pun dekat 2 batulah. Malam tu semua pakat gi komplek jalan kaki sebab ada expo ,masa dulu ada expo bermakna bila malam ada konsert, malam tu dorang panggil kumpulan ella and the boys, search, ngan BPR yang lain tu aku dah lupalah.

masa tu dressing tak henggat,3 orang tu pakai pakaian rock kapak habis. yeah yeah yeah.Aku tetap maintain walapun kepala rock pakaian ikut do do cheng, berblaus, berskirt labuh kembang, rambut berpotongan bulat style cina , ramos kat depan letak spry.Masa tu aku duk kat tepi pentas, kenangan, wa cakap lu, amy search lalu depan gua pakai seluar ketat gila belang putih hitam, ngan baju putih. Rambut cam biasalah kerinting panjang mengerbang tu.

Ella plak kalau nyanyi tak sah kalau tak goyangkan rambut ngan kepala, masa tu kening tebal dan hitam, belum pantis lagi masa tu. kelakaulah.Dua orang tu ella ngan kumpulan search , kalau diingat balik sampai sekarang aku boleh ketawa guling-guling.Tak nak cite lebih-lebih , nanti kailan ikan masin ntah kemana, cerita konsert ntah kemana.


Jomlah layanan menu malam tadi, kalau cerita kisah silam sampai esok pun tak habis.

Masakan pertama ; Baby tak baby kailan goreng ikan masin



Bersehkan , kepakkan , basuh selai selai, kemudia tuskan.



8 ulas bawang putih hiris nipis
3 ketul jeruk tenggiri, buang tulang potong kecik-kecik.



Tumis hirisan bawang putih sampai naik bau dan kekuningan, kemudian masukkan ikan masin tadi, kecik kan api biarkan ikan masin sedikit garing.Last sekali masukkan kailan tadi, jangan buh garam lagi, buh sehujung jari pak aji naik kereta .Sebelum angkat jangan lupa buh sikit air



Jeng jeng kailan ikan masin .sedapppp

Masakan kedua ; ikan kembung samaal versi tak berapa pedas sebab budak makan.



6 ekor ikan kembung bersehkan , garam kunyit kemudia digoreng. Sebut pasal kunyit saja gatal nak bagitau masak kuah atau gorneg ikan guna kunyit hidup sedap .




Bahan-bahannya banyak ni je. Bawang besar tu dihiris, yang lain tu dikisar.



Aku gantikan asam jawa ngan sos cili

Cam biasa tumis cili kisar sampai pecah minyak , kemudian buh sos cili. Kalau kering buh sedikit air.Buh garam , sehujung jari pak aji naik kereta, ngan sesudu besar gula.Last sekali buh hirisan bawang besar, kacan sekejap, kemudian angkat dan curahkan atas ikan gorneg tadi.




Jeng jeng jeng Sambal berlada ikan kembung

Model seumur hidup..................




alo alo busyuk masam ni tengok muka dia tetiba windu plak.....



Mulut tak de insuran ; kenapalah lagu-lagu, drama ngan filem melayu sekarang susah sangat nak cocok ngan jiwa.

Tuesday, August 16, 2011

peristiwa disubuh hari -bukan siri bercakap ngan jin.

Salam ramadhan ..................

Subuh hari tu, masa aku tengah sibuk masak kat dapur , nampak firdaus bukak tudung saji , tutup balik, lepas tu buat muncung sedepa. Masa tu dalam tudung saji memang tak de makanan. Dia datang ngendeng kat aku plak. Aku tanya "kenapa ngan ko"? Dengan muka sedih yang amat "laparlah mak".

Geram padan ngan muka dia , tidur lambat semenjak dua menjak ni, 1 pagi baru nak tidur , bangun cepat, lepas tu petang tertidur depan tv sampai kat subuh.Mana tak lapar? Saja je aku buat dia geram, kalau nak cepat makan tolong siang sayur. Amboi laju dia pisahkan kailan dari batang.



Muka cian sambil siang kailan.



cuci kailan dan tuskan.



ikan masin jeruk tenggiri potong isi.



3 ulas bawang putih dihiris.



Tumis bahan hirisan ngan ikan masin sampai naik bau dan kekuningan. Kemudian buh sayur , kacau sebentar hingga batang kailan lembut. Jangan buh garam, kalau suka buh sikit air.



jeng jeng kailan goreng ikan masin lagi.



Cam syok plak nengok ikan selar goreng ni. Budak montel tuk ulang dua tiga kali nengok aku goreng ikan. almaklumlah dah kelaparan.



Resepi ikan kicap melayu boleh ambik kat sini ngan sini. Kalau cina punya style ikan goreng kicap lain sikit, dorang guna kicap pekat , hirisan bawang putih ngan sedikit cili api.



Lega Firdaus dapat makan lepas jenuh menunggu.


Sekarang kalau ada makanan yang dah basi aku kena keluarkan dari tudung saji cepat-cepat takut firdaus rembat. Budak-budak mana dia tahukan. Sekarang ni dia suka tengok cite sampai tengah malam, kalau perut lapau ada je makanan dia ambik dalam tudung saji .Hari tu aku tekejut , kat atas meja ada 2 ketul ikan dah tinggal tulang. Sapa lagi kalau bukan keja firdaus.


Jangan marah ye dah masuk tengahari ni aku tepek gambar makanan lagi, bagus tau boleh kita belajar bersabar lebih sikit.kah kha kah



Monday, August 15, 2011

Jatuh cinta pandang pertama

Salam ramadhan

Selamat berpuasa, selamat beramal............

Banyak sangat halangan bila nak update blog hari ni, subuh tadi ngantuk dan malas plak, pukul 8 sampai opis komputer tak boleh bukak ada problem, last -last bila boss dah datang okey plak. Boss datang kena cepat sapu sampah , habis cam mana........

Tak de maknanya jatuh cinta pandang pertama, dah tua dah.........biasalah tajuk kalau tak gempak sana sini memang tak sah.

Jatuh cinta pandang pertama ni bukan pada perempuan atau lelaki, tapi pada sotong. boleh gitu?Firdaus ni tak pernah makan sotong , kalau makan kat luar sotong mesti dia ketepikan. Aku ingat dia memang tak gemar.Petang semalam tetiba je aku layan nak beli sotong plak, memang rumah aku ni jarang masak sotong ngan udang, asyik ikan je.

Jangan jadi sotong udah..........

Jom layan sotong ngan Firdaus


Biasalah baby kailan goreng ikan masin. Aku rasa dalam minggu ni terus goreng baby kailan, tak jemu ke? Asal dorang suka aku goreng je, sebulan pun tak pe.



Sebelum adat istiadat menyiang tu , kalau boleh basuh dulu sayur tu sehelai demi sehelai.



Baby kailan goreng ikan masin.kailan ni tak cam babylah, cam mother ngan father.




Bahan tu mengoreng, tomato 1 1/2 biji, bawang bombay 1/2 biji ngan 1/2 inci halia.



Mayang bawang besar, hiris halia, ngan gunting cili kering 1 cm.



Tomata dihiris.Cam ni lah aku selalu trick anak supaya suka makan sayur. Mana makanan kegemaran dorang, kat situ aku selitkan ngan sayur yang diubah bentuk cam tomato ni.Dia tak perasan sangat aku buh tomato dalam sotong.



isi tomato simpan tuk wat sambal belacan yuyi.



6 ekor RM6, mahalnya barang sekarang RM20 dapat beli ciput je barang.



buang kulit sotong, hiris , cuci berseh dan garam kunyitkan.



Tumis hirisan bawang sampai naik bau kemudian buh tomato ngan cili kering tadi. Semuanya dah layu masukkan sotong tadi.



Jangan lupa buh sikit serbuk lada hitam(lada hitam ni aku kisar sendiri), kalau sapa yang suka pedas boleh buh cili api.Kalau kering sangat, buh sedikit air, sebelum angkat jangan lupa buh sedikit garam, sebagai penambah rasa.



Jeng jeng jeng sotong kunyit yang Firdaus tetap sebut ayam.



First time dia makan sotong ngan muka happy, siap pesan minta masak cam tu lagi.

Baru aku perasan kalau makan kat luar dia tak suka sotong sebab kekadang dorang masak liat sikit , susah nak kunyah .Kalau nak mengelakkan sotong jadi liat, jangan masak terlalu lama,lebih kurang 5 minit dah boleh angkat.


Bersambung dilain rancangan.................

Saturday, August 13, 2011

Suatu petang sebelum berbuka puasa

Salam Ramadhan......................


Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Bila nak update tadi, cam segan nak masuk blog sendiri. Otak ni cam kosong tak tahu nak taip apa. Semalam bukak lappy , bukak blog, baca blog kawan-kawan lepas tu tutup lappy balik, tak update cite baru pun..Korang ada buat perangai cam tu tak? Adakala datang perasaan sampai ke tahap malas nak berblog sebab ada komitmen lain yang lebih penting.

Apakan daya minat mengatasi segala-galanya,boring 2 atau 3 jam ,paling lama sehari, kemudian berblog balik. Kalau tak berblog terasa cam makan nasi tanpa lauk, hidup rasa ada yang kurang sana sini. Dalam bulan puasa ni aku terasa sangat yang berblog ni buang masa. Mana tidaknya time bulan puasa nilah macam -macam keja nak buat, rasa terkejar-kejar plak .

Bila buka blog sendiri tengok gambar anak-anak rasa terubat gak hati yang boring nak berblog. Blog ni boleh gak bukak bila tetiba hati tergerak nak baca kisah lama kita,sama macam diary yang mencatat peristiwa yang berlaku dalam kehidupan kita.


Hari ni aku rakam lagi satu memory indah bersama anak-anak di suatu petang sebelum berbuka puasa tahun 2011, tetiba hati berbunga -bunga bila cakap pasal anak. Korang kat luar sana beritahu aku ibu mana yang tak sayangkan anak? Walau jahat sekalimanapun anak tu , tak de orang yang dapat mengurangkan walau seinci kasih sayang ibu pada anak.

Masa anak aku kecik hingga menginjak dewasa , dorang tak pernah tunjuk yang dorang ingat atau terima kasih atas pergorbanan aku membesarkan dorang. Satu hari bila Yuyi sembang ngan aku kisah kawan dia yang bergaji besar tapi masih merungut tak cukup duit tuk sara dua anak dia, yuyi bagi nasihat "Dulu gaji mak aku kecik, tapi mampu bagi aku ngan adik-adik senang, aku tak pernah rasa susah, mak sanggup hidup susah nak senangkan kita orang." Aku mencelah cite dia "ko ingat tak dulu setiap kali raya mak tak pernah beli baju rayakan, mak mesti beli tuk ko ngan adik-adik dulu." Yuyi angguk. Selama ni aku dah salah anggap pada anak-anak, sebenarnya dorang ingat, cuma dorang tak cakap je.

Sebagai ibu aku simple je,anak-anak ingat setiap inci pengorbanan aku membesarkan dorang pun dah cukup, kalau dorang rasa ada rezeki lebih nak bagi tu aku ambik, kalau rasa tak cukup tak bagi pun tak pe. Bagi aku kalau dorang dah ada kehidupan sempurna cukup makan pakai, , keluarga bahagia dan tak lalai tanggungjawab pada Allah SWT , semua tu boleh buat aku pejam mata ngan senang hati.

Selepas ni layan gambar anak-anak aku yang sakan menyediakan je, bukan masak ye, juadah berbuka puasa di suatu petang......

Lauk pauknya tiga jenis je, tapi penyediaan mengalahkan nak buat kenduri kendara, biasalah tu bab propa-propa ni bagi kat dorang.


Anak lelaki tengah potong sayur kailan sambil di perhatikan sikecik Firdaus.


Abaikan rumah yang tungang langgang. Yuyi sempat lagi memberikan pose menarik sambil mengunting cili kering. boleh gitu?


Waktu berbuka.


Senyuman manis menawan


Tak senonoh betul gambar kailan goreng ikan masin yang yuyi ambik ni.



Ni lagi satu gambar comot selar goreng sambal


Cukup sampai disini saje ye. Kata boring brblog , bila dah update tak ingat dunia, meraban-raban cite lain plak.................kalau itu yang ada dalam hati korang, aku minta maaf.kah kah kah




Hidup rasa lebih bermakna bila berada bersama keluarga tersayang.


Monday, July 25, 2011

jom pegi pasar

Salam hari senin..................


Dah lamanya blog dapur ni tak berasap, semenjak dah lama tak masak kat rumah . Kebetulan hari sabtu ngan minggu , suami gi memancing, aku lepak kat rumah yuyi , apalagi ada agenda masak-masak. Anak -anak aku ni kononnya tak berapa suka beli kat luar, tak de rasa katanya. Bukan selalu pun aku masak kat rumah yuyi, selalunya dorang datang makan kat rumah aku je.

Ambik ko, nak sangat aku masak, hari minggu tu subuh lagi aku dah ajak dia gi pasar. Tak pandai aku gi pasar bila matahari dah tegak atas kepala. Kalau ada pasar yang bukak pukul 3 pagi , aku suka je nak pegi.

Dah terbiasa , arwah ayah ngan mak tak suka anak-anak dia bangun lambat. Hujung minggu jangan harap nak tidur tinggi hari, subuh lagi dia dah suruh aku buat sarapan. Sampailah la ni, kalau terbangun pukul 6 pagi, aku cam tak tentu arah, tak tahu nak gapai yang mana satu dulu. Penangan dapat arwah ayah yang garang bagus gak sampai sekarang aku tak lupa ajaran bangun subuh hari.

Jom layan sayur tuk stok seminggu aku ngan lauk masak hari minggu tu. Aku pun tak tahu , kalau gi pasar nampak sayur aku cam teruja semacam.Rasa semua sayur aku nak beli. Ayam ngan ikan aku tak beli pun. Aku rasa senang kalau ada sayur kat esbok pandai je nanti aku nak masak dan tambah lauk lain sikit-sikit.



Daun keledek kalau goreng ngan udang kering tumbuk sodap.



Daun saderi ngan daun bawang simpan tuk aksesori.



Spinach kalau goreng ngan bawang putih sodap.



Tamak, aku beli baby kailan sampai 2 kilo, Firdaus suka sangat ngan sayur ni. Sodap goreng belacan, ikan masin, bawang putih atau sos tiram.

Sebelum masak, belah 3 atau 4 baby kailan ikut size. kalau basuh tu selak-selak sikit, takut ada serangga kat dalam daun, mana kita tahukan. Lepas dah basuh bersih tuskan.



Goreng hirisan bawang putih sehingga kuning, lepas tu masukkan ikan tenggiri masam yang dipotong kecik-kecik. Bila bau semua dah semerbak, masukkan baby kailan yang ditus tadi.Sekiranya goreng sayur ngan belacan, ikan masin atau sos tiram elakkan pengunaan garam, sebab 3 benda tu dah masin.




Jeng jeng dapat 2 pinggan baby kailan goreng ikan masin.




Yuyi nak makan jering cicah sambal belacan Nenas. Gigih cari jering tumbuh, hampehhh tak de. Dia nak makan aku layan je beli jering muda . Aku kurengg minat sangat makan jering muda, tak klimaks, rasa pedau je, lemaknya tak de.



Aktiviti Masak sup tulang selangka lembu kampung ni di rumah yuyi, kalau kat rumah memang tak pernah masak daging lembu. Isi tulang selangka lembut. Beli kat pasar, fresh dari kat pasaraya. Buang lemak-lemak yang melekat kat isi , lepas tu basuh bersih dan tuskan.



Daun sup ngan daun bawang , kepakkan dulu cucur kat air buang pasir, lepas tu baru racik sederhana besar. Racikan aku ni korang jangan tiru, memang tak henggat punya.



ketuk-ketuk halia , hirisan bawang putih, bawang besar kuning , bunga lawang ngan kayu ,manis.Jangan lupa bancuhan 4 sudu rempah sup ADABI. Tumis rempah kering , diikuti ngan rempah basah dalam minyak yang sedikit , guna api sederhana.Dah naik bau semua, baru masukkan air diikuti tulang selangka tadi.



Rajin-rajin buang minyak yang terapung kat permukaan sup . Kalau boleh jangan buh bahan perasa , lebih lagi cam sup tulang atau daging lembu sebab supnya dah manis tanpa bantuan agen perasa. Kalau boleh bubuh garam je. Masak sup sampai daging betul-betul empuk.Biar sudip atau senduk kat dalam periuk masa sup mendidih,, petua nak elak sup tu melimpah keluar. Tetiba je ada petuakan.



Lepas dah angkat, taburkan hirisan daun sup dan bawang.Baru puas hati yuyi makan sup tu yang tak de perasa. Dia ni allergic sikit ngan perasa .Tekak dia cepat loya.

Kekadang aku kurang paham ada peniaga makanan yang letak perasa pak aji kat dalam lauk yang mengunakan santan atau sambal kacang. Selain dari lauk bersantan ko nak letak ciput tak pelah . Rasa tekak cepat dahaga atau loya, kalau makan makanan yang guna bahan perasa berlebihan.



SEMPENA BULAN RAMADHAN YANG AKAN MENJELMA TAK LAMA LAGI KALAU BOLEH JANGAN BERLEBIHAN BERBELANJA.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina